Virus adalah agen berjangkit yang mampu menggandakan dirinya di dalam organisma yang hidup. Virus mampu menjangkiti semua jenis hidupan, tidak kira haiwan, tumbuhan, dan mikroorganisma. Malah bakteria juga mampu virus menjangkiti.

Terdapat 5,000 spesis virus yang telah dinyatakan, dari berjuta jenis virus yang bertaburan di dunia. Virus mudah ditemui di setiap ekosistem yang ada, gurun ataupun tundra dan ia disenaraikan sebagai entiti biologi yang paling banyak spesis. Saintis yang mengkaji virus dipanggil sebagai ahli virologi, cabang dari kursus mikrobiologi.

Virus hadir dalam bentuk yang mandiri bernama virion, Ia terdiri daripada bahan genetik seperti jaluran molekul DNA atau RNA (seperti DNA tetapi struktur RNA cuma satu jalur yang tidak mempunyai pasangannya) yang mengekod struktur protein mengikut tindakan virus.

Dalam virion juga mempunyai kot protein bernama capsid yang meliputi dan melindungi bahan genetik. Bentuk virus ini pelbagai, dari bentuk heliks hingga ke bentuk yang lebih kompleks. Virus biasanya TIDAK boleh dikesan melalui mikroskop optic, maka ia seratus kali ganda kecil dari bakteria.

Asal-usul virus yang melibatkan sejarah evolusi adalah tidak diketahui. Namun pengkaji sependapat virus berevolusi dari elemen biologi bernama plasmid: cebisan DNA yang bergerak melintasi sel-sel organisma.

Sebilangan pengkaji juga mengandaikan virus berevolusi dari bakteria. Dalam kursus evolusi, virus adalah penting untuk pemindahan gen yang mampu meningkatkan kepelbagaian genetik melalui pensenyawaan seksual.

Virus boleh dikategorikan sebagai benda hidup kerana ia membawa bahan genetik, membiak, dan berevolusi menurut pemilihan alam. Namun virus tidak mempunyai elemen yang hadir dalam setiap sel hidup: contohnya nucleus yang mampu mengendalikan aktiviti sel. Maka, virus dikategorikan terus sebagai ‘organisma penghujung hidupan’ dan replikator.

Virus boleh disebar dalam pelbagai cara. Salah satunya adalah melalui orgaisma pembawa jangkitan bernama Vektor. Contoh yang kita kenal adalah kelawar penghisap, haiwan vektor yang mampu membawa pelbagai jenis virus. Virus influenza mampu disebarkan melalui batuk dan bersin. Virus HIV adalah salah satu virus yang berjangkit melalui hubungan fizikal seperti seks dan pendedahan terhadap darah yang tercemar.

Jika virus berjangkit terhadap haiwan (termasuk manusia), ia mempunyai sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan virus ini. Sistem ini akan menghasilkan vaksin, agen biologi yang mampu menghalang virus yang tertentu.

Sesetengah virus yang menyebabkan jangkitan AIDS, HPV, dan hepatitis mampu mengelak pertahanan imunisasi dan dari situlah berlaku jangkitan kronik. Maka, alternatif lain perlu dilakukan segera iaitu menghasilkan vaksin sendiri atau dadah antiviral iaitu dadah anti-jangkitan kronik.

Pada permulaan sejarah virus dalam dunia manusia, Louis Pasteur iaitu penemu bidang bakteriologi (mengkaji bakteria), sekaligus digelar sebagai Bapa Mikrobiologi pertama kali gagal menemukan agen yang menyebabkan berlakunya penyakit rabies. Beliau mengandaikan bahawa agen tersebut (sains panggil sebagai pathogen) sukar dikesan melalui mikroskop.

Tahun 1884, ahli mikrobiologi Perancis bernama Charles Chamberlandmereka cipta penapis Chamberland, berfungsi untuk menapis keluar bakteria yang hadir dalam cecair yang dikaji. Tahun 1892, ahli biologi Rusia bernama Dmitri Ivanovsky menggunakan penapis Chamberland untuk mengkaji penyakit dari pokok tembakau (yang kemudian penyakit tersebut disebabkan oleh Tobacco Mosaic Virus).

Hasil kajian mendapati pokok tembakau tetap berjangkit setelah cecair tercemar ditapis keluar. Maka, Ivanovsky menyatakan jangkitan tersebut wujud akibat toksik yang dikeluarkan dari bakteria. Dari kenyataan beliau inilah wujud Teori Penyakit Kuman (Germ theory of disease).

Masuk tahun 1898, ahli mikrobiologi Belanda bernama Martinus Beijerinck mengulang kajian Ivanovsky dan menemukan cecair yang telah ditapis mempunyai agen jangkitan dalam bentuk baru.

Dalam pemerhatian Beijerinck, agen tersebut berganda dalam sel yang melalui fasa pembahagian namun agen itu tidak menunjukkan sebarang bentuk partikel. Maka, agen tersebut dipanggil sebagai Contagium vivum fluidum (cecair kuman hidup) dan perkenalkannya kepada dunia sebagai virus.

Pertamakali virus diperkenalkan, virus berupa  cecair mengikut pandangan Beijerinck namun pada tahun yang sama ahli virologi US bernama Wendell Stanley mengubah pandangan Beijerinck dengan menyatakan virus mempunyai bentuk partikel.

Tambahan lagi, pasangan ahli bakteriologi Jerman bernama Friedrich Loeffler dan Paul Frosch telah menemui virus pertama kali menjangkiti haiwan bernama Aphthovirus, agen penyakit Foot-and-Mouth Disease.

Pada awal abad ke-20 Masihi, ahli bakteriologi Inggeris bernama Frederick Twort menemui kumpulan virus yang menjangkiti bakteria, dinamakan sebagai bacteriophages. Manakala ahli mikrobiologi bernama Félix d’Herelle menjelaska bahawa virus, apabila diletakkan bersama bakteria dalam piring petri, ia meningkatkan jumlah kematian bakteria. Maka, bacteriophage ini dijadikan ‘senjata biologi’ untuk merawat pesakit yang sengsara akan jangkitan bakteria seperti typhoid dan cholera.

Awal abad ke-20 Masihi ini jugalah para saintis cuba membesarkan beberapa jenis virus dalam organ yang menjadi bahan uji kaji untuk proses penghasilkan vaksin. Tidak bermaksud saintis ini menghasilkan virus baru, mereka cuma menambahkan bilangan virus dalam keadaan terkawal. Metode sebegini tidak berapa popular sehinggalah pada 1950-an penyakit polio berleluasa, seterusnya poliovirus perbanyakkan bilangan dalam makmal untuk penghasilan vaksin.

Tahun 1931, gambar virus pertama kali ditangkap melalui misroskop electron oleh jurutera Jerman bernama Ernst Ruska dan Max Knoll. Kemudian pada pertengahan abad ke-20 Masihi, ia adalah Zaman Emas bagi saintis dalam usaha penemuan virus kerana sebanyak 2,000 spesis virus telah dikesan menjangkiti haiwan, tumbuhan, dan bakteria. Berikut adalah penemuan spesis virus pada tahun-tahun abad ke-20 Masihi.

1957 – Penemuan virus Equine arterivirus, penyebab penyakit Bovine Virus Diarrhoea dalam lembu.

1963 – Virus Hepatitis B ditemui oleh ahli genetik US bernama Baruch Blumberg.

1965 – Retrovirus, sejenis virus RNA yang menjangkiti sel ditemui oleh ahli virologi bernama Howard Temin.

1983 – Virus HIV ditemui oleh kumpulan penyelidikan virologi Luc Montagnier dari Perancis.

1989 – Kumpulan penyelidikan virologi Michael Houghton dari Perancis menemui virus Hepatitis C.

Kesimpulannya, virus sebahagian dari alam. Walaupun kehadiran virus mempunyai manfaat dari segi pemindahan gen DNA atau RNA namun ia tetap berbahaya apabila ia mudah tersebar setelah menjangkiti seorang individu.

Virus seperti bom jangka, apabila berlaku sentuhan kepada pembawa atau vektor kepada virus tertentu, sudah semestinya ia menjadi wabak yang kita gerunkan. Jika seorang individu saja terjangkit, cukup disitu saja hayat virus.

Tuntasnya, ketika wabak Koronavirus/COVID-19 ini kita haruslah menjaga jarak sosial dan kebersihan kita, demi kesejahteraan bersama membendung virus global ini.

RUJUKAN:

Casjens S. In: Mahy BWJ and Van Regenmortel MHV. Desk Encyclopedia of General Virology. Boston: Academic Press; 2010. ISBN 978-0-12-375146-1. p. 167.

Dimmock, N.J; Easton, Andrew J; Leppard, Keith (2007) Introduction to Modern Virology sixth edition, Blackwell Publishing

Shors, Teri (2008). Understanding Viruses. Jones and Bartlett Publishers.

Koonin EV, Senkevich TG, Dolja VV. The ancient Virus World and evolution of cellsBiology Direct. 2006;1:29.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.