Kejatuhan Kesatuan Soviet bukan sama sekali suatu peristiwa yang berlaku secara tunggal. Terdapat banyak perkara yang terjadi bagaikan rantaian menghala ke arah pembubarannya pada tahun 1991. Bangkitnya Amerika Syarikat misalnya adalah kerana ekonominya tidak begitu tersentuh angkara Perαηg Dunia Kedua.
Jadi Amerika Syarikat menjadi lubuk kewangan negara-negara Eropah untuk tujuan pembinaan semula. Sementara itu Kesatuan Soviet membina semula negara selepas membaiki apa yang berlaku. Dan negara-negara yang berpihak pada Soviet pula membentuk blok tersendiri. Dua blok ini bertembungan selama lima dekad.
Itu rumusan paling mudah untuk memahami keadaan pahit yang berlaku suatu masa dahulu. Dalam masa lima dekad ini, Amerika Syarikat bertukar 10 pemimpin berbeza fikrah dan parti… sementara Kesatuan Soviet kekal lima pemimpin yang gigih meηcαηtαs sesiapa saja yang enggan bersumpah setia.
Joseph Stalin dan Leonid Brezhnev paling giat bab ini. Akibat terlalu gigih meηcαηtαs, ramai anak muda tidak berani menyertai politik yang semakin tercemar dengan bala kroni.
Atas sebab inilah Kesatuan Soviet sudah tidak mampu melahirkan pemimpin baharu. Untuk pengetahuan semua, Brezhnev berkuasa sampai mαti dengan pelbagai jenis penyakit seperti nyanyuk misalnya (Forstl, 2020).
Selepas beliau pergi buat selamanya, Soviet sudah tidak mampu memilih pemimpin muda: Yuri Andropov dan Konstantin Chernenko meninggal dunia dalam masa sekejap.
Diganti pula dengan Mikhail Gorbachev, seorang yang menyedari kelemahan utama Soviet iaitu sistem komunisme sendiri. Pada dasarnya, Gorbachev sedang melαwαη fitrah Soviet. Sekadar bayangan, Gorbachev sedang cuba “mengeluarkan Islam daripada sistem khilafah”.
Apa sebabnya?
Kerana ekonomi Soviet tidak membangun selama 40 tahun lamanya… daripada Brezhnev sampai Gorbachev. Kerajaan Soviet pula tidak sedar diri. Mereka mencari kambing hitam untuk mewajarkan sistem komunisme. Kambing hitam mereka adalah Nikita Khrushchev, yang cuba membetulkan semula program ekonomi negaranya.
Ego 40 Tahun
Nikita Khrushchev dan Mikhail Gorbachev sedar yang komunisme tidak relevan. Mereka cuba melunturkan pengaruhnya, sekali gus mengubahkan sistem “kawalan pusat” ke “pasaran sosialis”. Tetapi mereka dikelilingi jerung-jerung politik yang mencari peluang untuk jatuhkan pemimpin. Sesiapa yang “ingin mencabut Islam dari khilafah” memang menempah mαυt di politik.
Jadi Khrushchev dan Gorbachev meskipun pragmatik takkan mungkin boleh berkuasa… selagi politik Soviet bergelumangan dengan jerung. Akhirnya, mereka pun jatuh. Khrushchev jatuh kerana Leonid Brezhnev bersama konco-konco politiknya (Taubman, 2003).
Jadi akibat kemaruk kuasa, masing-masing sekadar berjanji untuk menyambung legasi komunisme… dapat kuasa, macam-macam putar alam untuk elak penuhi janji. Sama macam satu negara, yang wajar dijadikan contoh. Sanggup berjanji untuk mendapat kuasa yang kemudian bertukar haluan dengan macam-macam alasan.
Gorbachev hampir jatuh sepertimana Khrushchev jatuh. Beliau melaksanakan program uskroeniya (pemecutan) yang mengandungi tiga perkara iaitu perestroika (pengstrukturan semula), glasnost (ketelusan) dan demokratizatsiya (pendemokrasian).
Semua boleh nampak macam mana Uskroeniya bagaikan bid’ah dan syirik pada tabiat komunisme. Barah sama sedang menimpa, apabila orang bawahan mencuba nasib. Ketika itu pula, status ekonomi Soviet sudah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.
Maka ramai dalam kalangan rakyat Soviet bangkit melaksanakan demonstrasi. Pada 23 Ogos 1989 misalnya, seramai dua juta orang beratur bahu-ke-bahu membuat suatu rantaian manusia sepanjang 675.5 kilometer di Estonia, Latvia dan Lithuania sebagai tanda protes anti-Soviet.
Dalam beberapa republik yang lain, protes bermula dengan semangat dan berakhir melalui dαrαh. Jadi populariti Gorbachev sememangnya lemah.
Mengambil kira perkara-perkara ini, Kesatuan Soviet menemui αjαl pada 19 Ogos 1991. Memang betul Soviet terbubar pada 26 Disember 1991. Jadi apa yang berlaku pada 19 Ogos? Apa yang besar sangat peristiwa 19 Ogos sampai dikatakan αjαl?
Kami menjemput anda beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA yang mengulas panjang pasal Peristiwa 19 Ogos… dan untuk pengetahuan anda, peristiwa ini turut mempengaruhi sistem politik Rusia sekarang dibawah Vladimir Putin. Beli di: https://www.thepatriots.store/store/latest/putin-tsar-moden-russia/
RUJUKAN:
Forstl, H. (2020). Aging Heads of State: The Politics of Dementia and Geriatric Cognitive Disorders. Dement Geriatr Cogn Disord. 49 (2): 121-128.
Taubman, W. (2003). Khrushchev: The Man and His Era. W.W. Norton & Co. Halaman 615.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih