Isnin, 23 November 202623 Nov 2026
Aphantasia – Penyakit Berkaitan Dengan Imaginasi
Psikologi

Aphantasia – Penyakit Berkaitan Dengan Imaginasi

Sebelum saya mulakan topik ini, saya nak uji anda yang
membaca berkenaan aphantasia.

Jika boleh, cari seseorang untuk membaca ujian dibawah ini
demi keberkesanan ujian ini. Jika tiada tidak mengapa anda boleh membaca dan
membayangkan apa yang ditulis di bawah.

Bayangkan sebiji epal.

Di mana epal ni berada? Adakah ianya di ruang angkasa, masih
tergantung di pokok, di tangan atau dalam mangkuk buah, atau anda melihat buah
epal ini sebagai orang pertama (first
person view
) atau orang ketiga (third
person view
).

Adakah epal anda ada tangkai dan daunnya?

Dan sekarang bayangkan epal ini diubah warnanya.

Bagaimana rasa sentuhan pada epal ini?

Adakah ianya sangat berkilat?

Adakah anda boleh memutar epal ini 360 darjah untuk melihat
setiap sisinya?

Bolehkah anda mengubah pencahayaan pada epal ini? Contohnya,
jika di tempat terang, ubahnya di tempat gelap atau pencahayaan malam.

Bagaimana rupa epal ini setelah anda mengigitnya?

Akhir sekali, kuatkan bayangan sebiji epal yang anda
bayangkan secara terperinci yang mungkin.

Okey, sekarang boleh buka mata jika anda menutupnya.
Sekarang, dari skala yang berikut anda di tahap yang mana?

  1. Gelap gelita atau tiada imej langsung
  2. Kabur dan malap
  3. Agak jelas dalam samar-samar
  4. Boleh nampak rupa tetapi tiada details
  5. Terlalu sangat jelas seperti ada di dunia sebenar

Jika anda di skala 4 dan 5,
tahniah! Daya imaginasi anda sangat kuat! Jika anda di skala 2 dan 3, jangan
putus asa, anda masih ada imaginasi, cuma perlu kuatkan lagi. Jika anda di
skala 1, maafkan saya, anda menghidapi APHANTASIA.

Saya yang merupakan seorang
pencebur bidang seni mungkin anda menganggap skala saya berada di sekala 4 atau
lima, bukan? Wow! Sungguh kuat daya imaginasi saya! Tetapi jawapan anda salah,
saya hanya di skala 2 atau 3. Sangat memalukan, bukan? Walaupun saya ini
seorang pencinta seni.

Aphantasia ialah istilah yang dicadangkan untuk
keadaan di mana seseorang tidak mempunyai mata fikiran atau “Mind’s Eye” yang berfungsi dan tidak
dapat secara sukarela membayangkan imejan.

Apa yang dimaksudkan oleh pernyataan tersebut adalah,
penghidap aphantasia tidak dapat langsung membayangkan imej epal dalam ujian
kita tadi tadi. Mereka hanya nampak kegelapan dalam fikiran mereka. Bayangkan
keadaan kegelapan itu!

Keadaan bayangan mereka yang menghjidapi aphantasia jika diminta membayangkan sebiji epal. Mereka hanya nampak kelopak mata mereka. (Gambar oleh Photoinsider)

Adakah ini normal? Tak, ianya tidak normal tetapi tidaklah
sampai memudaratkan kesihatan.

Francis Galton (gambar dari Commons)

Aphantasia mula ditemui pada
tahun 1880 oleh seorang saintis Perancis bernama Francis Galton. Tetapi
aphantasia tidak dikaji sehinggalah pada tahun 2005. Dan pada tahun 2015, sebuah hasil kajian yang
dilakukan oleh pasukan Profesor
Adam Zeman dari Universiti Exeter sejak 2005 diterbitkan, yang juga mencipta
istilah aphantasia. Bahan penyelidikan pada ketika itu sangat terhad. Kajian
lanjut masih dirancang.

Jadi apakah aphantasia selain mengalami kegelapan? Mesti
ramai terfikir adakah mereka yang menghadapi penyakit ini tiada memori?
Aphantasia bukanlah menyebabkan penghidapnya hilang memori. Penghidap masih
waras dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Mereka dapat
mengenalpasti siapa ayah dan ibu mereka. Masalah mereka hanya tidak dapat
membayangkan rupa yang pernah dilihatnya. Ada yang mengatakan membayangkan
sebuah kiub pun sudah memeritkan.

Contoh, saya yang berada di skala 2 atau 3, saya hanya
dapat membayangkan rupa sebiji epal merah bersama tangkai dan daun tetapi dalam
keadaan kabur seperti seorang yang rabun jauh. Saya boleh fokuskan lebih banyak
perincian pada epal tersebut seperti bintik, berkilat dan keadaan pencahayaan,
tetapi rupa sebiji epal itu masih kabur dalam imaginasi saya. DIsebabkan ini
juga, saya kurang mengingati rupa seseorang jika sudah bertahun tidak jumpa.
Kerana daya imaginasi saya sangat kabur.

