Arnold adalah seorang agamawan Kristian berasal daripada Brescia, yang mempunyai perbezaan pendapat dalam institusi Katolik.
Beliau pernah dihalau Paus Innocent III (1130-1143) keraa cuba mengubah cara pembawaan institusi ini. Dua tahun selepas pemergian Innocent pula, Arnold dipanggil Paus Eugene III (1145-1153).
Eugene minta Arnold merayu pada Gereja Katolik di Rom. Namun pada masa itu, rakyat Rom telah bersatu untuk mewujudkan sebuah komuniti (commune) ala-ala republik, yang akhirnya menghalau Eugene keluar.
Arnold menyokong aspirasi rakyat untuk mencapai demokrasi. Disebabkan itu, beliau diisytihar ka.fir pada 15 Julai 1148. Selepas kema.tian Eugene, kuasa kepausan (papacy powers) turun pada Adrian IV (1154-1159).
Dengan sebuah pakatan bersama Frederick Barbarossa, pihak Adrian berjaya menjatuhkan Rom dan menghµkµm Arnold.
Jasad Arnold kemudian diba.kar… dana bunya dibuang dalam Sungai Tiber kerana mereka tidak mahu orang ramai agung-agungkan kµbµrnya. Ternyata mereka silap, kerana fikrah Arnold telah melahirkan sebuah ideologi Arnoldisme yang tidak terhalang.
Semakin lama, warga Eropah menggunakan Arnoldisme untuk berkempen agar kuasa kepausan dikurangkan. Contohnya, nama-nama seperti John Wycliffe dan Jan Hus – meskipun hidup beratus tahun selepas Arnold, mereka masih menggunakan ilham dan inspirasi sama.
Wycliffe berusaha ke arah pembaharuan yang bebas daripada belenggu kepausan, sambil membuat tafsiran Bibel dalam bahasa Inggeris sekitar 1370-an.
Ajaran Wycliffe berkembang hingga wilayah Czech dimana Hus memulakan sebuah gerakan yang akhirnya menyebabkan dirinya dikaf.irkan (dan dihµkµm bµnµh).
Perlu tahu yang pengikut Hus berjaya mema.tahkan lima ser.angan daripada kuasa kepausan, sebelum mula berbal.ah sesama sendiri tentang doktrin agama.
Permulaan Ajaran Protestanisme
Ajaran Arnoldisme berterusan menemb.µsi zaman hingga 31 Oktober 1517, iaitu apabila seorang paderi bernama Martin Luther bercerita tentang penyal.ahg.unaan amalan dan doktrin agama dalam kalangan Gereja Katolik.
Luther sangat tidak berpuas hati dengan kaedah pengurangan dosa diamalkan Katolik pada masa itu. Mereka hanya perlu membayar ganti rugi sahaja. Yang paling ditentang adalah kuasa kepausan, sesuatu dianggap mutlak dalam kalangan Gereja Katolik.
Seluruh dunia tahu yang Isa (as) dilahirkan tanpa seorang bapa. Tetapi Gereja Katolik percaya bahawa ibundanya Maryam (as) pun begitu. Luther menentang pegangan ini, dengan hujah bahawa “kitab tidak merakam langsung tentang kelahiran baginda (Maryam). Jadi jiwa kalian usah mengangkat baginda lebih daripada darjat sebenarnya. Biar para biarawan saja yang salah guna dalam hal ini.”
Bermakna Luther bersetuju yang Maryam (as) harus dipuji kerana sifatnya yang terpuji. Namun beliau berpendapat pujian ini tidak harus berlebihan sampai mengubah keadaan.
Impian Arnold Dilaksana Luther
Perkembangan Protestanisme tidak berlaku secara kebetulan. Martin Luther memulakan gerakan utama dengan tafsiran Bibel dalam bahasa Jerman (Lamport, 2017). Namun ketika ini, Johannes Gutenberg berjaya membangunkan sebuah teknologi percetakan yang memarhaenkan ilmu penulisan (George, 2016).
Kalau dulu, buku hanya dipegang golongan cerdik pandai kerana perlu ditulis tangan. Namun Gutenberg berjaya mencetakkan 600 muka surat setiap hari (senaskhah Bibel mengambil masa dua hari kerana 1,200 muka surat). Kerana Luther, bangsa Jerman mengambil peduli tentang agama.
Tetapi jasa Luther mengundang amarah Katolik kerana melaw.an arus. Paus Leo X (1513-1521) mengisytiharkan Luther jatuh kaf.ir pada 3 Januari 1521 (O’Neal, 2007). Usaha Protestanisme kemudian dibawa John Calvin, dengan pengasasan sebuah platform di Geneva yang kemudian menjadi sebuah institut akademi rasmi Protestanisme.
Pada tahun 1559, bandar Geneva menjadi kiblat golongan Protestan yang terpaksa lari daripada seluruh Eropah. Mereka datang sebagai pelarian.
Tetapi mereka duduk bagaikan saudara satu agama, mendalami ilmu diajar Luther dan Calvin meskipun mereka sudah tiada.
Apabila Protestanisme Menjadi Politik
Nasib Protestanisme sedikit terumbang-ambing sekitar abad ke-16. Kalau bukan kerana Arnoldisme dan Martin Luther, warga Eropah mungkin akan patuh pada Katolik saja. Namun persoalan mereka (bersertakan dengan penentangan daripada Ortodoks) telah menggegarkan institusi rasmi kepausan.
Contohnya, Raja Henry VIII (1509-1547) berani menghar.amkan kuasa kepausan daripada bumi England kerana Clement VII (1523-1534) tidak memenuhi hasrat baginda. Bermakna bermula 1534, Gereja England hanya mengiktiraf rajanya sebagai ketua agama (bukan paus di Rom).
26 tahun kemudian, Scotland mengikut haluan ini dengan penubuhan Gereja Scotland yang turut bebas daripada pengaruh Rom.
Tanpa Protestanisme, dua gereja ini mesti akan ditubuhkan juga… cuma mungkin lambat kerana pemimpin masing-masing takut menca.bar kuasa kepausan. Namun warga Protestan takkan lupa tentang kejadian pada 1572, apabila sekurang-kurangnya 5,000 orang dalam kalangan mereka dibµnµh golongan Katolik.
Anggaran moden sebenarnya tidak bersetuju dengan angka 5,000. Ada yang menyatakan 5,000 hingga 30,000. Malah ada yang berani meletak antara 30,000 hingga 100,000.
Apa yang pasti, ramai warga Protestan Perancis dibas.mi pada tahun itu. Perancis kemudian membuat pembaharuan yang merasmikan agama Kristian Katolik sebagai ajaran tunggal dengan Perjanjian Fontainbleau (senang kata, menghar.amkan Protestanisme).
Walau bagaimanapun, perjanjian ini mengundang kekecewaan di Jerman yang membalas dengan Perjanjian Potsdam (mengalu-alukan warga Protestan). Dua perjanjian (Fontainbleau dan Potsdam) menyebabkan peralihan besar di Eropah.
Arus Protestanisme terus berkembang, hinggalah hari ini menjadi gereja Kristian kedua terbesar dunia.
RUJUKAN:
George, E. (2016). The Reformation. Cavendish Square Publishing. Halaman 9.
Lamport, M.A. (2017). Encyclopedia of Martin Luther and the Reformation. Rowman & Littlefield. Halaman 300.
O’Neal, M. (2007). World Religions. UXL/Thomson Gale. 2 (2): 230.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih