Kalau rajin korek buku dan peta lama, memang boleh jumpa “Malayan Sea”. Sama macam boleh jumpa “Malaysia” dalam buku/peta sebelum 1900.
Ini buku 1816.
Nama laut dulu tak seragam, dan sempadan laut tak jelas akibat teknik pemetaan yang belum canggih.
Macam Orang Arab zaman dulu panggil laut belah Asia Tenggara sebagai “Laut Champa” atau Baḥr al-Ṣanfī (بحر الصنف). Bahasa Arab tak ada “ch” dan “p” maka jadi “ṣ” dan “f”.
Champa tu sebuah kerajaan Hindu di tengah dan selatan Vietnam yang wujud dari tahun 192 hingga 1471. Dari segi etnolinguistik, mereka tergolong dalam rumpun Austronesia (yang kadang dikenali sebagai rumpun Melayu).
“Melayu” ada definisi luas (rumpun) dan sempit (etnik).
Disebabkan orang Arab berdagang dengan orang Champa, diorang pun panggil kawasan perairan yang berhampiran sebagai Laut Champa.
Samada orang Champa sendiri panggil tu Laut Champa, masih belum diketahui lagi.
Dan disebabkan Champa berkait rapat dengan Melayu, ada juga rekod Arab tulis Laut Melayu.
Even orang Eropah yang mula menjejaki Asia Tenggara pada abad ke-16 pun pakai istilah Laut Melayu/Malayu.
Tapi tak ada definisi seragam di manakah “Laut Melayu”. Ia lebih kepada istilah umum bagi kawasan perairan yang dikuasai oleh bangsa pelaut rumpun Melayu/Austronesia dari Madagascar ke Samoa, termasuk Melayu, Orang Laut, Iranun, Bugis, Sulu.
James Richardson Logan (orang yang mempopularkan nama Indonesia) pun pernah pakai istilah “Indo-Malayan Sea” dalam tulisan bertahun 1850 ni.
Selepas penciptaan istilah Austronesia, baru istilah Melayu kurang dipakai.
James Richardson Logan (orang yang mempopularkan nama Indonesia) pun pernah pakai istilah “Indo-Malayan Sea” dalam tulisan bertahun 1850 ni.
Selepas penciptaan istilah Austronesia, baru istilah Melayu kurang dipakai.
Dalangnya orang Portugis. Nak senang punya pasal.
Orang China sendiri pun tak pakai nama “Laut China”. Sebaliknya “Laut Selatan” (Nan Hai) sahaja. Nama China/Zhongguo tidak biasa digunakan sebelum penubuhan Republik China pada tahun 1912.
Tapi tak ada sempadan jelas di manakah Laut China, Laut Melayu. Dalam peta John William Norie tahun 1821 yang memberangsangkan ramai nasionalis ni, walaupun dia pakai Malayan Sea untuk kawasan antara Malaya dan Borneo, atas tu dia letak China Sea juga.
Sehinggalah penubuhan International Hydographic Organization (IHO) pada tahun 1921, baru nama-nama dan sempadan laut diseragamkan.
Dalam peta yang diterbitkan oleh IHO pada 1928, seluruh kawasan no. 45 dinamakan South China Sea. Tiada lagi China Sea atau Malayan Sea.
Boleh saja kita nak mohon IHO namakan semula sebahagian LCS tu sebagai Laut Melayu. Tapi sejak 1986, Indonesia pun berusaha nak namakan perairan antara Malaya dan Borneo tu sebagai Laut Natuna. Dan asas diorang tu macam lagi kuat lah.
Ada juga nasionalis mencadangkan penamaan semula LCS sebagai “Laut Melayu Utara” bagi counter China.
Itu dah lari fokus dah. Malaysia tak pernah claim seluruh kawasan LCS. Dan nama tak beri impak dalam undang-undang laut antarabangsa.
Fokus Malaysia pada masa ini adalah mempertahankan 12 batu nautika (nm) “terriotrial sea” dan 200nm “exclusive economic zone” dan 350nm “continental shelf” berdasarkan UNCLOS, yang sedang diceroboh oleh China dan bakal diceroboh oleh Vietnam & Filipina yang masing2 over-claim.
Panggil lah Laut Melayu ke, Laut China ke, Laut Chola ke, hak setiap negara tetap terbatas kepada 200 nm.
Kawasan LCS yang bukan hak siapa-siapa akan jadi perairan antarabangsa.
Ini prinsip yang kita pegang.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih