Saya nak berkongsi tentang suatu kejadian pada sekitar kurun ke-18 di Eropah. Titik mula tentang kepercayaan pontianak (vampire) moden yang menghisap darah untuk hidup. Peristiwa ini memaparkan bagaimana salah faham terhadap sesuatu menimbulkan ketakutan tidak berasas
Peristiwa ini berlaku di Serbia, ramai orang mati tanpa diketahui puncanya. Perkara ini bukan terpencil, ramai memberikan laporan yang lebih kurang sama.
Orang jadi panik dan memerlukan penjelasan mengapa perkara ini terjadi.
Siasatan orang tempatan tentang penyakit ini membawa mereka ke kubur. Apabila kubur digali, mereka mendapati mayat seolah-olah masih hidup — mata terbeliak, perut kembung, berbau busuk, mulut mengalir dengan diri, kuku panjang yang memang kelihatan seperti pontianak moden.
Orang tempatan berpendapat, penyakit yang berlaku dalam kalangan mereka mungkin disebabkan mayat ini bangun di tengah malam & menggigit mangsanya sehingga dapat penyakit. Apabila telah diketahui puncanya, kisah pontianak berleluasa dan benda tak ada diada-adakan.
Pontianak boleh terbang, boleh bertukar rupa, takut dengan cahaya dan pelbagai lagi dipopularkan dan keadaan menjadi semakin panik. Orang tempatan mengambil solusi dengan menggali kubur untuk membunuh pontianak ini dengan gunakan bawang putih, paku ataupun dibakar.
Kalau kita biasa tonton kisah pontianak dalam mana-mana filem, api, bawang putih dan paku adalah peralatan yang biasa digunakan oleh hero untuk menumpaskan pontianak. Tidak kisah di pelusuk mana pun, baik Eropah atau Asia, pontianak ini mempunyai corak kelemahan yang sama.
Hal ini sampai ke pengetahuan Maharani Maria Theresa. Untuk redakan kekecohan, beliau menghantar doktor perubatan, Gerard van Swieten untuk menyiasat perkara ini.
Setelah melakukan siasatan, rupanya tiada pun pontianak yang dibesar-besarkan. Apa yang orang tempatan anggap pontianak sebenarnya salah tafsiran mereka terhadap orang yang telah mati. Apabila mayat telah mengurai, tubuhnya menjadi dehidrat, kuku dan rambutnya menjadi panjang.
Kuku dan rambut panjang antara fizikal yang ikonik bagi pontianak. Bakteria dalam tubuh pula menghasilkan gas sehingga menyebabkan perut mayat menggelembung dan memaksa darah keluar daripada mulut. Kadangkala bunyi terhasil daripada mayat kerana hasil daripada gas tersebut.
Penyakit yang diterima dalam kalangan orang tempatan itu pula diperoleh kerana mayat tidak ditanam dengan baik yang menyebabkan penyakit merebak. Akhirnya, Swieten mengeluarkan risalah yang menjelaskan secara saintifik mengenai kejadian yang mereka alami.
“that all the fuss doesn’t come from anything other than vain fear, superstitious credulity, dark and eventful imagination and simplicity and ignorance among these people.” — Swieten
Ini salah satu kisah bagaimana orang salah tafsir suatu kejadian & mengaitkannya dengan keghaiban. Sebelum munculnya ilmu sains, ini apa yang orang zaman purba lakukan, mereka gunakan mitos untuk menjelaskan kejadian alam. Sebab itulah munculnya watak seperti Zeus, Thor, Ra, dll.
Ingat tak masa kita kecil-kecil dulu, terlalu banyak kejadian pelik-pelik yang kita kaitkan dengan hal ghaib tetapi rupanya tiada apa pun, sama ada ia palsu/rekaan ataupun terdapat penjelasan saintifik disebaliknya.
Apa yang saya mahu sampaikan di sini ialah, apabila berlaku apa-apa kejadian, jangan cepat sangat menuduh hantu. Jangan cepat sangat mengaitkan dengan hal ghaib. Selidik dulu elok-elok sama ada perkara itu palsu/rekaan ataupun salah tafsir individu itu sendiri.
Tetapi ini bukanlah bermaksud kita menafikan benda ghaib. Benda ghaib itu wujud tetapi jangan cepat sangat mengaitkan pelbagai kejadian dengan ghaib. Jangan cepat sangat tuduh dan label orang tidak percaya pada benda ghaib.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih