Kalau korang pergi ke hospital untuk melawat saudara mara atau sahabat sakit sebelum ini, korang sudah tentu sedar mengenai bauan menusuk hidung. Di koridor mahupun di wad pesakit. Tapi kenapa bau ni macam melekat je ek?
Disebabkan hospital bukanlah tempat shopping mall atau pun rumah, hospital adalah tempat untuk merawat orang sakit, tidak kira dari berpunca dari kecederaan, demam dan jangkitan, maka emua orang akan ke hospital.
Dan, dengan ribuan orang yang datang pada setiap masa, ia menjadi ‘syurga’ untuk pembiakan pelbagai jenis bakteria dan patogen. Jadi, menjadi satu tanggungjawab pihak hospital untuk memastikan hospital bersih dan bebas dari sebarang jangkitan agar tidak menyusahkan pesakit yang sememangnya sudah sakit dalam hospital.
Oleh itu, selalunya hospital akan menggunakan cecair nyah-kuman (disinfectant) bergred hospital untuk memastikan kemudahan yang ada berada dalam keadaan bersih. Hospital dahulukala sememangnya menggunakan cecair kimia dengan bauan yang kuat, tetapi sejak kini sudah ada cecair nyah-kuman dengan bauan yang sikit atau tiada bau langsung.
Penggunaan sebatian kimia Iodoform atau triiodomethane CHI3 serta chlorophenols seperti chloroxylenol digunakan didalam sebatian cecair nyah-kuman. Chloramine-T juga digunakan sebagai nyah-kuman. Sebatian kimia Chloramine mempunyai bau paling kuat untuk cecair nyah-kuman.
Meskipun begitu, setiap makmal hospital menggunakan pelbagai bahan kimia, bio-kimia dan regen untuk melakukan ujian untuk menentukan penyakit pesakit. Air kencing, darah serta tisu diperlukan untuk melaksnakan ujian tertentu oleh doktor.
Sebatian kimia dari bahan tersebut bersatu dengan bahan ujikaji dari manusia maka terhasil lah juga bauan tersebut. Jika makmal ujikaji bersebelahan kaunter penerimaan, maka bauan jadi lebih kuat, oleh itu kebanyakkan hospital dirancang elok oleh arkitek mempunyai makmal berjauhan dari lobi utama dan berada dibawah tanah.
Malahan, jika seseorang itu terhidu “bauan hospital”, ia mampu membangkitkan memori negatif seseorang, sekaligus memberi tanggapan mengenai kesakitan dan kemurungan. Ini bergantung kepada deria bau individu, tidak semua sama, ada yang berlawanan dan kontra.
RUJUKAN:
What causes Hospital Smell?. https://chemistyclassroom.blogspot.com/2016/08/what-causes-hospital-smell.html
That hospital smell. https://hekint.org/2019/01/08/that-hospital-smell/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih