Nama “Siam” merentasi zaman dengan pelbagai teori dan tafsiran yang menyelusuri sejarah panjang wilayah yang kini dikenali sebagai Thailand. Nama ini pertama kali muncul dalam catatan asing dan telah digunakan oleh pelbagai bangsa untuk merujuk kepada kerajaan-kerajaan lama yang wujud di Thailand sekarang.
Pendapat utama menyatakan bahawa perkataan “Siam” berasal daripada perkataan “Śyāma” (sebutan Shaiyama) dalam bahasa Sanskrit, yang bermaksud “gelap” atau “coklat”, merujuk kepada warna kulit penduduk asli Siam yang sememangnya berkulit coklat. Perkataan ini asalnya merupakan sebutan orang asing bukanlah “orang Siam” sendiri menyebutnya kerana mereka menyebut kaum mereka sebagai “Tai” manakala negara mereka disebut “Krung Tai” atau nama-nama kerajaan seperti Sukhothai, Ayutthaya, Thonburi dan Rattanakosin. Sebutan ini mempengaruhi kerajaan-kerajaan sekitar seperti orang Mon yang menyebut negeri itu sebagai “Syem atau “Syama”, yang kemudiannya digunakan oleh orang Khmer dengan ejaan “Siem” dan pedagang China dengan sebutan “Xian” (暹)”, yang akhirnya dieja sebagai “Siam” dalam bahasa Eropah.
Menjelang pertengahan abad ke-19, nama “Siam” makin popular di peringkat antarabangsa dan akhirnya Raja Siam sendiri menamakan kerajaannya diperingkat antarabangsa sebagai “Kerajaan Siam” atau “Kingdom of Siam” dan nama tersebut kekal hinggalah pada tahun 1939, kerajaan di bawah pemerintahan Plaek Phibunsongkhram secara rasmi menukar nama “Siam” kepada “Thailand”, yang bermaksud “Tanah Kebebasan”, bagi menegaskan identiti bangsa Thai yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Eropah. “Bangsa Thai” sekarang merujuk kepada semua warganegara Thailand sama ada berbangsa Tai, Melayu, Cina, Mon atau Khmer.
___
Anda peminat sejarah benua Siam? Dari kerajaan Melayu seperti Sri Dharmaraja yang pernah memerintah benua Siam, sehinggalah ke sejarah kemasukan orang Thai membina kerajaan seperti Sukothai dan Ayutthaya, sehingga kepada pembentukan negara Thailand di bumi Siam, maka buku terbaru kami, KITAB TAMADUN SIAM ialah untuk anda.
PRA-TEMPAH SEKARANG dengan DISKAUN di https://s.shopee.com.my/4fhJ0MwbRT




No comments yet