Sejak kebelakangan ini, terdapat peningkatan yang ketara akaun palsu dicipta di laman sosial Facebook bukan sahaja diseluruh dunia malahan juga di Malaysia. Berdasarkan laporan akhbar The New York Times, dianggarkan sejumlah 85 juta akaun Facebook palsu didaftarkan bagi 2017 dan jumlah tersebut meningkat kepada 116 juta bagi 2018. Trend kenaikan akaun palsu Facebook adalah membimbangkan. Ini kerana seseorang boleh disalah dakwa / false prosecution kerana menerbitkan maklumat berniat jahat sebagai contoh menghina Yang DiPertuan Agong.

Peruntukkan Undang-Undang Menyampaian Maklumat Berniat Jahat Dilaman Media

Undang-undang yang kebiasaan digunapakai oleh pendakwaraya untuk suatu pertuduhan jenayah siber didalam menerbitkan maklumat berniat jahat adalah dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dibawah Seksyen 233 tersebut, seseorang netizen boleh disabitkan kesalahan jenayah sekiranya dia menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara salah termasuklah menerbitkan maklumat palsu, lucah, ancaman atau menyinggung perasaan di platform aplikasi media sosial seperti Whasapp, Facebook, atau Instargram.

Sekiranya seseorang tersebut didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 50, 000.00 atau hukuman penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 233 adalah salah satu undang-undang sekatan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Didalam kes Nor Hisham Bin Osman v PP, Mahkamah mengisytiharkan Seksyen 233 bukanlah undang-undang yang ultra vires kerana Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Parlimen dibawah Perkara 10 (2) (a) untuk mengubal undang-undang bagi menyekat kebebasan bersuara secara munasabah ke atas rakyat Malaysia.

Dibawah Seksyen 233 tersebut, terdapat sejumlah rakyat Malaysia didakwa dibawah peruntukkan undang-undang tersebut sebagai contoh, Fahmi Reza Mohd Zarin (memuat naik imej karikatur menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), Rutinin bin Suhaimin (menghina Yang Di-Pertuan Agong), Kamarzaman Mustafa (maklumat palsu berkaitan dengan daging kambing bercampur babi) dan Norimran Kusairie (mengugut seorang wanita).

Keterangan Memberi Maklumat Bersifat Jahat Dilaman Media

Salah satu aspek yang penting selain daripada peruntukkan undang undang jenayah siber adalah keterangan / bukti yang dikemukakan semasa perbicaraan. Pada kebiasaanya, Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 adalah peruntukkan undang-undang yang kebiasaan digunakan oleh pendakwaraya didalam membuktikan tertuduh merupakan pemilik akaun tersebut.

Dibawah Seksyen 114A tersebut, seseorang boleh dianggap sebagai pemilik akaun dilaman sosial tersebut sekiranya nama tertuduh termasuklah nama samaran atau gambar tertuduh tertera di profil laman sosial tersebut. Seksyen 114A adalah suatu seksyen yang memudahkan kerja pendakawaan kerana pendakwaraya hanya perlu mengemukakan cetakan tangkapan skrin / print screenshot sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan jenayah terhadap tertuduh. K

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, akaun palsu laman sosial termasuklah Facebook boleh menyebabkan seseorang disalah tuduh jenayah / false prosecution dan dihukum penjara. Oleh itu, tindakan yang harus dibuat seseorang telah menggunakan gambar profil anda untuk membuat akaun dilaman sosial dengan membuat laporan polis dengan kadar segara sebagai bukti bahawa anda bukan pemilik akaun palsu tersebut.

SUMBER

1. Jack Nicas (2019). Does Facebook Really Know How Many Fake Accounts It Has?. https://www.nytimes.com/2019/01/30/technology/facebook-fake-accounts.html

2. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

3. Akta Keterangan 1950 4. Nor Hisham Bin Osman v PP; Criminal Case No: MTJ (2)44-14-2010)

Artikel disumbangkan oleh Mohd Izmi untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.