Enrique of Malacca, Henry The Black ataupun Panglima Awang seringkali dikenali sebagai orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia. Ketika itu, dia telah diambil oleh Ferdinand Magellan sebagai anak kapal untuk menunjuk arah.
Tahukah anda, kisah itu sekali lagi diulang oleh seorang anak Malaysia iaitu Azhar Mansor.
Beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama berjaya mengeliling dunia menaiki kapal layar secara solo selama 190 hari melalui laluan Timur-Barat.
Apa yang menariknya, kapal layar beliau memiliki nama yang sama dengan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
Beliau telah berangkat untuk memulakan pelayaran pada tarikh 2 Februari 1999 tepat jam 4.30 petang di Awana Porto Malai Resort Langkawi dan dijangka akan kembali 100 hari kemudian. Pelayaran ini melibatkan jarak sejauh 21,600 batu nautika dengan melalui lautan utama dunia.
Beliau dijangka akan melalui Tanjung Leeuwin Australia, Tanjung Tenggara Tasmania dan Tanjung Selatan di New Zealand sebelum melintasi selatan Lautan Pasifik ke Tanjung Tanduk di penghujung benua Selatan Amerika.
Pada mulanya, beliau ingin menamatkan pelayaran hanya dalam masa 100 hari tetapi berlaku sedikit masalah teknikal apabila tiang kapal patah ketika berada di Tanjung Tanduk, Amerika Selatan.
Beliau juga cekal menghadapi geloran lautan yang ganas ketika berseorangan di atas kapal di Lautan Hindi. Bayangkan ketika itu, Azhar Mansor hanya bergantung kepada kemahirannya untuk memastikan kapal tidak karam dibadai ombak.
Ketika itu, beliau tidak boleh menyerah kalah kerana hanya beliau seorang sahaja yang berada di lautan. Setelah itu, Azhar Mansor juga pernah mencapai kawasan lautan yang dipanggil sebagai ‘doldrums’. Kawasan lautan itu terletak berhampiran khatulistiwa yang kurang berangin dan sangat tenang.
Hal ini bikin kapal boleh terapung-apung tanpa arah dan tujuan sehingga berlarutan 2 minggu lamanya. Di situ juga pelayar bisa dilanda halusinasi dan mengalami tekanan emosi sehingga menyebabkan ada yang ingin menamat riwayat hidup di situ.
Azhar Mansor bernasib baik apabila tiupan angin kembali melanda kawasan itu setelah tiga hari terperangkap. Beliau akhirnya berjaya tiba di tempat yang sama dengan selamat pada 11 Ogos 1999. Dikala itu, beliau disambut bak wira negara oleh perdana menteri dan juga penduduk tempatan.
Malahan kejayaan Azhar Mansor juga dianggap begitu unik dan contoh unggul Malaysia baru yang sedang bergerak ke arah negara maju. Pada 1 Disember 1999, beliau telah dianugerahkan ‘Kapten Terhormat’ oleh Tentera Diraja Malaysia (TLDM) diatas kejayaannya mengelilingi dunia secara solo.
Anugerah tersebut disampaikan di majlis makan malam sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 1999 (LIMA ’99) yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi.
Kejayaan beliau juga telah menyentap ramai jiwa anak muda untuk terus menempuhi pelbagai cabaran yang mendatang dalam hidup. Selepas sahaja kejayaan beliau, banyak lagi kejayaan yang telah digapai oleh Malaysia sehinggakan menjadi sebutan dunia.
RUJUKAN:
Jahamy. (2000, Ogos 17). Iktibar daripada pelayaran Azhar Mansor. Berita Harian. Dipetik daripada http://lib.perdana.org.my/…/iktibar%20dar%20mansor.pdf
Perpustakaan Negara Malaysia. (2001). Pelayaran Mengelilingi Dunia Secara Solo. Dipetik daripada https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Sohor_Azhar.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih