Pada setiap bulan pertama kalender Ibrani, orang Yahudi akan memakan roti leper yang dimasak tanpa ragi. Kenapa diorang buat macam tu?
Untuk menjawab soalan ni, korang kena baca sejarah exodus.Bani Israil mengingati peristiwa ini sebagai tahun Pasakh. Ia turut dikenali sebagai hari Paskah, Pesakh atau Passover kerana pada hari itu malaikat maut memasuki bumi Mesir.
Apa malaikat maut buat?
Moses dah menjanjikan sesuatu yang buruk berlaku. Tapi Firaun buat bodoh je. Sementara itu, Bani Israil diperintahkan menyembelih kambing jantan pada musim bunga.
Daging korban itu wajib dimakan bersih. Diorang boleh mengajak jiran tetangga makan bersama tanpa meninggalkan sisa walaupun sedikit. Setelah darah binatang korban itu menitis, ia perlu diambil dan dipercikkan ke pintu rumah mereka bagi menandakan rumah Bani Israil.
Bagaimana cara memasak hari itu?
Kambing tersebut perlu dipanggang sahaja. Orang Yahudi tidak boleh mematah-matahkan tulangnya dan ia perlu dimakan di dalam rumah sahaja.
Apa kaitan dengan roti leper?
Roti atau Matzot yang mereka jamukan hendaklah dimasak selama tujuh hari tanpa menggunakan ragi. Ia kena dimasak bermula pada hari ke-14 bulan itu.
Cara makan pun lain.
Ketika memakan daging kambing dan hidangan roti, ia perlu dilakukan secara berdiri, memakai kasut dan memegang tongkat. Bani Israil diwajibkan memakan secara serentak dengan cepat. Sisa makanan mesti dibakar dan tidak disimpan. Kewajiban ini cuma bersifat sementara selagi kitab Taurat mensyariatkannya.
Moses sudah bersedia dengan segala kelengkapan perjalanan jauh. Tabut Nabi Yusuf yang mengandungi serbannya pun baginda bawa.
Apabila hari yang ditetapkan tiba, satu bumi Mesir bergema dengan tangisan. Ibu-ibu Qibti meraung kesedihan kerana anak sulungnya mati. Tangisan sayu berlaung-laungan di setiap rumah. Semua anak sulung pada pagi itu meninggal dunia secara tiba-tiba.
Di istana Mesir, Firaun turut berdukacita dengan kemangkatan putera sulungnya. Ketika inilah Moses segera mengetuai exodus Bani Israil keluar dari bumi Mesir.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Yahudi dan Islam berkongsi Nabi yang sama iaitu Nabi Musa atau Moses. Tapi dari segi akidah memang jauh berbeza. Korang boleh hayati keaslian Islam dalam KITAB TAMADUN ISLAM. Klik https://bit.ly/3TW0E20
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih