Mungkin anda yang tengah minum minuman kegemaran guna straw akan tersedak apabila membaca tajuk trivia ini, kemudian rasa was-was untuk gunakan pada masa akan datang. Kejap! Jangan buat straw dan bawa bertenang. Mari kita sama-sama meneroka kenapa straw asalnya digunakan untuk minum arak!
Kita pergi ke sekitar 4,000 tahun lalu, di mana tamadun terawal dunia telah dibina di Iraq, iaitu Sumer. Orang Sumer adalah yang pertama menghasilkan arak dari barli dan bijirin.
Tapi, arak orang Sumer ni beza sangat dari arak zaman sekarang. Rupa arak mereka seperti bubur selepas ditapai kerana kekurangan ilmu atau teknologi untuk menapisnya. Maka, untuk dapatkan cecair arak, mereka kena makan sekali bubur itu.
Untuk selesaikan masalah mendapatkan cecair arak, mereka mecipta gajet yang mudah, iaitu straw. Artifak straw ini banyak ditemui dalam bekas atau tempayan arak oleh pasukan penyelidik di Iraq.
Tapi straw orang Sumer berbeza dengan straw sekarang yang rata-ratanya diperbuat dari plastik. Straw mereka diperbuat dari buluh reed dan ada straw nampak mewah kerana diperbuat dari mineral bernilai seperti lapis lazuli dan kepingan emas.
Dengan adanya straw ini, warga Sumer boleh meminum ramai-ramai, mengelilingi tempayan arak gunakan straw bagi dapatkan cecairnya, kemudian meminum lagi di tempayan lain. Beginilah cara orang dahulu kala meminum arak.
Sebenarnya, cara orang Sumer minum arak juga wujud dari masyarakat Kadazan Dusun apabila meminum sejenis arak beras tradisional bernama lihing. Lihing boleh diminum dengan cara siopon atau sosopon, iaitu memasukkan straw ke dalam tempayan yang mengandungi beras pulut yang ditapai, kemudian ditambah dengan air.
Cara meminum arak gunakan straw telah melahirkan sebuah budaya, iaitu budaya berkumpul apabila menyambut perayaan, di mana ramai pengunjung meminun arak bersama-sama sambil berhibur.
Sekarang, orang Iraq sana dah tak amalkan minum arak macam ni. Tapi, penggunaan straw masih meluas oleh masyarakat dunia. Siapa sangka, gajet seperti straw diserap sebagai budaya, bermula dari dapatkan cecair arak dari bubur barli kepada gaya hidup meminum minuman kegemaran anda!




No comments yet