Rom ialah musuh ketat bagi Gaul. Pada 58 SM, Julius Caesar melancarkan Perang Gallic bagi menakluk puak Gaul yang tinggal di utara kota Roma. Kalau hari ni, kawasan Gaul dipanggil Perancis, Belgium Jerman dan Switzerland.
Meskipun mempunyai ramai pahlawan, tetapi Gaul tidak bersatu hati. Mereka berpecah belah kepada lebih 40 puak. Sebab tu ada pepatah: “Sep kito jange pecoh, sep kito jange baloh.”
Peperangan paling dahsyat terjadi pada 52 SM dan dipanggil Pertempuran Alesia. Di bawah pimpinan jeneral terbaik, Julius Caesar memenangi peperangan ini. Kota Roma mencapai kestabilan dan keamanan buat beberapa tahun selepas ancaman dari Gaul dapat dinyahkan.
Power sangat ke Rom?
Tak power sangat pun. Bolehlah dikatakan mereka Cuma bernasib baik pasal Gaul berpecah belah dan tak bersatu melawan Rom. Lagipun, pahlawan Rom tidaklah lebih handal atau lebih berani berbanding pahlawan Gaul.
Rom ada kelengkapan yang lagi canggih.
Kat sini kelemahan Gaul. Akibat ketinggalan dalam alatan peperangan, sekejap je diorang kena kitai. Rom menyerbu dengan kelengkapan mobile towers, artillery and battering rams. Semua teknologi ketenteraan ni telah memenangkan angkatan Julius Caesar.
Pengajaran yang kita boleh ambil, jangan pandang remeh ilmu pengetahuan. Kalau budak-budak sekarang kata SPM tak penting, takde pelajaran pun boleh berjaya, siapa nak jadi jurutera pakar, saintis dan pencipta? Rom takkan berjaya kalau mereka cuma pengguna.




No comments yet