Apabila James Cook mendarat di sebuah kepulauan yang beliau namakan sempena John Montagu, tiada siapa tahu bahawa tempat tersebut – iaitu Owyhee – akan menjadi tarikan utama pelancongan global.
Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi bangsa British untuk tidak menghormati adat istiadat tempatan.
Cook yang penat lelah merentasi lautan besar berminggu-minggu lamanya akhirnya dibvnuh semata-mata untuk kayu api.
Yang mana Cook boleh cari sendiri di hutan, beliau mendapatkan sumber daripada bahan-bahan berhala kepercayaan tempatan.
Sudahlah melanggar adab, beliau menangkap Raja Kalani’ōpu’u pula untuk dibuat tebvsan. Kerana seorang ketua suku telah mengambil kapalnya.
Sangkaan Cook meleset apabila anggota-anggota Kalani’ōpu’u melancarkan misi menyelamatkan raja mereka. Kalani’ōpu’u dibebaskan, manakala Cook dibvnuh.
Inilah sejarah antara yang paling awal melibatkan bangsa daripada Eropah di Hawai’i. Pada zaman itu Hawai’i dipimpin oleh sebuah kerajaan monarki.
Selama 80 tahun kepulauan ini bersatu antara pemerintahan Kamehameha hingga Lili‘uokalani.
Namun sepanjang itu mubaligh-mubaligh Protestan daripada Amerika Syarikat berjaya menyebarkan agama Kristian di Hawai’i. Pengaruh baharu ini memb4smikan amalan-amalan tradisional.
Dan pada tahun 1840, ajaran Kristian menguasai politik Hawai’I selepas Kamehameha III meratifikasikannya dengan perlembagaan baharu.
Hiram Bingham yang berasal daripada Vermont telah dijadikan penasihat diraja daripada latar belakang mubaligh.
Keturunan para mubaligh juga bergiat secara aktif dalam politik tempatan – dan perlahan-lahan Amerikanisme menguasai pengaruh sana.
Bujang dan Mandul
Kamehameha V m4ngkat tanpa anak atau penamaan waris. Maka pemilihan dibuat antara Lunalilo dan Kalākaua yang dimenangi Lunalilo. Tetapi raja ini m4ngkat dalam tempoh setahun, pun tanpa menamakan seorang pewaris.
Pada tahun 1874, Kalākaua bertanding dalam satu lagi pemilihan yang ditentangi Emma, ratu kepada Kamehameha IV.
Rvsvhan yang berlaku mengundang campurtangan ket3nt3raan Amerika Syarikat dan British atas nama mengekalkan keamanan. Dan Kalākaua dilantik sebagai raja dengan memenangi undian 39-6.
Kalākaua akan menjadi raja terakhir di bumi Hawai’i. Baginda membenarkan hak eksklusif bagi Pearl Harbor kepada Amerika Syarikat.
Dan baginda juga dipaksa menandatangani persetujuan bagi perlembagaan baharu yang mencairkan kemutlakannya. Jika enggan, Kalākaua terpaksa turun daripada takhta. Disebabkan cara perlembagaan ini diratifikasikanlah ia dinamakan Perlembagaan Bay0net.
Tidak kira bagaimana ia ditandatangani. Untuk mengekalkan kuasa, Kalākaua telah menyerahkan sistem monarkinya kepada tangan Amerika, Eropah dan elitis tempatan.
Kem4ngkatannya menaikkan Lili’uokalani, iaitu ratu terakhir Hawai’i. Baginda merancang perlembagaan baharu untuk memutlakkan kembali kuasanya.
Tetapi pada 14 Januari 1893, ketua-ketua perdagangan Eropah telah menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan untuk melancarkan r4mpasan kuasa terhadap Lili’uokalani. Hawai’i kemudian akan dijadikan wilayah Amerika Syarikat.
Dan apabila dilaksanakan, t3nt3ra-t3nt3ra Lili’uokalani tidak berlawan. Situasinya tidak sama sekali boleh digambarkan gajah dengan gajah beradu, pelanduk m4ti di tengah-tengah.
Kerana apa yang berlaku ialah gajah dan gajah mengepung kiri dan kanan seekor pelanduk yang sudahpun letih akibat perangai spesies sendiri. Monarki Lili’uokalani tidak dapat mempertahankan diri.
Rancangan Separuh Masak
Penggulingan Lili’uokalani dipermudahkan dengan wujudnya kerajaan sementara. Sanford Dole telah dijadikan Presiden Republik dan perlu menghalang pengembalian Lili’uokalani.
Tetapi masalah bermula apabila Presiden Grover Cleveland di White House membuat Laporan Blount.
Cleveland juga ialah sahabat Lili’uokalani
Kesimpulannya, Cleveland berpendapat bahawa penggulingan Lili’uokalani telah melanggar undang-undang. Jadi kerajaan Cleveland mendesak Dole supaya berundur dan kembalikan Lili’uokalani.
Namun pemisahan kuasa antara White House dan Kongres mungkin tidak berpihak kepada Lili’uokalani. Kerana Kongres berpendapat bahawa semua pihak tidak bersalah apabila r4mpasan kuasa dilaksanakan.
Tetapi Hawai’i kekal dibawah sebuah kerajaan yang pro-Amerika walaupun tidak diterima Cleveland.
Amerika Syarikat pada 1896 pula mendapat William McKinley sebagai Presiden, yang dikelilingi golongan pro-Dolisme.
Setahun kemudian, Setiausaha Negaranya menandatangi perjanjian yang membuatkan Hawai’i sebuah wilayah Amerika.
62 tahun kemudian Hawai’i diangkat daripada status wilayah dan dimandatkan kenegerian sah dibawah Perlembagaan Amerika Syarikat.




No comments yet