Kristian ialah agama terbesar di Korea Selatan yang dipeluk oleh lebih separuh warga Korea Selatan yang beragama. Terdapat kira-kira 13.7 juta orang Kristian di Korea Selatan hari ini. Majoriti orang Korea Selatan (56.1%,berdasarkan bancian nasional 2015) adalah tidak beragama (Atheis).
Manakala, Agama Kristian dan Buddha adalah agama yang paling dominan di kalangan rakyat Korea Selatan. Aliran Protestan mewakili (19.7%) dari jumlah populasi, Buddhisme Korea (15.5%), dan Aliran Katolik (7.9%). Sebilangan kecil orang Korea Selatan (0.8% keseluruhannya) adalah penganut agama lain, termasuk Buddhisme won, Confucianisme, Cheondoisme, Islam, Daejongnisme, Kristian Orthodox, Jeungsanisme dan bermacam lagi kepercayaan lain.
Dalam artikel ini, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai bagaimana agama Kristian yang berpusat jauh di benua eropah boleh berakar dan bertapak dengan kukuh di Semenanjung Korea khususnya, bukan Korea Utara dan bukan juga Korea Selatan.
Pengamalan ajaran Kristian di Semenanjung Korea pada peringkat awal dapat dibahagikan kepada dua aliran, Katolik dan Protestan. Secara umumnya, agama Kristian aliran Katolik mula diperkenalkan di Semenanjung Korea pada abad ke-18 oleh Yi Seung-hun. Beliau yang telah mempelajari terjemahan teks-teks Katolik semasa di Korea. Beliau mengikuti ayahnya sebagai diplomat ke Beijing pada tahun 1784.
Yi Seung-hun telah tertarik untuk mempelajari dengan lebih mendalam ilmu agama Kristian setelah membaca teks-teks tersebut. Semasa di Beijing, dia bertemu dengan seorang mubaligh Jesuit dan telah dibaptis. Kemudian menukar nama beliau kepada Peter Li yang lebih sesuai dengan status barunya sebagai seorang penganut agama Kristian.
Yi Seung-hun kembali ke Semenanjung Korea dengan membawa pulang beberapa buah naskhah yang berkaitan dengan aliran Katolik serta batang salib. Setelah itu, Yi Seung-hun mula menyebarkan ajaran Kristian kepada masyarakat setempat sehingga berjaya mengumpulkan sejumlah besar pengikut.
Kerabat Dinasti Joseon menganggap ajaran Kristian yang kian berkembang ini, sebagai fahaman yang subversif yakni dilihat mampu untuk menghakis pengaruh dan kedudukannya sebagai pemerintah mutlak di tanah Korea.
Oleh hal yang demikian, kerajaan telah bertindak dengan menindas serta menyeksa sesiapa sahaja yang disyaki mengamalkan ajaran Kristian. Kemuncak kepada penindasan ini berlaku pada tahun 1806, apabila seramai 8,000 penganut ajaran Kristian aliran Katolik telah dijatuhi hukuman bvnvh termasuk sembilan orang mubaligh dari Perancis.
Dipendekkan cerita, Apabila kerajaan Joseon membuka pintunnya kepada dunia luar pada akhir abad ke-19, pemerintah bertindak untuk lebih bertoleransi terhadap penganut agama Kristian. Pada waktu inilah aliran Protestan telah mula dibawa masuk kedalam Semenanjung Korea oleh mubaligh dari Amerika Syarikat pada tahun 1884.
Gereja aliran Protestan mula diperkenalkan oleh Seo Sang-Ryun di Kampung Sorae di wilayah Hwang Hae pada tahun 1884. Manakala pada akhir tahun yang sama, tiba seorang missionari beraliran Protestan pertama yang menjejakkan kaki ke Semenanjung Korea. Beliau ialah Horace Newton Allen, juga merupakan seorang doktor perubatan yang rapat dengan Raja Gojong, pemerintah dari Dinasti Joseon ketika itu.
Selepas kejatuhan kerajaan Dinasti Joseon pada dekad terakhir abad ke-19, Sebahagian besar penduduk Semenanjung korea telah memeluk agama Kristian. Ini kerana monarki dan para intelektual telah menjadikan dunia barat sebagai model untuk memajukan Korea pada waktu itu dengan menyokong karya mubaligh Katolik dan Protestan.
Semasa era penjajahan Empayar Jepun pada separuh pertama abad ke-20, pengamalan agama Kristian seiring dengan nasionalisme Korea diperkukuhkan lagi, sebabnya bagi menentang usaha Empayar Jepun untuk menyebarkan ajaran Shinto dikalangan penduduk Semenanjung Korea.
Pertumbuhan pesat kedua-dua aliran ini berlaku setelah berakhirnya perang dunia kedua pada tahun 1945, Semenanjung Korea berjaya dibebaskan daripada penjajahan Empayar Jepun oleh Kuasa Bersekutu. Pada tahun yang sama juga, telah berlakunya pemisahan Semenanjung Korea menjadi dua buah negara.
Dibawah pengaruh Kesatuan Soviet, sebuah negara yang berideologikan komunisme telah dibentuk di wilayah utara dan negara yang anti-komunis dibentuk di wilayah selatan, majoriti penduduk Kristian yang pada masa itu berada di wilayah utara semenanjung telah melarikan diri ke Korea Selatan bagi mengelakkan penindasan oleh kerajaan komunis.
Pada waktu ini, dianggarkan 2% peratus populasi di keseluruhan Semenanjung Korea merupakan penganut ajaran Kristian. Pada tahun 1991, 18.4% penduduk Korea Selatan khusunya, merupakan penganut Ajaran Kristian aliran Protestan, manakala bagi aliran katolik 6.7%.
Sehingga hari ini, agama Kristian terus berkembang seiring dengan sistem pendidikan serta proses pemodenan gaya barat. Selain itu, Agama Kristian dilihat sebagai anutan bagi golongan kelas menengah, belia, intelektual, dan urbanis. Ajaran Kristian juga telah menjadi asas kepada usaha untuk mencapai kemajuan sejak berakhirnya perang dunia kedua sehingga kini.
Artikel disumbangkan oleh Fakhry Harraz untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih