Korang pernahkah terfikir, apa alatan untuk mengkaji bintang-gemintang pada zaqman lampau. Perkenalkan, astrolab! Apa yang menarik, ada sebuah astrolab yang pernah dipakai ahli falak muslim dan yahudi.

Astrolab adalah alat yang digunakan oleh ahli astronomi zaman pertengahan untuk mengukur altitud bintang, matahari dan sebagainya. Ia turut digunakan sebagai alat bantu pandu arah dalam pelayaran.

Tahukah anda, Federica Gigante seorang pengkaji dari Universiti Cambridge dan kurator alatan saintifik Islam di Universiti Oxford terjumpa sebuah astrolab yang mengagumkan. Ia disimpan di museum Verona, Itali. Astrolab ini pernah dipakai di Sepanyol, Afrika Utara dan Itali.

Apa yang terukir pada astrolab?

Dengan garisan bulat dan silang untuk mengkaji bintang, ada juga ukiran bertulisan arab dan hebrew. Gigante mendapati, astrolab ini telah ditambah beberapa ukiran nota, dari tangan ke tangan. Istilah arab pada astrolab itu turut ditambah terjemahan hebrew, menunjukkan pemilik barunya mengemaskini maklumat dengan bahasa ibunda.

Hal ini tidak pelik, kerana Andalusia menyaksikan orang Islam dan Yahudi dapat berganding bahu membangunkan sains dan teknologi. Maklumat pada astrolab ini sejajar dengan astrolab lain yang digunakan sekitar tahun 1060 dan 1070.

Tertulis, “untuk Isaac, hasil kerja Jonah.” Kedua-duanya nama Yahudi, menunjukkan pemilik terakhir alat astronomi ini berbangsa Yahudi. Tetapi, bahasa hebre tersebut ditulis dengan jawi, menunjukkan bahasa dan tulisan arab menjadi lingua franca di Andalusia.

Bagaimana boleh sampai Itali?

Meskipun asalnya dari Andalusia, boleh jadi ia dibawa bersama oleh pelarian Yahudi semasa Reconquesta dan pengusiran bangsa Moor dan Yahudi dari Semenanjung Iberia. Sehinggalah ia jatuh ke tangan keluarga Miniscalchi yang mengasaskan koleksi bersejarah pada 1990.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Tamadun purba memang mengasyikkan dengan penemuan mengagumkan. Terokai lagi dalam TAMADUN UNTUK PEMULA. Klik: https://shp.ee/544139e


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply