Kejayaan pengusaha mana-mana perniagaan kini bukan lagi rahsia. Kunci utamanya adalah pada pengurusan akaun dan cukai. Tidak kiralah hebat macam mana pun seseorang itu dalam buat jualan, jika pengurusan akaun tidak teratur dan selalu culas bayar cukai, yakinlah perniagaannya pasti akan jatuh suatu hari nanti.
Berikut beberapa perkara penting yang perlu anda tahu dalam akaun bisnes.
Asingkan Duit Bisnes vs Peribadi
Ramai antara kita yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Tidak kira sekecil mana pun seperti hanya buat dropship atau affiliate, itu sudah dikira sebagai perniagaan.
Namun kesilapan ramai orang buat adalah campur adukkan duit tambahan yang diperoleh tadi untuk kegunaan peribadi. Perkara ini sangat penting kerana ada kaitan dalam pembayaran cukai.
Seeloknya daftarlah SSM kemudian buka akaun semasa untuk perniagaan anda. Berbanding anda gunakan akaun simpanan peribadi untuk transaksi perniagaan, anda kena rekod betul-betul supaya membezakan sama ada kegunaan peribadi atau perniagaan.
Namun tak bermakna dah ada akaun semasa perniagaan tak perlu rekod. Tetap kena rekod juga. Bila dah asingkan siap-siap, penyata bank yang dicetak juga boleh dijadikan rekod khas untuk perniagaan anda. Logik bukan?
Sebaiknya haruslah segala transaksi perniagaan didokumentasikan. Sekarang ni dah ada banyak aplikasi yang memudahkan proses dokumentasi. Bagi yang nak buat secara manual, berikut beberapa kategori penting yang perlu ada dalam dokumen anda.
Jualan
Kita semua pasti pernah melalui proses transaksi jualan ni. Selepas kita membeli suatu barangan, kita akan terima resit kan? Begitu juga kalau kita jual barang kepada pelanggan, kita kena beri resit. Resit adalah bukti jualan anda kepada pelanggan.
Ada juga yang jalankan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan. Bagi jenis ini, kebanyakannya akan gunakan invois sebagai bukti jualan. Ini kerana mungkin bayaran agak tinggi dan pembayaran yang dipersetujui adalah berperingkat. Resit hanya diberikan apabila pelanggan membuat bayaran.
Dari sini kita boleh nampak perbezaan antara invois dan resit. Invois adalah dokumen transaksi yang berlaku secara hutang. Manakala resit adalah rekod yang melibat penerimaan duit.
Kos vs Belanja
Bab ni ramai orang keliru. Nampak sama tapi tidak.
Kos adalah belanja wajib, tanpanya jualan tidak akan berlaku. Contohnya kalau nak jual kek, mestilah kena beli tepung kan? Harga tepung adalah kos. Tanpa tepung, tak boleh buat kek seterusnya tak boleh menjual.
Manakala belanja pula adalah belanja sunat. Contoh sewa bulanan kedai kek. Tak ada kedai pun jualan tetap boleh berlaku seperti buat kek di rumah.
Dalam kategori ini seperti biasa, ada invois dan resit. Bezanya dokumen ini kita terima sebab kita yang menjadi pelanggan dalam hal ini.
Aset
Segala milik bisnes hendaklah direkodkan sebagai aset. Aset terbahagi kepada dua iaitu aset tetap dan aset semasa. Aset tetap mungkin kita mudah faham seperti kedai, kenderaan, mesin dan sebagainya.
Bagaimana pula aset semasa? Berikut antara contoh aset semasa :
- Duit dalam akaun bisnes
- Hutang pelanggan
- Deposit sewa kedai
Di sini kita boleh lihat pentingnya invois iaitu rekod transaksi yang berlaku secara hutang. Segala hutang pelanggan yang belum dibayar akan diletakkan dalam kategori aset.
Aset = Liabiliti + Ekuiti
Liabiliti juga terbahagi kepada dua iaitu :
- Liabiliti semasa
- Liabiliti jangka masa panjang
Hutang pelanggan adalah contoh mudah bagi liabiliti semasa. Manakala liabilti jangka masa panjang pula adalah seperti hutang pinjaman kenderaan atau perniagaan.
Seterusnya, ekuiti adalah peratusan modal pemilik perniagaan dan keuntungan yang terkumpul.
Selesai bahagian perakaunan, kita masuk pula bahagian cukai.
Terdapat banyak perbezaan antara Enterprise (pemilikan tunggal) dan Sendirian Berhad (Sdn Bhd) dalam pembayaran cukai.
Tahun pertama perakaunan bagi enterprise bermula daripada bulan yang didaftarkan dan berakhir sebelum 31 Disember dalam tahun yang sama. Pembayaran cukai adalah sebelum 30 Jun pada tahun seterusnya.
Tahun kedua perakaunan enterprise bermula pada awal tahun dan berakhir pada akhir tahun seperti biasa. Begitulah tahun-tahun berikutnya.
Manakala tempoh perakaunan Sdn Bhd pula dikira setahun daripada tarikh penubuhan syarikat. Contohnya syarikat ditubuhkan pada Julai 2020, maka tarikh tutup adalah pada Julai 2021. Pembayaran cukai perlu diselesaikan dalam tempoh 7 bulan sebelum tarikh tutup akaun.
Turutan pembayaran cukai adalah daftar jika belum daftar. Pendaftaran cukai boleh dibuat di ez.hasil.gov.my . Seterusnya, isytihar pendapatan dan bayar cukai (jika ada).
Pengisytiharan cukai sangat penting meskipun selepas buat kira-kira, tiada cukai yang dikenakan. Untuk pengiraan, anda perlu jumlah segala pendapatan dan kemudian tolak belanja, elaun modal & pelepasan individu.
Baki selepas ditolak itu yang dipanggil sebagai jumlah pendapatan yang dikenakan cukai. Untuk tahu peratusan cukai yang dikenakan, kita boleh rujuk dalam jadual yang disediakan oleh LHDN.
Disinilah pentingnya untuk anda rekod segala maklumat yang perlu diambil kira dalam formula pengiraan pendapatan yang dikenakan cukai seperti diatas.
Perniagaan yang membayar cukai adalah satu tanda perniagaannya dalam keadaan baik. Ini kerana secara logiknya cukai hanya dikenakan pada perniagaan yang buat untung sahaja. Tapi ada sahaja yang buat untung tetapi liat untuk bayar cukai.
Mereka yang elak bayar cukai ni jenis yang tidak mahukan perniagaan mereka berkembang. Macam mana bayar cukai boleh kembangkan perniagaan pula tu? Pelik?
Tidak pelik sebenarnya. Sebab itu ada frasa yang mengatakan perniagaan yang bayar cukai adalah perniagaan yang ‘terpaksa’ berkembang. Ini sesuatu yang positif! Siapa yang tidak mahukan perniagaannya berkembang bukan?
Apa-apa pun, kena pastikan asas perakaunan tu kena susun cantik.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih