Kita selalu baca kenapa kereta Formula 1 yang laju tu boleh stabil walaupun pada kelajuan 300 km/h.

Jawapannya adalah reka bentuk aerofoil yang ada pada spoiler, skirting dan chassis kenderaan Formula 1. Kita gunakan konsep fizik iaitu Bernoulli’s Principle. Makin kurang kelajuan, makin tinggi tekanan. Seterusnya, daya ke bawah (down force) akan terhasil membuatkan kereta Formula 1 menjadi stabil walaupun pada kelajuan yang tinggi.

Kes ini kita boleh gunakan pada jalan yang lurus. Tapi macam mana pula kalau di selekoh?

Kalau perasan semasa kita memandu kenderaan di satu selekoh pada kelajuan yang agak tinggi. Kita akan perasan yang kenderaan kita seperti tertarik ke luar daripada selekoh.

Itu yang kita panggil sebagai centrifugal force. Centrifugal force adalah daya yang terhasil akibat putaran daripada kenderaan melalui selekoh. Jadi, macam mana kereta Formula One boleh stabil di selekoh walaupun pada kelajuan melebihi 100 km/h?

Dalam Kejuruteraan Awam terutamanya dalam highway engineering. Kita ada satu benda yang dipanggil ‘Superelevation’.

Definasi superelevation dalam Bahasa Inggeris adalah: ‘the amount by which the outer edge of a curve on a road or railway is banked above the inner edge’.

Kalau bahasa mudah fahamnya, ketinggian jalan di sebelah luar lebih tinggi daripada sebelah dalam. Paling senang sekali nak faham, kita panggil cerun jek. Boleh rujuk gambar pertama dan kedua di bawah ini.

Kita tengok formula superelevation dalam gambar ketiga:


e = superelevation
f = friction
R = Radius of road curvature
V = Speed limit

Kalau perasan setiap kali di selekoh, kita akan nampak had laju yang ditetapkan. Ada tujuan kenapa had laju itu ditetapkan. Kalau kita melebihi had laju yang ditetapkan, centrifugal force akan menjadi lebih tinggi dan akhirnya akan menarik kereta kita keluar daripada landasan jalanraya.

Jadi, patuh had laju di selekoh. Had laju ini ditetapkan bukan saja-saja. Tapi, untuk memastikan kenderaan anda mematuhi hukum fizik yang selamat. Kalau tak patuh, masuk gaung lerrrrr jawabnya.

Balik semula pada kes Formula One tadi. Boleh tengok gambar di atas (walaupun bukan kereta F1). Kita boleh lihat ada cerun di selekoh. Sama juga dalam gambar untuk MotoGP di bawah.

Paling ketara kita boleh lihat di mana pakainya superelevation adalah di Veledrom basikal. Boleh tengok di dua selekoh dalam litar veledrom. Cerunnya sangat tinggi sebab nak pastikan pelumba basikal tidak terkeluar daripada litar.

Apa terjadi kalau tak ada atau tak cukup superelevation di selekoh ini? Tengok gambar Terdampar lori kat tepi jalan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang berlatarbelakangkan kejuruteraan awam. Cenderung kepada bidang ekonomi politik, kewangan, sains dan teknologi. 'Metallica or Megadeth, Megadeth is better'

Comments are closed.