Cerut yang terawal atau yang pertama kali dihasilkan secara konsepnya sama sahaja seperti yang anda nikmati hari ini. Paling tidak pun, begitulah kiranya jika kita percaya bahawa tamadun Maya di Amerika Tengah (mungkin di Guatemala atau Yucatan Mexico) pada atau sebelum abad ke-10 adalah manusia terawal yang menggunakan tembakau dalam bentuk cerut.

Imej pada artifak tembikar dari zaman itu menunjukkan tembakau Maya diproses secara digulung, tidak terlalu ketat menggunakan sekam jagung atau sejenis daun. Apa yang manusia era moden kenali sebagai ‘filler’ dianggap sangat kuat sehingga mampu menyebabkan halusinasi.

Orang Maya juga membuat minuman dari tembakau. Malah, perkataan ‘cigar’’ mungkin berasal dari perkataan Maya ‘sicar,’ yang bermaksud menghisap daun tembakau yang digulung.

Bangsa Maya membawa tembakau bersama mereka ketika mereka berhijrah pada abad-abad kemudian sejauh ke utara di Kanada dan selatan ke Chile. Yang tidak jelas ialah sama ada mereka membawa atau tidak cerut mereka ke kepulauan di seberang seperti Caribbean.

Kemungkinan besar, terdapat penggunaan tembakau yang bebas di Hispaniola (Haiti dan Republik Dominika hari ini) dan Cuba, dan kemungkinan terdapat juga di hemisfera yang lain.

PENEMUAN

Penemuan terawal menurut klaim orang putih adalah pada tahun 1492 ketika Christopher Columbus menjejakkan kaki di benua itu, cerut dihisap oleh penduduk asli. Penemuan itu dikumpul secara kolektif dengan beberapa penemuan pelaut Eropah pada 12 Oktober 1492, di Cuba.

Orang asli Taino dilaporkan telah menghisap cerut yang terbuat dari daun tembakau kering yang dibungkus dengan daun kelapa/pinang atau daun pisang. Atau mungkin penduduk asli menghisap tembakau di dalam paip yang diperbuat daripada batang tebu yang berlubang.

Ketika Columbus dan penjelajah lain membawa tembakau Maya ke Eropah, budaya menghisap tembakau yang dibalut dengan daun menjadi sangat popular. Sepanyol membuka kilang cerut di Cuba dan mengehadkan eksport antarabangsa.

Seiring peredaran zaman, rekaan rokok cerut semakin diperhalusi, kemudian ia dibungkus sekaligus dengan daun tembakau dan bukan lagi menggunakan tanaman lain, rekabentuk baharu meraih nilai pasaran yang luar biasa sebagai produk tanaman yang diusahakan di kebanyakan negara dan jajahan koloni.

Duta Besar Perancis ke Portugal pada abad ke-16, Jean Nicot, telah memperkenalkan tembakau dan cerut di Perancis pada akhir tahun 1500an. Kedai tembakau A La Civette dibuka pada tahun 1716 di Paris dan masih wujud hingga sekarang. Dan istilah “Nikotin” dinamakan sempena nama Jean Nicot untuk bahan yang terkandung dalam pembuatan rokok tembakau.

Tembakau Amerika Syarikat pertama yang berkualiti paling tinggi untuk jenis cerut pada mulanya ditanam di Windsor, Connecticut, sekitar tahun 1640. Selama hampir tiga abad, pasaran tembakau paip dan cerut melambung tinggi di Eropah.

Begitu juga dengan peningkatan harga pasaran rokok biasa pada abad ke-18. Tetapi apa yang membuatkan tembakau dan cerut terutamanya di Cuba menjadi fenomena di seluruh dunia berlaku pada tahun 1762 semasa Per*ng Anglo-Sepanyol.

LAGENDA CERUT CUBA

England, negara yang sentiasa berkonflik dengan Sepanyol sebagai kuasa dunia terbesar pada masa yang lalu pernah menawan Havana selama sembilan bulan. Ia menyebabkan semakin banyak kapal dagang antarabangsa melalui Cuba pada waktu itu selama lebih dua abad berbanding daripada Sepanyol menguasai Pearl Of Antillen.

Dunia diperkenalkan dengan cerut Cuba. Sepanyol pula menuntut kembali kawalan melalui perjanjian, ketika itulah cerut Cuba bukan lagi menjadi satu rahsia hinggalah legenda dilahirkan.

Di England, cerut menjadi lebih popular daripada tembakau paip. Cerut yang dibalut di Connecticut yang terkenal dan paling diminati hari ini bermula ketika seorang pegawai Inggeris yang tinggal di sekitar Hartford, telah mengambil bahagian dalam pengepungan Havana.

Pegawai itu kemudian pulang ke kampung halamannya di Connecticut bersama-sama kira-kira 30,000 batang cerut dan benih tembakau Cuba yang mencukupi hinggalah dari masa ke masa, benih itu menyesuaikan diri dengan iklim yang berbeza.

Pada tahun 1804, dengan permintaan ‘Cerut Havana’ yang kian berkembang di seluruh dunia, Cuba telah mengimport lebih dari satu juta paun daun Amerika, sebahagian besarnya adalah dibungkus dan diikat di Connecticut.

Untuk beberapa abad mendatang, Cuba ketinggalan dalam industri pengeluaran tembakau dan cerut di jauh belakang Amerika Syarikat, yang sebelum itu biasa menggunakan tembakau Cuba yang diimport. Pada tahun 1860, terdapat hampir 1,500 kilang cerut di Amerika Syarikat.

Pasa akhir abad ke-19 juga menyaksikan kelahiran jenama-jenama cerut Cuba seperti Partagas, El Rey del Mundo, Sancho Panza, Hoyo de Monterrey dan Montecristo, serta jenama Amerika Syarikat seperti La Palina. Namun, Cuba kemudiannya menjadi sesuatu yang lebih ideal selain untuk perniagaan cerut.

TIBA KE AMERIKA

Beberapa pemberontakan berterusan berlaku semasa penjajahan Sepanyol di Cuba. Salah satunya, yang dikenali sebagai ‘Per*ng 10 Tahun,’ telah bermula pada tahun 1868 sebagai satu pemberontakan yang dipimpin oleh petani gula dan tembakau.

Ketidakstabilan itu menyebabkan Vicente Martinez Ybor memindahkan operasi Principe de Gales nya (Prince of Wales) dari Havana ke Key West, yang kemudiannya (1885) menjadi ‘bandar Ybor’ di Greater Tampa.

Bandar yang lain turut menyusul sehinggalaj kawasan itu dikenali sebagai ‘Kota Cerut.’ Menjelang tahun 1890, jumlah kilang cerut di beberapa buah negeri yang berbeza telah meningkat menjadi sekitar 3,500 buah. Konflik selanjutnya di Cuba, seperti Per*ng Sepanyol-Amerika, secara tidak langsung menjadikan Amerika Syarikat sebagai tempat yang lebih baik untuk perniagaan cerut.

Tahun terbesar untuk pengeluaran cerut di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1920, walaupun larangan alkohol berlaku. Lapan bilion cerut telah dihasilkan. Tahun sebelumnya telah menyaksikan pengenalan mesin pengisi cerut automatik buat kali pertama.

Tidak lama kemudian, lebih daripada 4,000 mesin beroperasi meningkatkan produktiviti lebih dari 300 peratus daripada yang sedia ada, sebelum itu, cerut hanya dibuat dengan tangan.

Zaman kegemilangan itu akhirnya mengalami muflis setelah bermulanya krisis The Great Depression pada tahun 1929. Cerut nikel menjadi standard terbaru industri apabila pendapatan awam jatuh menjunam. Orang Amerika tidak lagi mampu membeli cerut Cuba yang dijual dengan harga 35 sen hingga $ 2.00 setiap sebatang.

REVOLUSI CUBA

Mungkin titik perubahan yang memberikan kesan terbesar pada cerut yang anda semua nikmati hari ini bermula pada tahun 1959 ketika Fidel Castro melaksanakan revolusi yang berjaya di Cuba. Setahun kemudian, industri cerut Cuba dinasionalisasi.

Pada tahun 1961, jenama Cohiba diasaskan sebagai cerut untuk golongan VIP dan Castro sendiri. Perkataan ‘cohiba’ berasal dari perkataan etnik Taino untuk tembakau. Pada tahun 1962, Amerika Syarikat mengenakan embargo terhadap barang Cuba. Cerutu Cuba mula kehilangan pasaran terbesar mereka.

Selama tiga dekad berikutnya, permintaan terhadap cerut Cuba mula memenuhi pasaran gelap hingga dikenali sebagai ‘the forbidden fruit.’ Pengambilan cerut Amerika Syarikat mengalami penurunan lebih daripada dua pertiga, menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.

Penghijrahan beramai-ramai pembuat cerut Cuba di mana kebanyakannya mula meninggalkan pulau itu membawa bersama benih-benih tembakau telah mencetuskan pertumbuhan wilayah cerut yang baru. Montecristo dijenamakan semula sebagai ‘Montecruz’ di Kepulauan Canary.

Di Jamaica, General Cigar Company mengusahakan jenama Macanudo hingga menjadi terkenal. Republik Dominika, Honduras, Mexico, kemudian Nicaragua masing-masing menyambut pembuat cerut dari Cuba dan menyaksikan pertumbuhan jenama seperti Partagas, Punch, H. Upmann, Hoyo de Monterrey dan lain-lain jenama yang dilahirkan semula sebagai versi bukan Cuba hingga berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Penerimaan cerut baru oleh negara-negara lain dengan kos buruh dan pengeluaran yang lebih rendah, mempercepatkan lagi penurunan industri cerut buatan tangan yang premium di Amerika Syarikat. Bahkan cerut Arturo Fuente, yang ditubuhkan di Tampa pada tahun 1912, bertindak memindahkan pusat operasinya pada tahun 1970-an ke Nicaragua, kemudian ke Republik Dominika.

Namun, industri ini mengalami pergelutan sepanjang tahun 80-an. Pengasas Ashton Cigars, Robert Levin mengenang tahun 1980-an sebagai “zaman yang tenang.” yang tiada lagi kemunculan jenama-jenama baru.

“Perniagaan ini agak menyusut. Perniagaan ini semakim melemah sehingga tiada lagi tembakau yang ditanam. Awal tahun 90an adalah penamat kepada krisis yang panas.” — Robert Levin

Pada awal tahun 1990-an, Amerika Syarikat telah menyaksikan penggunaan rokok mula kurang dan penggunaan cerut meningkat. Pada pertengahan tahun 1991, negara ini keluar dari kemelesetan yang sebenarnya hanya membuatkan orang kaya menjadi lebih kaya. Mereka membeli cerut.

Pada tahun 1992, majalah Cigar Aficionado dilancarkan. Banyak pihak dalam industri ini memuji majalah tersebut kerana kononnya telah menghidupkan kembali, atau setidaknya mendorong penggunaan cerut yang kembali popular hingga tahun 1997.

Cerut kini menjadi sebahagian dari ‘kehidupan yang sempurna.’ Pada tahun 1993, import cerut Dominican meningkat sebanyak 18 peratus, kepada 55 juta batang cerut, kebanyakannya jenama yang besar.

Dalam tempoh kemakmuran dan penggunaan cerut yang meningkat di negara-negara kapitalis terkemuka di dunia, cerut yang paling diminati telah dibuat dari negara Komunis. Cohiba, yang dianggap sebagai jenama peribadi untuk golongan elit di Cuba, telah sedia untuk dijual kepada orang ramai di luar Amerika. Cuba memerlukan wang tunai, terutamanya sejak Kesatuan Soviet runtuh.

Fenomena cerut tahun 90an berlangsung selama lima tahun. Ia menyaksikan banyak jenama baru dicipta – La Flor Dominicana, antara lain yang telah wujud selama bertahun-tahun seperti Padron, Fuente dan Ashton, jenama ini selayaknya mendapat anugerah penghargaan.

Pada masa yang sama, kualiti sering merosot kerana banyak syarikat cuba mempercepatkan proses pembuatannya. Sebilangan jenama mempunyai vitolas tertentu (bentuk) yang tidak tersedia selama beberapa minggu.

Pergolakan pada tahun 1997, tahun berakhirnya fenomena cerut, penggemar cerut mula menggunakan cerut premium dengan kandungan baru. Standard hari ini juga jauh lebih tinggi. Jenama butik, seperti Tatuaje, memperkenalkan operator cerur yang lebih muda.

Kejayaan cerut premium juga membawa penyatuan oleh syarikat-syarikat besar, seperti Swedish Match, mereka membeli syarikat bebas yang terkenal, seperti El Credito. Bahkan cerut Kuba, yang menderita selama bertahun-tahun dari segi kualiti dan konsistensi, mendapat bantuan pada tahun 2000 dengan pelaburan modal dari Altadis, sebuah usaha sama yang dimonopoli Sepanyol dan Perancis, di Habanos, organisasi inilah yang mengawasi industri cerut Cuba.

Sebilangan besar harga yang anda bayar untuk cerut hari ini berasal dari nilai cukai yang sangat tinggi terhadap cerut dan cerut nikel namun kini beban itu tiada lagi. Semestinya cerut nikel bukan lagi sama seperti dulu. Cerut premium hari ini rata-ratanya berharga hampir $8 di Amerika Syarikat sahaja, tetapi ada sebilangan besar yang boleh didapati dengan harga lebih murah. Dan jangan lupa, terima kasih kepada bangsa Maya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.