Malaysia mempunyai sebuah agensi nuklear yang berpusatkan di Bangi. Tujuan agensi ini adalah untuk menggunakan penyelidikan teknologi nuklear untuk kebaikan negara.
Secara kasar, ini menggambarkan asap daripada serombong-serombong loji nuklear dimana risiko paling besar buat umat manusia sedang dimasak.
Namun sebenarnya peranan Agensi Nuklear Malaysia lebih meluas. Malah ANM juga pernah membangunkan industri padi.
Bukan semua tempat di Malaysia mempunyai bendang padi subur, yang diuji pula dengan cuaca terlalu rawak. Padi pun sama seperti tumbuhan lain – hujan tidak boleh terlalu banyak; panas tidak boleh terlalu kerap.
Dengan kepakaran daripada ANM, padi boleh tumbuh tanpa air beberapa hari atau minggu pun. Inilah dikatakan pendekatan berintegrasi yang membangunkan jenis padi baru bersesuaian dengan baja organik.
Berkat kerjasama dengan ANM, beberapa usahawan padi mendapat hasil 40 peratus lebih banyak untuk dibandingkan dengan musim-musim lalu. Jenis padi ini dinamakan NMR152 yang diuji 25 pesawah.
Sementara itu pihak berkuasa juga meningkatkan pengeluaran benih padi NMR152 di bendang-bendang khas untuk pembiakan. Mereka ingin memastikan bekalan benih untuk semua petani di Utara.
NMR152 semasa fasa ujian didapati mampu hidup meskipun dalam keadaan kemarau atau ditenggelami air selama lapan hari (jenis-jenis lain akan mati).
Jika padi ini diakses semua pesawah (seramai 300,000 orang), tentu sekali kadar pengeluaran beras akan bertambahan.
Malaysia pula mempunyai jumlah populasi kian bertambahan dengan cabaran besar akibat perubahan iklim dan kemerosotan tanah.
Kemampuan ANM untuk melajukan proses pertumbuhan semulajadi ialah kunci yang diperlukan untuk mengharungi cabaran masa depan.
Malah ANM juga menyediakan bahan tambahan (growth promoter) untuk kegunaan pesawah.
Bahan ini dibuat secara organik menggunakan sisa haiwan laut bercangkerang. Chitin ditukarkan menjadi chitosan menggunakan proses kimia sebelum menjadi oligochitosan melalui radiasi gamma.
Oligochitosan digunakan pesawah sebagai bahan tambahan yang mengurangkan kebergantungan racun serangga dan baja sebanyak 30 peratus.
Dari segi kemerosotan tanah, breakthrough ini sangatlah baik untuk alam semulajadian dan sangat berironi, apabila nama “nuklear” digeruni tanpa asas menjadi penyelamat alam ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih