Isnin, 23 November 202623 Nov 2026
Bagaimana Adrenalin Berfungsi?
Falsafah Alamiah

Bagaimana Adrenalin Berfungsi?

Kerap kali kita
ternampak dan merasai situasi manusia tiba tiba mempunyai kekuatan luar biasa
pada keadaan tertentu. Contohnya, kita boleh berlari lebih laju daripada biasa
apabila dikejar anjing. Seorang ibu boleh mengangkat kereta untuk alihkan kaki
anaknya yang tersepit di bawah tayar. Kesemua hal ni boleh dikaitkan dengan
hormon bernama adrenalin.

Hormon ni dalam
bahasa mudahnya, ialah kimia perangsang. Setiap sel dalam badan kita ni
mempunyai port yang kita panggil sebagai reseptor. Apabila kita dalam keadaan
‘flight or fight’, hormone adrenalin ini akan dirembeskan dari badan kita.
Hormon ini akan melekat pada port reseptor dan sel akan bertindak balas menurut
hormone yang melekat. Kesannya, badan kita akan menjadi terlebih aktif dan daya
kekuatan kita akan meningkat lebih.

Mekanisme
adrenalin adalah seperti berikut. Mula-mula, badan kita akan mengenal pasti
sekiranya kita ni berada dalam keadaan bahaya. Ok, nak senang, kita bayangkan
Ali bertembung dengan babi hutan. Mata Ali akan menghantar isyarat kepada otak
melalui saraf mata. Otak akan menganalisis data berkenaan sama ada ia merbahaya
atau tidak. Sekiranya merbahaya, otak akan hantar isyarat data kepada kelenjar
pituatari (juga di otak). Isyarat data inilah yang menghasilkan emosi takut
atau berani.

Bila kita bercakap
tentang hormon, kelenjar pituatari ni boleh dianggap sebagai ibu pejabat segala
hormon. Apa apa hal, kena jumpa pituatari dulu. Bila otak dah bagi isyarat
benda tu merbahaya, kelenjar ni akan rembeskan hormon ACTH ke dalam darah. Satu
satunya sel yang boleh bertindak balas dengan hormon ini ialah kelenjar adrenal
di buah pinggang.

Setelah hormone ni
melekat pada port reseptor kelenjar adrenal, sel-sel di situ akan hasilkan
hormone adrenalin dan dirembeskan ke dalam darah. Berbanding dengan hormone
ACTH, hormone adrenaline ni akan melekat pada hampir semua reseptor sel-sel di
badan, bergantung pada tahap bahaya. Dari sini, barulah kesan manusia super tu
wujud.

Jadi bila
berhadapan dengan anjing liar tu, apa reaksi yang patut ada pada badan Ali?
Semestinya dia memerlukan kekuatan untuk sama ada berlari lebih laju ataupun
berlawan dengannya. Jadi, macam mana nak ada kekuatan tu? Kereta kalau nak
bergerak kena ada minyak. Kalau sel di badan, dia nak glukosa dan oksigen. Oleh
itu, adrenalin akan melekat pada sel paru paru untuk bernafas lebih kerap. Di
hati, adrenalin akan merangsang lemak badan di situ untuk berpecah dan menjadi
glukosa.

Malangnya, kalau
setakat bernafas banyak pun tak lepas. Kita kena ada sistem pengaliran yang
bagus untuk hantar bahan api sel ni ke seluruh badan. Maka, adrenalin akan
rangsang jantung untuk mengepam lebih laju. Untuk mempercepatkan lagi kelajuan
pengepaman darah, urat darah kita semuanya akan disempitkan ruangnya serupa
paip getah untuk pancut lebih laju. Walaupun begitu, ruang urat darah di
bahagian otot akan menjadi lebar untuk memaksimakan pengaliran bekalan oksigen
dan glukosa pada sel otot. Disebabkan perihal urat darah inilah kadangkala kita
akan bermuka pucat atau merah menyala bergantung sama ada kita takut ataupun
marah.

Bila pengaliran
logistik semua dah selesai, barulah sel sel otot berasa selesa untuk bekerja
dua kali ganda dan ‘overtime’. Untuk memastikan kita kekal fokus pada objek
merbahaya, penglihatan ‘serotperipheral’ kita akan dibataskan kecuali pada
titik fokus. Hal ini akan menyebabkan pandangan sekeliling kita menjadi kabur
kecuali fokus utama kita. Telinga kita pun akan menjadi kurang sensitif untuk
elakkan gangguan oleh bunyi luar. Sekarang ini, badan Ali sudah bersedia untuk
bertindak balas, maka cukuplah syarat bagi beliau untuk bergusti dengan babi
atau melarikan diri.

Ya, itulah
mekanisme adrenalin secara ringkas.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet