Agust D a.k.a Suga of BTS baru saja keluarkan lagu terbaharunya yang bertajuk ‘Daecwhita’ untuk album solo D-2 pada 22 May lalu.

Sewaktu 01 Jun, Lay Zhang of EXO pula keluarkan lagu terbaharunya untuk album solo ke-4 bertajuk ‘Lit’ atau bahasa mandarinnya ‘Lian’ (Lotus).

Apa yang menariknya bagi aku adalah konsep lagu dan elemen tradisional dalam muzik video dorang berdua. Dorang tahu bagaimana nak promosikan budaya bangsa sendiri dalam muzik moden rap dan pop.

Agust D ketengahkan muzik perang era dinasti Joseon iaitu “daecwhita” sebagai salah muzik tradisional Korea yang kini kian dilupakan generasi muda. Lay Zhang pula ketengahkan elemen ‘Peking Opera’ iaitu salah satu pementasan teater, muzik dan budaya tradisional China era dinasti Qing. Sungguhpun dorang ni rapper, pop singer tapi nilai budaya bangsa tetap dipegang utuh.

Kalau korang dengar dan tengok MV dorang, korang akan perasan lagu dimulakan dengan bunyian tiupan seakan trompet iaitu gabungan alat muzik nabal (brass horn), nagak (seashell horn), taepyeongso (shawm) dan alat muzik yang dipukul iaitu jing (gong), jabara (cymbals) dan yonggo (drum with dragon design on it) untuk lagu Daecwhita dengan suara nyanyian mengumumkan permainan muzik perang tersebut.

Bunyi petikan alat muzik tradisional cina berasaskan tali iaitu erhu, jinghu dan yangqin serta gabungan alat muzik lain seperti suona, sheng dan di juga kedengaran di permulaan lagu Lit berserta nyanyian opera.

Karakter yang dimainkan oleh dorang dalam MV masing-masing ialah sebagai “Raja” yang menguasai segalanya. Ini adalah mesej tersirat yang ingin disampaikan iaitu sebagai orang yang berkuasa mampu memberi impak besar kepada dunia.

Dorang juga guna simbol naga dalam mv sebagai lambang “Wang” (King) yang memang sinonim dengan kerajaan di Timur terutama bangsa Cina dan Korea.

Sedikit lirik dalam kedua-dua lagu:

Agust D dalam liriknya,

Born slave and now the king
Berserk tiger gwanghae flow
Born in a ditch but rise up a dragon
I’m the King, i’m the Boss
remember my name

Sementara Lay Zhang dalam liriknya,

I’m the King, in the music kingdom
Kiss my ring, this belongs to me
I’ve got the power, you know it
Taking China to the world.

Sesuatu yang kita mungkin tak perasan atau tak ambil peduli adalah tentang ‘soft power’ yang dimainkan dalam arena muzik oleh Korea dan China sekarang. Ini antara cara mengawal dan mempengaruhi generasi muda melalui muzik.

Tak hairanlah sekarang ini bahasa dan budaya dari timur terutamanya Korea sangat terkenal dan diminati seluruh masyarakat dunia. Malah BTS dan EXO memang dah terkenal sebagai mekanisme gerakan soft power Korea Selatan abad ini.

Apa yang aku lihat. Sudut positif soft power ini adalah pengenalan dan pengekalan budaya bangsa ditengah-tengah era modenisasi yang patut kita contohi. Kalau bukan kita sendiri yang kenalkan budaya dan tradisi warisan kepada dunia, siapa lagi kan?

#daechwita #agustd #layzhang #lit #kpop #softpower #traditionalheritage #music


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan sains kemanusiaan (sejarah dan tamadun) UIAM. Sedang menulis disertasi sarjana sastera (sejarah malaysia) UM. Minat sejarah, sosiologi, seni, muzik dan arkeologi. Sangat suka dengan budaya dan tamadun Asia Timur terutamanya Jepun, Korea dan China. Pluviophile, observant, introvert.

Comments are closed.