Nama satu-satu penyakit diambil dari banyak faktor. Ada yang daripada nama pesakit, daripada nama tokoh perubatan yang menemui penyakit itu, daripada tempat mula penyakit itu dikesan atau daripada keadaan atau simptom spesifik penyakit itu.

Kebanyakan penyakit berjangkit yang diberi nama daripada nama tempat penyakit itu bermula atau kes pertama dikesan. Tapi ada juga kes tempat penyakit itu bermula di tempat lain tapi diberi nama tempat lain.

Sebagai contoh, penyakit Ebola atau Dem4m Berd4rah Ebola yang diambil nama dari sebuah sungai di Republik Demokratik Congo. Kes pertama dikesan pada tahun 1976 di sebuah kampung bernama Yambuku. Penularan wab4k kedua dikesan pada tahun sama di Sudan Selatan. Akan tetapi, ada pendapat yang menyatakan penyakit ini telah ada lebih awal namun tidak direkod.

Contoh lain ialah Virus Nipah yang diambil daripada nama sebuah kampung di Negeri Sembilan pada tahun 1999. Akan tetapi, kes Nipah Virus bermula di Ipoh pada hujung tahun 1998. Berlaku sedikit kekeliruan semasa awal wab4k ini menular. Disebabkan simptom dan gejala yang sama, penyakit yang menular disangka penyakit bawaan nyamuk iaitu Japanese encephalitis (JE).

Ini juga berdasarkan pengesahan hasil ujian di WHO Collaborating Center for Tropical Disease di University of Nagasaki dan Unit Penyelidikan Arbovirus di Universiti Malaya. Namun selepas virus ini dikesan dan ujian autopsi dijalankan semula, 9 dari 15 kem4tian di Ipoh disahkan dij4ngkiti virus ini (Lai-Meng Looi, Kaw-Bing Chua ,2007).

Pada tahun 2006, satu kes jangkitan Melaka Virus. Pesakit mengalami demam dan masalah pernafasan akut. Hanya satu kes ini sahaja dikesan berjangkit terhadap manusia. Melaka virus daripada keluarga Reovirus atau Respiratory Enteric Orphan viruses.

Reovirus telah dikesan sejak tahun 1950 namun tidak berkait dengan apa jenis penyakit. Selepas siasatan kes Melaka Virus, pesakit ini dikesan mempunyai kontak dengan kelawar seminggu sebelum dia mengalami simptom (CSIRO Australia, 2007).

Ketua Menteri Melaka antara yang membantah nama Melaka sebagai nama virus ini (Marsha Tan, 2007).

Antara Reovirus lain di Malaysia ialah Kampar virus(2006), dan Pulau Virus (1999). Dalam kes Kampar Virus pula, jangkitan virus ini dikesan boleh menjangk1ti melalui manusia ke manusia. Kes pertama pada ogos 2006 apabila seorang lelaki berumur 54 tahun mengalami batuk, sakit tekak dan sakit kepala. Kes kedua ialah doktor yang merawat kes indek dan kes ketiga ialah isteri kepada kes indek. Kemungkinan besar punca jangkitan kes indek adalah daripada kelawar (Chua at el,2008). Sejak 1968, ada 9 gen dari keluarga Orthoreoviruses.

Kes Spanish Flu 1918 paling kasihan. Nama ini digunakan berdasarkan ramai orang percaya penyakit ini bermula dari Sepanyol. Di Sepanyol pula, mereka percaya penyakit ini bermula dari Perancis dan memanggil penyakit ini dengan nama “French Flu”. Berdasarkan rekod, kes pertama dikesan di sebuah markas tent3ra di Kansas pada 11 Mac 1918 (Evan Andrews, 2020).

Lain pula yang jadi di Amerika pada tahun 1993, satu penyakit misteri dikesan di empat negeri iaitu Arizona, New Mexico, Colorado dan Utah. Penyakit misteri ini diberi nama virus Muerto Canyon, nama sebuah tempat di Arizona. Disebabkan tentangan masyarakat Navajo Indian, nama itu kemudian ditukar kepada virus Sin Nombre (SNV) yang bermaksud “tak bernama” dalam bahasa spanish. Selepas sesi ujian, barulah punca penyakit ini dikesan iaitu Hantavirus (dinamakan sempena nama sebuah sungai di Korea Selatan di mana tempat kes awal dikesan pada tahun 1976). Jadi penyakit misteri ini bukanlah penyakit baru tetapi gen virus dari keluarga Hantaviridae.

Disebabkan banyaknya percanggahan maklumat tentang tempat penyakit itu bermula, mengundang sterotaip buruk terhadap sesuatu tempat, maka praktis ini dihentikan. Maka wujudlah penyakit seperti SARS (Sev3re acute respiratory syndr0me), CRE (carbapenem-resistant Enterobacteriaceae), HFMD (Hand-foot-and-mouth dise4se/ penyakit kaki tangan dan mulut) dan juga COVID-19.

Pada tahun 2015, WHO mengeluarkan satu SOP untuk bagi nama penyakit baru. Mesti ada terma asas penyakit tu sebagai contoh simptom klinikal atau pathologikal yang tidak berubah bila maklumat lanjut tentang penyakit baru tu ditemui. Mengandungi terma deskripsi spesifik, contohnya ketervkan atau musim penyakit itu menyerang. Mengandungi nama pathogen yang menyebabkan penyakit seperti coronavirus. Ada tahun penyakit ditemui dan karakter alphanumeric seperti alpha, beta, I, ii, iii.

Tak boleh letak nama tempat, tak boleh letak nama orang, tak boleh letak nama binatang dan tak boleh letak perkataan yang menakvtkan.

Tak pasti SOP ni terpakai untuk semua jenis penyakit baru atau penyakit berjangkit baru saja. Sebab meletakkan nama seseorang doktor yang menemui sesuatu penyakit baru bagaikan penghormatan. Tapi pada contoh yang diletakkan dalam SOP tu ialah Creutzfeldt-Jakob dsease (CJD) dan Chagas dlsease, keduanya diambil dari nama doktor.

Apa agaknya nama COVID-19 kalau tak ikut SOP ni?

RUJUKAN:

  1. Lai-Meng Looi, Kaw-Bing Chua (2007) Lessons from the Nipah virus outbreak in Malaysia, Department of Pathology, University of Malaya and *National Public Health Laboratory, Ministry of Health, Malaysia
  2. Evan Andrews (2020) The 1918 inflvenza pandemic did not, as many people believed, originate in Spain, History
  3. The Associated Press (1994) Indians Reject Name Linking Illness to Tribe, The New York Times
  4. CSIRO Australia. “Scientists Discover A New Bat Virus In Humans.” ScienceDaily. ScienceDaily, 27 June 2007. <www.sciencedaily.com/releases/2007/06/070627091641.htm>.
  5. Chua, K. B., Voon, K., Crameri, G., Tan, H. S., Rosli, J., McEachern, J. A., Suluraju, S., Yu, M., & Wang, L. F. (2008). Identification and characterization of a new orthoreovirus from patients with acute respiratory infecti0ns. PloS one3(11), e3803. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0003803
  6. Marsha Tan (2007) Malacca CM objects to new virus being called ‘Melaka Virus’, The Star.
  7. World Health Organization (2015) Best Practices for the Naming of New Human Infectious Diseases
    https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/163636/WHO_HSE_FOS_15.1_eng.pdf

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.