Ketika George Lucas menentukan jalan cerita untuk filem Star W*rs, melahirkan watak-watak perwira dan penjahatnya, dia memanfaatkan pelbagai unsur teologi, mistik dan mitologi serta pengetahuannya mengenai filem klasik.

Lucas walau bagaimanapun mengakui bahawa plot dan watak dalam filem Jepun 1958 The Hidden Fortress, yang diarahkan oleh Akira Kurosawa dan filem Star Trek pada tahun 1960an menjadi inspirasi utama beliau.

Namun secara keseluruhannya, beliau mendedahkan bahawa Star W*rs sebenarnya diinspirasikan dari sejarah dunia sebenar yang beliau dedahkan samada secara terus atau secara kiasan sedikit demi sedikit. Hinggalah setiap kenyataan berkaitan dengannya boleh dikumpulkan sekaligus.

Dan sesuai dengan tanda identiti Star W*rs yang amat popular dan akan muncul sebagai babak pembukaan filem iaitu “a long time ago in a galaxy far far away”, sejarah dari kehidupan sebenar juga memainkan peranan penting dalam membentuk filem ini.

Sebenarnya, pembuat filem itu adalah seorang peminat sejarah sehingga dia pernah berkolaborasi dalam penerbitan buku pada tahun 2013 iaitu “Star W*rs and History,” yang disunting oleh profesor bidang sejarah Nancy R. Reagin dan Janice Liedl.

Ditulis oleh puluhan sejarawan terkemuka kemudian diolah dan diluluskan oleh Lucas, “Star W*rs and History” telah dibukukan hasil dari penglibatan ramai tokoh yang membantu Lucas menulis kaitan peristiwa bersejarah yang sebenar serta telah lama menjadi inspirasi untuk siri francais sains fiksyen ini, antara yang disenaraikan adalah seperti yang berikut:

WWII : N4ZI JERMAN

Tidak ada yang rahsia lagi mengenai kiasan sejarah ini dalam kisah epik Star W*rs. Lagi pula, baru-baru ini semasa sedang menulis artikel tentang sebuah unit pasukan serbuan yang berkhidmat untuk Parti N*zi, penulis merasa tertanya-tanya mengapa nama mereka sama dengan nama satu pasukan tentera dalam filem Star W*rs.

Pasukan tentera elit yang mengabadikan diri dan khidmat bakti mereka untuk Empayar Galactic itu bukanlah secara kebetulan berkongsi nama yang sama dengan pasukan paramiliter yang berperanan sebagai pasukan pengawal bersenjata untuk Parti N*zi iaitu The Stormtroopers atau dengan nama Jerman nya, Sturmabteilung (Batalion Penyerbu). Benar, tentera Stormtroopers berwarna putih itu diilhamkan dari pasukan Sturmabteilung milik N*zi Jerman.

Pasukan paramiliter N*zi, Sturmabteilung

Bahkan ada satu peristiwa yang hampir serupa iaitu dalam Revenge of The Sith, canselor Palpatine mengarahkan “Great Jedi Purge”, di mana para jedi ditangkap dan dihapuskan beramai-ramai, begitu juga dengan Sturmabteilung yang tangkap dan dihapuskan beramai-ramai oleh H*tler dalam peristiwa “Night of The Long Knives”.

Pakaian seragam pegawai Imperial dan bahkan topi keledar yang dipakai Darth Vader jelas menyerupai pakaian yang dipakai oleh anggota Tentera Jerman dalam P*rang Dunia II, dan kebangkitan Palpatine secara beransur-ansur dari seorang canselor menjadi maharaja mencerminkan kebangkitan politik Adolf Hitl*r yang sama, dari seorang canselor menjadi diktator.

Walau bagaimanapun, Empayar Galactic bukanlah satu-satunya pihak dalam siri mereka yang diilhamkan dari kebangkitan N*zi.

Stormtroopers

Adegan terakhir dalam filem Star W*rs tahun 1977 di mana Puteri Leia mengurniakan pingat kepada pejuang Rebel, Luke Skywalker dan Han Solo dan para tentera hanya kekal di posisi masing-masing mengawal tunjuk perasaan besar-besaran Parti N*zi di Nuremberg sebenarnya telah dijadikan ilham untuk filem propaganda Leni Riefenstahl tahun 1935, Triumph of the Will.

RICHARD NIXON

Meskipun ada persamaan antara Maharaja Palpatine dengan diktator seperti Hitl*r dan Napoleon Bonaparte, inspirasi terus untuk mencipta watak antagonis jahat itu sebenarnya adalah datang dari presiden Amerika Syarikat.

Menurut J.W. Rinzler dalam “The Making Of Star W*rs : Return Of Jedi,” ketika ditanya apakah Maharaja Palpatine adalah seorang Jedi semasa sidang media pada tahun 1981, Lucas menjawab,

“Tidak, dia adalah seorang ahli politik. Richard M. Nixon adalah namanya. Dia menumbangkan senat dan akhirnya mengambil alih kuasa lalu menjadi seorang Maharaja dan dia benar-benar jahat. Tapi dia berpura-pura sebagai pemimpin yang sangat baik.”

Dalam wawancara tahun 2005 yang diterbitkan di Chicago Tribune, Lucas mengatakan dia pada awalnya menganggap “Star W*rs” sebagai tindak balas berbentuk satira politik terhadap presiden Nixon. Ini menjelaskan ia ada kaitan dengan P*rang Vietnam.

Dan itu adalah zaman di mana Nixon berusaha untuk melepasi penggal kedua, yang membuat Lucas berfikir seperti seorang sejarahwan tentang bagaimana sistem demokrasi berubah menjadi kediktatoran? Kerana demokrasi tidak digulingkan; mereka diberikan.

PER*NG VIETNAM

Per*ng gerila yang dilancarkan oleh Rebel Alliance menentang Empayar Galactic mencerminkan pertemp*ran antara pasukan pemberontak dan kuasa besar global yang kebetulan sedang berlangsung di Vietnam ketika Lucas menulis skrip untuk “Star W*rs”.

Pembuat filem itu, yang pada asalnya dia mengarahkan filem berkaitan Per*ng Vietnam berjudul “Apocalypse Now” pada awal 1970-an sebelum beralih ke Star W*rs, beliau mendedahkan perkara itu semasa siaran radio pada tahun 2004 ketika mempromosikan fiem Return of the Jedi

Perwatakan pemberontak Viet Cong berperanan sebagai inspirasinya untuk mencipta watak para Ewok yang tinggal di hutan dan badan berbulu, tetapi mampu mengalahkan lawan yang megah walaupun mereka hanya menggunakan senjata lama.

EMPAYAR ROM KUNO

Institusi politik Star W*rs seperti Badan Senat, Republik dan Empayar atau nama dan istilah-istilah dengan bunyi pseudo-Latin seperti watak canselor Valorum dan Palpatine merupakan cerminan untuk tamadun Empayar Rom.

Seni bina di planet Naboo menyerupai ciri-ciri binaan buday Rom, dan perlumbaan pod dalam filem The Phantom Menace menyerupai perlumbaan kereta kuda Rom.

Peralihan dari era Republik Galactic demokratik ke Empayar Galactic diktator dalam sepanjang francais filem ini juga jelas mencerminkan situasi ketika zaman Rom dari sebuah Republik menjadi sebuah Empayar bertunjangkan monarki.

KNIGHTS TEMPLAR

Walaupun golongan elit Jedi yang menjaga keamanan dan keadilan di Republik Galactic kelihatan memiliki persamaan dengan para samurai di Jepun atau pendekar Shaolin di China, mereka juga sebenarnya diinspirasikan dari orde tentera monastik abad pertengahan iaitu Knights Templar.

Knights Templar adalah sebuah organisasi militari yang kemudiannya dihargai seperti organisasi kesatria yang lain untuk nilai-nilai kesederhanaan, kesetiaan, dan ‘kesucian’ moral mereka.

Seperti Jedi, mereka mengamalkan gaya hidup sederhana dan miskin secara individu dalam masa yang sama mereka memiliki kuasa dalam institusi tentera yang memerintah sumber-sumber material yang banyak dan bernilai tinggi.

Sebuah dewan “Council Of Elders” yang dianggotai oleh 12 orang dan diketuai oleh seorang mahaguru adalah sistem pentadbiran yang serupa, sistem ini ada dalam kedua-dua sistem Jedi dan Knights Templar, bahkan pakaian Jedi menyerupai jubah putih bertudung yang dipakai oleh biskop pahlawan Kristian.

Sama seperti Great Jedi Purge yang diperintahkan oleh canselor Palpatine dalam Revenge of the Sith, Raja Perancis, Philip IV melenyapkan Knights Templar selepas menangkap ratusan dari mereka pada 13 Oktober 1307, kemudiannya menyeksa dan menghukum m*ti kesemua mereka kerana mengamalkan ajaran sesat.

P*RANG DINGIN

Hubungan yang tegang di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet, dengan ancaman per*ng nuklear yang tersembunyi sebalik tirai konflik, hampir menjadi sejarah ketika Star W*rs pertama kali ditayangkan pada tahun 1977.

Ancaman terhadap dunia yang dibawa oleh senjata nuklear itu diserap ke dalam layar filem sebagai senjata pem*snah besar yang terkuat iaitu Death Star, inilah senjata yang mem*snahkan planet kampung halaman Puteri Leia, iaitu Alderaan, planet berwarna biru yang menyerupai Bumi.

Star W*rs sendiri memasuki dunia sejarah Per*ng Dingin setelah disebut oleh media pada tahun 1980-an sebagai nama panggilan untuk Inisiatif Pertahanan Strategik yang dicadangkan oleh Presiden Ronald Reagan, yang akan menggunakan laser untuk mempertahankan Amerika Syarikat dari sebarang ser*ngan peluru berpandu nuklear.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.