LAMBANG Negara atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (Coat of Arms) mempunyai maksud, ciri-ciri yang mengkhusus serta turut menampilkan nilaisentimental bagi sesebuah negara. Untuk Sarawak yang pernah diperintah oleh Dinasti Keluarga Brooke sejak dari tahun 1941 hingga 1946 turut pernah mempunyai jata negara tersendiri. Sehingga ke hari ini ramai yang tidak mengetahui apakah sejarah di sebalik jata negara yang digunakan oleh Brooke selama lebih 100 tahun memerintah.
Dalam
pada itu penggunaan warna pada jata negara yakni merah, hitam dan kuning turut
sama ditampilkan di dalam rekaan bendera Sarawak dari zaman Brooke, Koloni
British dan seterusnya Sarawak, Malaysia biarpun pada tahun 1974, Sarawak pernah
mempunyai bendera tersendiri yang dinamakan Trisakti. Ianya menggunakan warna berbeza sama sekali
iaitu biru, putih dan merah. Jata negara turut bertukar yakni menampilkan
burung kenyalang yakni ikon burung untuk Sarawak menggantikan jata negara
sewaktu Brooke. Ianya digunapakai dari
tahun 1974 hingga 1988.
Jika
kita menggodek sejarah jata negara Sarawak sewaktu Brooke sehinggalah kepada
penggunaan warna merah, kuning dan hitam yang digunapakai sejak tahun 1988
sehinggalah sekarang masih belum mempunyai jawapan yang tuntas dan dikaji
secara menyeluruh. Walaupun begitu
selama hari ini pensejarahannya bersandarkan kepada penceritaan lisan yang
diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain kerana Sarawak sewaktu
Brooke memerintah hanya mempunyai bendera dan jata rasmi ketika pemerintahan
rajah kedua iaitu Sir Charles Brooke yang memegang tampuk pemerintahan Sarawak
dari tahun 1868 hingga 1917.
Cerita
lisan yang didodoikan kepada rakyat Sarawak selama ini adalah dikatakan semasa
Sir Charles Brooke mengadakan majlis ulangtahun kelahirannya telah diberikan
dengan pelbagai hadiah oleh segenap lapisan masyarakat di Sarawak pada waktu
itu. Sesuatu yang menarik perhatian
beliau adalah cara pembungkusan hadiah yang diterima mempunyai makna yang
tersendiri.
Pembungkusan
hadiah dengan kain berwarna kuning adalah daripada kaum Melayu Sarawak yang
mana kita semua mengetahui bagaimana warna kuning itu sinonim dengan warna
diraja. Demi menghormati martabat Sir
Charles Brooke sebagai tuan rajah Sarawak maka majoriti hadiah daripada kaum
Melayu Sarawak menggunakan warna kuning. Manakala untuk masyarakat Cina Sarawak
pula tampil dengan bungkusan kain berwarna merah. Umum mengetahui merah itu bermaksud tuah atau
“ong” di dalam masyarakat Cina jadi tidak menghairankan penggunaan warna merah
itu begitu popular sekali.
Dan
bagi masyarakat Dayak di Sarawak pada masa itu lebih gemar memilih untuk
menggunakan bungkusan kain berwarna hitam untuk diberikan kepada Brooke. Hitam itu di dalam masyarakat Dayak adalah satu
warna yang begitu mulia dan kerana itulah jika kita melihat kepada busana
tradisi masyarakat Dayak di Sarawak itu sendiri sentiasa ada yang menyelitkan
warna hitam di dalam pemakaian mereka.
Bertindak
daripada penggunaan warna-warna yang berbeza-beza ini konon-kononnya dikatakan
telah memberikan idea kepada Sir Charles Brooke untuk menjadikan warna kuning,
merah dan hitam sebagai warna bendera Sarawak yang melambangkan perpaduan
berbilang kaum di Sarawak. Manakala pada
jata negara turut menampilkan yang sama dengan dan seterusnya turut menonjolkan
seekor haiwan yang dikenali sebagai luak (badger). Inilah cerita disebalik warna bendera dan
jata negara Sarawak di zaman Brooke yang sudah begitu diketahui oleh rakyat
Sarawak dari dahulu hingga sekarang.
Dek
kerana ia hanyalah satu cerita lisan maka tidaklah boleh digunapakai
sepenuhnya. Ini kerana jika kita
betul-betul membuat kajian mengenai penggunaan warna pada bendera serta jata
negara Sarawak sewaktu zaman Brooke sebenarnya boleh dijejaki nun melangkau
sehingga ke negara England pada kurun ke 14 hingga ke 17 masihi. Pada masa itu,
England begitu hebat dengan cerita keagungan, kepahlawanan dan kesetiaan
kesatria (knight, baron) di kalangan anggota Tentera Diraja Great Britain yang
melindungi Raja England.
Apa
yang begitu menarik, Sir Charles Brooke telah mengadaptasi warna dan lambang
jata negara seorang kesatria Britain yang dimulai oleh Sir Thomas Brooke dan
seterusnya Sir Richard Brooke. Sir
Thomas Brooke merupakan seorang kesatria diraja Britain dari tahun 1391 hingga
1439. Kemudian diwarisi kepada legasi
anak-anak lelaki sehinggalah kepada Sir Richard Brooke dari tahun 1632. Tambah menarik lagi keluarga Sir Thomas
Brooke itu berasal daripada Sommerset, England yakni kampung halaman kepada
keluarga James Brooke itu sendiri.
Jika
difikirkan bagaimana mungkin Sir Charles Brooke tampil dengan idea untuk
mengadaptasi jata negara yang dimiliki oleh Knight Brooke sebegitu sahaja. Mesti ada pertalian antara mereka kerana nama
keluarga turut sama iaitu Brooke malah bukan satu rahsia lagi bahawasanya ayah
kepada Sir James Brooke, rajah pertama Sarawak yang juga datuk kepada Sir
Charles Brooke iaitu Thomas Brooke merupakan seorang tentera Britain yang
berpangkalan di India. Mungkin ada
susurgalur mereka yang berkaitan dengan Sir Thomas Brooke hingga ke Sir Richard
Brooke kerana berasal daripada tempat yang sama. Perkaitan geneologi ini mungkin hanya boleh
dirungkai oleh mereka yang pakar sahaja.
Dengan
membuat penambaikan kepada jata negara Sir Thomas dan Sir Richard Brooke inilah
maka tampilnya jata negara Sarawak dibawah Sir Charles Brooke. Dan ketika pemerintahan Rajah ketiga iaitu
Sir Charles Vyner Brooke pula dilakukan penambahan motto iaitu Dum Spiro Spero
di dalam bahasa latin yang membawa maksud “While I Breath, I Hope” di dalam
bahasa Inggeris. Motto ini sebenarnya
turut digunakan oleh negara atau negeri lain di dunia seperti North Carolina,
USA malah golongan keluarga aristokrat di England seperti Bushnell turut
berkongsi motto yang sama di dalam sejarah keluarga mereka. Sekaligus penambaikan daripada dua rajah ini
telah memberikan jata negara Sarawak itu agak unik jika dibandingkan dengan
yang asal yakni jata kesatria-kesatria Brooke dari Sommerset, England.
Berdasarkan
kepada pembongkaran sejarah ini mungkin sudah mampu dijadikan jawapan yang
tuntas di dalam kita berbicara sejarah sebenar disebalik keberadaan jata negara
dan warna bendera era Brooke di Sarawak yang mana ia masih kekal misteri bagi
kita semua.
Bagi
memudahkan kefahaman semua dipaparkan pada artikel ini perbezaan dan persamaan
jata negara bagi dua kesatria Brooke di era 14 dan 17 masihi dan Sarawak semasa
pemerintahan Brooke. Serupa tetapi tidak
sama.
-HB-
#kameksayangsarawakbah!
Rujukan:
- Crest Of Sarawak .https://www.heraldry-wiki.com/heraldrywiki/index.php?title=Sarawak
- Sir Richard Brooke, knight 1632
http://cheshire-heraldry.org.uk/weblog/2018/02/10/sir-richard-brooke-knight-1632/ - Brooke Baronet
https://www.revolvy.com/page/Brooke-baronets - Borneo Oracle – Rajah Kedua, Sir Charles Brooke
- Borneo Oracle – Rajah Ketiga, Sir Charles Vyner Brooke




No comments yet