Sparta sememangnya tersohor dengan keunggulan mereka di medan pepe.rangan. Barisan phalanx dianggap sebagai infantri yang sukar ditandingi, khusus kerana disiplin mereka yang jitu sekali gus menggamit kekaguman sejarawan kontemporari dan kini.
Keunggulan mereka ini banyak disumbangkan oleh sistem pendidikan mereka yang melorongkan kanak-kanak lelaki supaya menjadi pahlawan yang terampil dan kanak-kanak perempuan mereka membesar sebagai wanita yang mampu melahirkan seorang perajurit handalan.
Sparta bagaimanapun pada mulanya tidaklah begitu berbeza dengan negara-negara kota Yunani yang lain. Sejarahnya boleh dijejaki dari kurun ke-9 Sebelum Masehi. Ia bermula sebagai kota biasa, tidak masyhur dengan ahli falsafah mahupun artisan seperti negara kota lain. Namun masih, Sparta tetap membudayakan tradisi berpuisi yang kuat.
Sekitar tahun 700 Sebelum Masehi, sejarah Sparta mengalami perubahan ketara. Sekitar waktu itu, mereka menak.luki Messenia. Warga Messenia kemudian diserap ke dalam populasi Sparta sebagai ham.ba, atau biasanya disebut sebagai helot. Helot umumnya berkongsi latar belakang yang sama, justeru hal ini membangkitkan solidariti sesama mereka. Hal itu jugalah yang mendorong helot untuk beberapa kali bangkit menen.tang Sparta.
Disebabkan itu, wara Sparta makin lama makin menumpukan perhatian pada kesiapsiagaan warga kotanya dalam menghindari sebarang bentuk an.caman mahupun penen.tangan. Kehadiran helot yang ramai untuk melakukan kerja-kerja harian juga membolehkan Sparta menubuhkan pasukan ten.tera tetap. Dasar ini diperkuat lagi dengan pembentukan sistem latihan keten.teraan yang disebut sebagai agoge.
Agoge menyediakan program latihan yang direka khusus untuk membentuk jati diri kanak-kanak Sparta menjadi pahlawan berjiwa kental dan setia terhadap tanah tumpah darah mereka. Di Sparta, kanak-kanak lelaki akan dibesarkan oleh ibu masing-masing sehingga usia 7 tahun.
Pada usia tersebut, mereka akan dimasukkan ke dalam agoge. Di sana, mereka diajar membaca, menulis, menyanyi, menari, moraliti, dan sejarah. Mereka juga dididik supaya mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang kuat.
Posyen makan di agoge relatif sedikit, namun tidaklah sampai membawa kepada kebu.luran. Sekadar cukup untuk membuatkan mereka berasa lapar sepanjang dalam latihan. Untuk mendapatkan makanan yang lebih, mereka perlu cu.ri-cu.ri makan. Namun jika tertang.kap, huku.man keras akan dikenakan.
Dasar sebegini bertujuan mendidik mereka tentang kemahiran mengendap – suatu kemahiran yang amat penting bagi seorang ten.tera. Sepanjang berada di agoge juga, mereka cuma dibekalkan dengan sehelai pakaian tanpa sebarang kasut. Semuanya bagi menguatkan tapak kaki. Kononnya, ten.tera Sparta yang berkaki ayam mampu berlari jauh lebih lama berbanding ten.tera Yunani lain yang lengkap berkasut.
Latihan di agoge kebiasaannya tamat sesudah mereka mencapai usia 16 tahun. Kemudian, mereka akan menjalani latihan tambahan selama beberapa tahun – biasanya sehingga menginjak usia 20 tahun. Pada usia tersebut, mereka akan diserap ke dalam pasukan ten.tera tetap Sparta dan meluangkan hidup di barak bersama rakan-rakan yang lain.
Tempoh perkhidmatan sebagai ten.tera tetap ini selalunya berpanjangan sehingga usia 30 tahun. Pada umur itu, mereka akan diiktiraf sebagai warganegara penuh dan digalakkan supaya berkahwin. Sparta bagaimanapun mengelaskan kesemua lelaki berusia 20 hingga 60 tahun sebagai ten.tera yang boleh dikerah pada bila-bila masa.
Tidak seperti negara-negara kota Yunani yang lain, kaum wanita di Sparta tidak dikurung di dalam rumah. Mereka sebaliknya dibenarkan untuk menyertai acara-acara kesukanan seperti berlari, bergusti, melempar cakera, dan melontar tombak.
Bagi penduduk Sparta, penting bagi kaum wanita mereka kekal cergas dan sihat sama seperti kaum lelaki bagi melahirkan bayi yang kuat. Selain kecergasan fizikal, mereka turut didedahkan dengan bidang muzik dan seni menari. Aktiviti-aktiviti dalam rumah seperti memintal bulu dianggap sebagai pekerjaan remeh justeru ia diserahkan kepada ham.ba-ham.ba wanita.
Sistem pendidikan di Sparta dikagumi di seluruh Yunani, termasuklah oleh warga Athens yang berseteru dengannya. Oleh kerana itu, tidak pelik jika orang luar menyertai agoge. Xenophon si sejarawan dari Athens misalnya, menghantar dua orang anak lelakinya untuk berlatih di sana. Apa yang diperlukan cuma penajaan daripada warga Sparta itu sendiri.
Walaupun sistem pendidikan Sparta dilihat agak sempit berbanding negara-negara kota lain kerana menumpu sepenuhnya pada bidang keten.teraan, ia berjaya menuai keberhasilan kerana melahirkan kota ampuh yang mampu membekalkan ten.tera-ten.tera yang berupaya mendepani lawan segagah Empayar Achaemenid.
TERJEMAHAN
Caleb Strom. (14 Mac 2019). Spartan Soldier from Birth: Growing Up in a City of Warriors. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/spartan-soldiers-0011616
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih