Khamis, 15 Oktober 202615 Okt 2026
Alam Melayu

Auta Si Luncai

Pada
zaman tori, tinggal seorang yatim piatu. Namanya Si Luncai. Setiap hari duduk
seorang diri. Di dalam fikirannya, pelbagai perbualan dikarangkan, kalau ini,
itu. Kalau itu, ini. Si Luncai tinggal bersendirian di sebuah perkampungan jauh
nun di pinggir Kerajaan Indera yang diperintah oleh Maharaja Isin bertakhta
dengan permaisurinya, Puteri Bongsu. Mereka mempunyai seorang puteri bernama
Puteri Lela Kendi.

Anak-anak
muda di Indera yang memanggilnya Luncai kerana rupa parasnya, tubuh badannya
dan pembawakan dirinya.

Si Luncai geddebe

Perut jauh ke depan

Belakang tonggek gelebeh

Macam tukang Peran

Namun
memang Allah itu maha adil. Walaupun penampilannya melucukan dan dipandang
rendah, pandangannya tajam. Lidahnya petah. Otaknya bergeliga.

Si
Luncai menyara hidup saban hari dengan menjual kayu api, akar serta daun dari
hutan yang boleh dibuat ubat-ubatan dan buah-buahan. Hidupnya tidaklah susah,
tidak pula mewah, sekadar berkisar dari hari ke sehari seadanya.

Hasrat
Luncai setelah sekian lamanya adalah untuk mengadap raja di Balairong Seri.
Satu hari, seorang saudagar telah menghadiahkannya sepasang baju kumbang kerana
ubat dari hutan yanng dibeli dari SiLuncai menyembohkan penyakitnya yang lara.
Keesokan harinya, Si Luncai pun bersiap-siap, memakai baju kumbang dan terus
berjalan ke istana.

Apabila
dia sampai ke Balairong istana, raja sedang dicukur sebelum solat Jumaat. Raja
memberi salam kepadanya dan bertanya mengapa dia datang. Luncai menjawab bahawa
dia hanya sekadar ingin melihat raja. Ketika raja selesai bercukur dan Si
Luncai melihat kepala raja yang botak, dia mula menangis teresak-esak.

Hairan,
bertambah hairan, bertanyalah raja: “Oh Luncai, apa yang engkau
tangisi?”

Dia
menjawab, “Mohon ampun Tuanku, patek tidak dapat menjawab soalan Tuanku.
Patek amat takut Tuanku marah.” Perasaan ingin tahu Raja membuak-buak. Tetapi
Si Luncai tidak juga mahu memberitahu.

“Luncai,
beta berjanji. Beta tidak akan marah. Bukankah Beta ini adil dan saksama?
Katakan. Beta tidak akan marah.”

“Baiklah,
Tuanku,” kata Si Luncai, lantas terlanjur melakukan kesilapan yang amat besar.

“Ampun
Tuanku. Melihat kepala Tuanku yang licin bersinar mengingatkan hamba pada
ayahanda hamba. Tambahan pula umur dan juga rupa bentuk badan saling tak
tumpah, amat mirip seperti Tuanku. Itulah yang membuat hamba begitu sedih dan
hiba.”

Setelah
selesai Si-Luncai berkata-kata, murkalah Raja Indera itu.

“Biadapnya
engkau, Si Luncai! Bapamu disamakan dengan beta, Raja Negeri Indera ini?”

“Tadi
tuanku kata tuanku adil dan saksama!” ujar Si-Luncai. Lagi marah dan berang
Raja.

“Pak
Menteri. Tangkap Si Luncai ini buangkan ke dalam sungai! Hidung tak mancung.
Pipi tersorong sorong. Tak sedar diri, bodoh sombong. Tidak guna disimpan dalam
negeri, biar dia mati,” kata Raja Indera.

Luncai
pun ditangkap dan dimasukkan ke dalam karung. Kemudiannya terus dibawa untuk
dibuang ke sungai. Kecohlah keadaan di istana, namun Si Luncai terus di bawa
pergi.

Ketua
pengawal dan tukang perahu telah mendayung ke muara sungai dengan segera.
Setelah beberapa lama, Si-Luncai bersuara meminta diberikan labu air. “Tak
lama lagi saya akan terkubur di sungai ini, berikanlah saya labu air, biar saya
peluk seperti memeluk ibu saya yang sudah tiada…” rayu Si-Luncai.

Ketua
pengawal yang juga seorang anak yatim berasa belas kasihan kepada Luncai dan
menyuruh salah seorang pendayung memberinya labu air yang ada. Dia membuka
ikatan tali yang mengikatnya. Kemudian dia memberikan labu air untuk Luncai.
Luncai memeluk labu. Selepas beberapa ketika dia mula menangis, berkata dia
kasihan pada tukang perahu kerana letih berdayung. Luncai mencadangkan bahawa
mereka menyanyikan sebuah lagu untuk menghilangkan keletihan dan kebosanan.
Semuanya di atas perahu bersetuju.

Si
Luncai pun mengajar mereka lagu yang mudah.

“Mula
mula, tuan hamba semua bernyanyi

“Si
Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tuan
hamba sahut, Biarkan, Biarkan …“

Maka
mereka di atas kapal mula menyanyi:

Si
Luncai terjun dengan labu-labunya…

Biarkan….biarkan…..

Si
Luncai terjun dengan labu-labunya…

Biarkan….biarkan…..

Apabila
telah asyik menyanyi, Si Luncai akhirnya memang terjun dari perahu. Jurumudi
pun berteriak, “Si Luncai terjun dengan labu-labunya.” Sahut
pendayung semua…

“Biarkan,
biarkan.”

Jurumudi
menjerit, “Hei, pendayung semua, lihatlah ni. Si Luncai telah melarikan diri!”

Apabila
mereka berpaling mereka melihat Luncai berdiri di tebing sungai. Jadi pendayung
mendayung secepat mungkin ke arah tebing dan berjaya menangkap semula Luncai,
serta memasukkannya ke dalam karung dan diikat ketat. Selepas beberapa ketika,
seruan nyaring rusa didengar.

Luncai
pun mengeluh. Secara senyap-senyap dia berkata, “Membazir je daging yang
lazat…..Rugi….Rugi…”

“Apa
yang kamu maksudkan?” kata pengawal.

“Oh,
tiada apa apa……Alahai…Rugi…Rugi….”

“Apa
dia Si Luncai?” tanya pengawal lagi.

“Hamba
terdengar jeritan rusa yang terperangkap dalam perangkap di hutan. Hamba rasa
tentu rusa itu akan mati begitu saja jika tiada siapa yang pergi menangkapnya.
Ruginyalah.”

Pengawal
dan pendayung memandang antara satu sama lain. Akhirnya pendayung yang paling
tua berkata, “Kesian rusa itu. Jangan dibiarkan mati menjadi bangkai. Elok kita
ambil, sembelih dan makan kemudian. Hari dah pun tengahari. Kita boleh mengikat
Si Luncai dalam karung dan kemudian pergi mencari rusa itu.”

“Baik sekali
cadangan tu.” kata ketua pengawal.

Maka
Si-Luncai pun diikat di dalam karung dan ditinggalkan di atas perahu sebelum
mereka semua terus ke hutan mencari rusa yang terperangkap. Setiap kali mereka
mendengar bunyi rusa, mereka pun bergegas ke arah bunyi itu. Rusa itu terus
berlari lebih jauh lagi ke dalam hutan.

Si
Luncai pula duduk diam di dalam karungg guni.

Tidak
lama kemudian sayup kedengaran, jejak langkah menghampirinya, setapak demi
setapak. Seorang lelaki bersiul begitu gembira. Si Luncai mula menangis, “Tolong,
lepaskan hamba. Hamba tidak mahu berkahwin dengan puteri raja. tidak mahu….”

“Beritahulah
Raja Indera, hamba tak sanggup berkahwin dengan Puteri lela Kendi…”

Langkah
tiba-tiba terhenti.

”Siapakah
itu, wahai suara dalam karung? Mengapa tuan hamba terkurung dalam karung?”

“Oh tuan
budiman…beginilah nasib saya … Raja mahu saya berkahwin dengan puterinya.
Malangnya, saya tidak boleh kerana saya perlu menjaga ibu saya…” tangis Si
Luncai.

“Wah!”
fikir lelaki tersebut, “Ini kisah yang pelik…nasib baik aku lalu di sini.”  Ini membuatkan lelaki itu, seorang pedagang
kain, sangat teruja. “Aku pun layak berkahwin dengan anak raja!” bisik hati
kecilnya.

“Ahhh,
hamba boleh menggantikan tuan hamba, wahai suara dalam guni!”

Si
Luncai tidak melengahkan masa dan terus bertukarkan tempat dengan pedagang kain.
Si Luncai berpesan ”Apabila kedengaran pengawal datang, katakan,

“Aku
bersedia berkahwin dengan puteri. Aku bersedia terima nikahnnya…”

“Baiklah,
tuan hamba. Jangan risau lagi. Pergilah pulang menjaga ibumu.”

Si
Luncai pun beredar dari situ dengan segera…

Pengawal,
jurumudi dan kesemua pendayung akhirnya kembali, letih dan kecewa tidak dapat
menangkap rusa. Semuanya memang sakit hati kerana terasa ditipu Si-Luncai lagi.
Mereka bertekad tidak akan mendengar segala kata-katanya lagi.

Apabila
kembali ke perahu, ketua pengawal terdengar suara dari karung berkata, “Aku
bersedia berkahwin dengan puteri. Aku bersedia terima nikahnnya…”

Dia
pun ketawa terbahak-bahak, geram bercampur marah, “Sudahlah Luncai. Jangan
mengarut lagi.”

Pedagang
itu mengulangi kata-katanya, “Aku bersedia berkahwin dengan puteri. Aku
bersedia terima nikahnnya…”

Dan
akhirnya pedagang malang tapi kurang usul periksa itu dihumban ke dalam sungai.

Si
Luncai pula?

Dari
belakang rimbunan buluh di tepi sungai, dia memerhatikan segala yang berlaku.
Kemudiaan ia pun pulang ke rumahnya yang terpencil jauh di pedalaman.  Walaupun bersyukur kerana masih hidup tetapi
Si Luncai bertekad untuk membalas dendam terhadap raja.

Satu
hari nanti.

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet