Bila ada je food festival, pasti ramai yang sanggup beratur hanya untuk dapatkan kunafa. Ramai cakap kunafa dekat situ sedap. Tapi ramai tak tahu kunafa ni makanan warisan Filastin.
Persoalannya betul ke kunafa ni makanan orang Filastin?
Kunafa dikatakan berasal daripada wilayah Nablus yang terletak di Tebing Barat. Sebab kunafa paling original dihasilkan menggunakan keju jibneh Nabulsi. Makanan ini juga telah wujud di Nablus sejak 300 tahun yang lalu.
Malah kunafa juga diiktiraf sebagai makanan tradisional dan warisan Palestin. Jangan terkejut, orang tak ada identiti tu pun cakap kunafa ni makan deme.
Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa bahawa Nablus bukanlah tempat asal kunafa. Sebab legenda mengatakan kunafa sudah wujud sejak era Muawiyah bin Abi Sufyan menjadi gabenor Syam.
Ketika itu kunafa dicipta sebagai makanan untuk sahur di bulan Ramadan. Ada pulak yang cakap kunafa muncul ketika era Syiah Fatimiyah berkuasa di Mesir pada abad ke-15.
Bukan itu sahaja, ada kata kunafa ni berevolusi daripada katayef yang merupakan makanan berasal daripada era Khalifah Abdul Malik Bin Marwan. Apa yang pasti Uthmaniyyah bertanggungjawab dalam penyebaran kunafa. Sebab makanan ini boleh ditemui sejauh Greece.
Hari ini kunafa bukan lagi makanan yang eksklusif untuk orang Arab dan Palestin je, sebab dah ada banyak fusion di negara lain. Macam negara kita ada bermacam jenis kunafa seperti madu tiga, coklat indulgence dan banyak kali. Dekat Dubai pulak deme siap hasilkan coklat kunafa.
Kepada korang semua, ada tak yang bersahur guna kunafa?
—
Kunafa merupakan makanan warisan orang Filastin. Kalau nak tahu lebih banyak tentang Filastin, baca je buku Filastin: DARI SUNGAI KE SEGARA. Cepat dapatkan dia https://s.shopee.com.my/AKM355JNqs




No comments yet