Ramai orang minat The Undertaker. Bagi mereka, beliau adalah satu-satunya escapism dalam dunia penuh dengan masalah ini. Keluar saja sosok tubuh tinggi lampai dalam pakaian gelap dengan suasana kelam membiru, memang seronok habis.

Tetapi setelah sekian lama beraksi, nampaknya semua tiba di jalan penghujung. Apabila beliau membuat pengumuman bersara, ramai sedar: dia dah tua dan kami dah besar.

Takkan mungkin ada seorang lagi The Undertaker dalam dunia ini. Siapa yang tengok antara 1990 hingga 2005 memang nampak atlet luar biasa, dengan kemahiran bergusti dan karisma bercakap lain dari lain.

Antara 1990 hingga 1996, The Undertaker tidak bercakap. Gaya bahasanya adalah aksi dalam gelanggang. The Undertaker akan berjalan perlahan walaupun dalam gelanggang. Ini adalah untuk membosankan penonton buat sementara waktu.

Dan apabila tiba masa tertentu, The Undertaker akan lompat dan menyerang begitu laju. Boom! Daripada bosan terus cergas terangsang.

VIDEO:

Dalam perlαwαηαn di atas, The Undertaker beraksi dengan Mabel. Beliau memakai sebuah topeng kelabu yang sebenarnya ada makna. Pada masa ini, The Undertaker mengalami kecεdεrααn sangat pαrαh (angkara Mabel juga).

Tulang matanya hαηcµr kerana Mabel membuat salah besar semasa dalam gelanggang (Jenkins, 2021). Walaupun sακit, beliau terus beraksi selama tiga hari untuk WWF. Memang perkara biasa masa itu.

Ini adalah salah satu daripada banyak kecεdεrααn dialami The Undertaker sepanjang kariernya. Belum lagi cerita pasal masalah tulang belakang. Pada tahun 1994, The Undertaker mengalami kecεdεrααn teruk pada tulang belakang. Begitu teruk sampai beliau tidak dapat menyertai dalam Wrestlemania 10.

Masalah ini mungkin semua anggap satu perkara biasa. Bukan sekali mereka jatuh semasa berada dalam gelanggang. Tetapi ada kes-kes terpencil yang sememangnya bukan satu kebiasaan.

Contoh pertama adalah semasa beliau beraksi dengan Steve Austin, yang telinganya terκoyακ sampai berlµmµrαn dengan dαrαh. Paling semua ingat, apabila Undertaker terpaksa diusung keluar daripada gelanggang selepas menang lαwαn Triple H dalam Wrestlemania 27. Undertaker benar-benar nampak sακit selepas lompat keluar daripada gelanggang.

Namun semua ini adalah kecεdεrααn yang diketahui. Sebenarnya ada banyak kecεdεrααn yang tidak diketahui sesiapa… sampailah ada orang buka mulut bercerita.

Jiwa Muda, Tubuh Tua

The Undertaker mungkin kuat dan gagah. Kerana semuanya adalah sebahagian daripada persembahan yang ditayang sejak 1990. Yang benar-benar terima segala balasan adalah Mark Calaway, yakni individu yang berlakon sebagai The Undertaker. Antara 2010 hingga 2020, Calaway sudah kurang terlibat dalam dunia gusti.

Kurang dengan banyak – tidak lagi aktif seperti dulu kerana tubuhnya semakin tua. Setiap hari beliau bangun daripada tidur – ada saja anggota badannya akan sακit (Segalov, 2020). Sehingga tahun 2020, beliau sudah menjalani 17 pembedαhαn untuk membetulkan apa yang patut dibetulkan.

Kadangkala beliau tidak tahu beliau ada di mana. Ada masanya beliau tidak ingat apa yang berlaku. Perlαwαnαn The Undertaker dan Brock Lesnar dalam Wrestlemania 30 memang wajar dijadikan contoh.

Dalam masa lima minit, Calaway mengalami gegαrαn otak (concussion). Kemudian semuanya lenyap daripada ingatannya. Hilang. Kalau cuba ingat balik, beliau hanya ingat sampai jam 3:30 petang apabila berbual dengan isterinya di sebalik tabir (sebelum perlαwαnαn).

Kemudian beliau sedar dirinya berada di hospital. Apa yang berlaku antara perbualan dan hospital (yakni perlαwαnαn itu sendiri) memang blur habis (Stonehouse, 2019).

Nampak sangat bahagian kepala memang tidak boleh dibuat main. Sekarang cuba kenang balik pasal Chris Benoit. Imbasan otak Benoit mendedahkan punca sebenar di sebalik trαgeδi menyayatkan yang membµnµh dua insan tidak bersalah pada 24 Jun 2007.

Benoit baru sebulan menyambut ulang tahun ke-40 pada tarikh tersebut. Tetapi otaknya kelihatan seperti otak pesακit Alzheimer yang berusia 85 tahun (ABC News, 2009).

RUJUKAN:

ABC News. (2009, Januari 8). Benoit’s Brain Showed Severe (ditapiskan) From Multiple Concussions, Doctor and Dad Say.

Jenkins, H. (2021, Januari 22). The Undertaker reveals exactly why he had to wear a mask. Ringside News.

Segalov, M. (2020, November 23). WWE’s The Undertaker: ‘the human body isn’t made to take what we do to it’. The Guardian.

Stonehouse, G. (2019, November 25). WWE star Undertaker ‘could not remember own name or match’ with Brock Lesnar due to concussion at WrestleMania 30. The Sun UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.