“Lu punya nasib lu makan. Dia punya nasib dia makan. Apa salah ke makan sama-sama.”

 

Itulah ungkapan salah satu dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok yang diarahkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1961.

 

Tetapi, tahukah anda siapa pelakon tambahan berbangsa Singh yang menyebut dialog itu? Beliau bernama Pritam Singh.

 

Pritam Singh bukanlah seorang pelakon profesional, tetapi beliau bekerja sebagai pengawal dengan syarikat Shaw Brothers, bertugas mengawal laluan ke pintu masuk di studio Jalan Ampas.

 

P. Ramlee telah memberikan peluang kepada beliau untuk melakonkan beberapa babak dalam filem tersebut.

 

Lakonan dan dialog Pritam Singh ternyata masih diingati oleh penonton generasi kini apabila menonton filem ini. Seniman Bujang Lapok adalah satu-satunya filem yang dilakonkan oleh Pritam Singh.

 

Beliau terus setia bertugas sebagai pengawal di studio tersebut sehingga tahun 1980-an, walaupun studio Jalan Ampas telah ditutup operasinya pada tahun 1967.

 

Anda perasan tak yang babak ini sebenarnya menempelak sikap orang Melayu?

 

Apabila Sudin memanggil pengawal tersebut dengan “Oi”, beliau menjawab “nama saja orang Melayu, tapi adab pun tak tahu.”

 

Kebijaksanaan P.Ramlee mengolah bahasa kiasan dalam filem ini sangat halus dan mendalam di samping beliau berjaya memparodikan dialog kiasan satira untuk menegur masyarakat, bangsanya dan kepimpinan negara sejak zamannya.

 

Malah segala jenis teguran itu masih kekal relevan sehingga sekarang. Lihat disekeliling anda, pasti ada yang kurang beradab.

 

Ketelitian P. Ramlee membina watak-watak tersebut memberi kesan yang besar kepada setiap penonton yang cakna bagaimana P. Ramlee membentuk aksara dalam setiap dialog yang dilontarkan.

 

Betapa telitinya bahasa yang digunakan oleh P. Ramlee dalam pembikinan filemnya sehingga bahasa kiasan tersebut mampu membuka minda masyarakat tanpa rasa kecil hati atau dengki atau menyambutnya dengan kemarahan.

 

P. Ramlee juga faham dan cakna bagaimana mendasari bahasa kebangsaan seperti apa yang katakan kepada Sudin selepas ditegur pengawal tersebut, “BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA TAU!”

 

Saya tutup penulisan ini dengan sebuah lagi dialog yang disampaikan oleh Pritam Singh,

 

“You pun satu la.. Baru orang minta kerja lu macam-macam cakap! Apa macam you punya BANGSA MAU MAJU?”

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?

 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply