Pernah tak, anda merasa geram melihat sesiapa sahaja yang menggoncang bayi mereka dengan menggunakan alasan mahu mengagah atau mengguatkan bayi.

Mungkin bayi kelihatan seronok dengan kelakuan ayah atau ibu mereka yang melakukannya. Tetapi sebenarnya, ia merupakan perkara yang tidak digemari oleh si anak.

Mereka akan mula merengek, dan tangisan akan bertambah kuat. Ini bukan kerana keletihan, mungkin kerana mula mengalami gejala awal bagi gangguan di otak. Ini akan diikuti dengan muntah, menolak apabila disusukan atau juga kelihatan sukar untuk bernafas,

Gejala diatas dikenali sebagai ‘Shaken Baby Syndrome’. Sebanyak 95% kejadian berlaku kepada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Ia merupakan perdarahan yang berlaku di bahagian luar otak kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah dipanggil ‘Subdural Haemorrhage’. Ia dikenalpasti beserta dengan keretakan tulang dada dan perdarahan di dalam mata.

Perkara ini boleh terjadi kerana kanak-kanak/bayi mempunyai kawalan leher yang lemah disebabkan tekanan kuat yang diberi lalu menyebabkan kecederaan. Goncangan kuat menyebabkan gegaran di bahagian lembut tengkorak lalu memberi tekanan kepada saluran darah di otak – menyebabkan ia pecah lalu berlakulah perdarahan subdural.
Kejadian boleh berlaku jika;

1) Kanak-kanak/bayi digoncang-goncang. samaada semasa didukung, dibuai laju dalam buaian,

2) Kanak-kanak/bayi dilempar ke dinding,

3) Kanak-kanak/bayi jatuh tidak sengaja kelantai.

4) Kanak-kanak/bayi ditampar.

Kurang kesabaran dalam menghentikan tangisan bayi yang berterusan menyebabkan perkara di atas terjadi. Selain itu, punca tekanan hidup atau pergaduhan ibu dan bapa, menyebabkan mereka cepat berasa marah ditambah lagi anak-anak yang meragam. Ia juga menyebabkan perkara di atas boleh terjadi.

Tanda-tanda kanak-kanak atau bayi yang sedang mengalami ‘Shaken baby syndrome‘;

Kurang menyusu, tiada selera makan
Muntah-muntah
Demam yang rendah
Sawan
Resah gelisah yang akut
Kurang tindakbalas
Tidak sedarkan diri (coma)
Pernafasan tidak sekata

Bayi kes yang tidak kelihatan tanda fizikal, ia boleh dikenalpasti apabila kanak-kanak/bayi kelihatan pucat, perdarahan di lapisan mata (Retinal hemorrhage), retakan ditulang dada, retakan di tengkorak kepala.

Retinal Hemorrhage hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan mata iaitu funduscopy, tanda menjadi nyata jika bayi/kanak-kanak dicekik terutama bagi kes penderaan.

Shaken Baby Syndrome ini, jika tidak menyebabkan kematian pun; ia akan menyebabkan kecacatan kekal pada penglihatan (buta), cerebral palsy, terencat akal, sawan yang berterusan, kelewatan dalam perkembangan serta pertuturan, pekak dan lain-lain.

Faktor risiko kejadian ini terjadi kebiasaannya berlaku kepada;

* Ibu Bapa yang muda kurang ilmu serta kesabaran dalam memenuhi keinginan bayi.
* Stress
* Pengaruh alkohol/Dadah
* Penderaan/Domestic Violence
* Institusi kekeluargaan yang tidak stabil
* Kemurungan

Sebagai ibu bapa, jika kanak-kanak atau bayi menangis dan anda gagal menghentikan tangisan mereka, anda boleh;

~ Menenangkan diri dahulu.

~ Pastikan punca bayi menangis contoh, kembung perut atau mungkin ada mengalami luka atau kecederaan yang menyakitkan mereka.

~ Berhenti daripada menyalahkan diri sendiri yang menjadi punca tangisan bayi atau menyalahkan bayi.

~ Dukung anak bagi memberikan keselesaan kepada bayi, peluk dan bawa bayi berjalan sebentar.

~ Cuba untuk bercakap dengan bayi; kalau menyanyi boleh menenangkan bayi, lakukan ia.

~ Jika tidak berjaya; serahkan bayi kepada pasangan atau panggil ahli keluarga lain yang dikenali bayi bagi tujuan memberi moral support atau membantu memujuk bayi

~ Jangan terus membuat kesimpulan bahawa anda bukanlah ibu bapa terbaik. Anda perlu tahu bahawa bayi akan kerap menangis dan menangis merupakan ekspresi utama mereka.

Anda perlu tahu, bayi mungkin menangis kerana,

Lapar
Pampers penuh
Kembung perut
Merasa terlalu panas/sejuk
Merasa kurang sihat
Kurang selesa kerana ruam lampin
Baru mahu tumbuh gigi
Letih
Diberikan gangguan tanpa henti
Terluka/Tercedera.

Ada kes kejadian Shaken Baby Sundrome ini disebabkan Non Accidental Injury ataupun kecederaan secara tidak sengaja. Kes dibawa oleh ibu bapa kerana bayi atau anak mereka kelihatan kurang aktif atau ada lebam di kepala. Banyak kes sebegini terjadi dan menimbulkan tanda tanya kepada kami di bahagian kesihatan. Apakah punca kejadian ini berlaku?

Sebenarnya, bayi tidak mudah cedera jika cara pengendalian kita adalah betul. Tidak renyah sebenarnya menjaga kanak-kanak atau bayi, pokok pangkalnya diri sendiri.
Sebab tu Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya: “Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, makahendaklah ia berbaring.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah).

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nur Nabila Masfuzah atau Bel Nawhen merupakan seorang Jururawat Terlatih yang aktif memberi pendidikan kesihatan di laman facebook peribadi. Juga terlibat di dalam NGO Delegation of Nurses dan Medical Mythbusters Malaysia. Turut menjadi columnist di The Malaysian Medical Gazette. Menulis bersama Kata-Pilar book dan Whitecoat. Mungkin akan terbitkan buku bersama The Patriot, mana tahu. Sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Kepujian) dari Universiti Mahsa.

Leave A Reply