Bagi yang di skala 4 dan 5, kajian menunjukkan mereka
boleh bayangkan epal itu seperti ada di dunia sebenar dan  sangat terperinci. Jika mereka buka mata
sambil membayangkan epal imaginasi itu, mereka boleh melihat di sekeliling epal
itu tanpa perlu fokus dan tiada kekaburan.

Bagi penghidap aphantasia, hanya kegelapan dan tiada
apa-apa bayangan sekelumit epal. Tetapi mereka dapat memberi FAKTA bagaimana
rupa sebiji epal itu. Ya, hanya FAKTA! Jika diminta membayangkan warna hijau,
mereka tahu warna hijau bagaimana, tetapi tidak dapat membayangkan warna hijau
itu dalam fikiran mereka. Jika diletakkan dalam perspektif lain, otak ini
seperti komputer yang boleh simpan segala data dan memori. Semuanya okey tetapi
paparan skrin monitor dipadam.

Berdasarkan pengalaman dari seorang Youtuber, AmyRightMeow,
buku novel fantasi merupakan musuhnya. Setiap novel banyak memberikan
penerangan bagaimana keadaan dunia dan rupa paras watak dalam cerita itu,
tetapi dia hanya melihat kegelapan dalam fikirannya. Dia juga berkata “adalah
menjadi satu fantasi yang diidamkan oleh saya jika saya dapat membayangkan
dunia dalam novel yang digilai ramai.”

Lakaran yang dilukis oleh penghidap aphantasia. Anda dapat melihat lapisan garis dibina bedasarkan jika dia merasakan garisan itu patut berada disitu untuk mendapatkan bentuk yang dia mahu dan kemudian mula menggelapkan garisan di mana dia mahu diperlihatkan. (Gambar dari 1967ers.wordpress.com)

Adakah ada penawar penyakit ini?
Buat masa ini tiada, tetapi anda digalakkan melakukan hipnoterapi dan “visual
kreatif”. Bagaimana “visual kreatif” ini dilakukan. Seperti yang saya sudah
nyatakan di atas, mereka hanya boleh memberikan FAKTA rupa sebiji epal atau
bilik yang ideal. Penghidap aphantasia boleh mendapat mimpi yang sangat jelas
walaupun mimpi itu berada dalam third
person view
. Tetapi jika mereka terbangun, mereka hanya ditinggalkan dengan
FAKTA berkenaan mimpi itu.

Jika anda seorang pelukis, cara
yang sesuai untuk “pemikiran kreatif” adalah dengan melakar atau sketching. Bagi penghidap aphantasia,
proses ini sangat lama kerana mereka perlu menapis yang mana baik dan buruk
dalam lakaran mereka untuk dijadikan lakaran akhir yang baik. Dan jika mereka
mahu membuat sesuatu yang baru dan kreatif, mereka akan mencari rujukan seperti
pelukis-pelukis yang lain.

Cuma mereka lebih memerlukan
rujukan kerana mereka tidak dapat MENGEKALKAN pemandangan yang dikehendaki.
Jika tidak, proses “visual kreatif” menjadi satu bebanan bagi mereka. Mereka
boleh melukis watak tanpa merujuk kerana mereka dapat membayangkan perasaan
untuk diletakkan pada watak kerana itu yang mereka rasakan setiap hari, tetapi
lanskap tidak. (I’m looking at you Bob
Ross!
). Satu lagi cara, sekarang terdapat banyak software 3D yang membantu
mencipta landskap yang dikehendaki tanpa perlu “membayangkan”.

Perasaan pada watak dapat dibayang oleh mereka yang menghidap aphantasia kerana mereka mengalaminya. (Gambar oleh SNN95)

AmyRightMeow memberikan satu
penawar menggunakan hipnoterapi yang diciptakan oleh Win Wanger, PH.D. Beliau
memanggil penawar ini “image streaming”.
Caranya adalah dengan menutup mata dan menerangkan setiap perincian yang anda
fikirkan. Contoh, jika anda fikir brokoli, terangkan bagaimana rupa brokoli
tersebut, dan selepas itu fikir benda yang setaraf dengan brokoli; contohnya
pokok, jadi terangkan bagaimana rupa sebatang pokok.

Lagi elok, fikirkan secara lebih
terperinci dari hanya satu perkara. Contohnya rumput, selepas menerangkan
bagaimana rupa rumput, masuk lagi terperinci, apa hidupan yang ada pada rumput,
dan selepas itu pergi lebih terperinci dengan menerangkan bagaimana rupa
hidupan pada rumput tersebut.

Bagi penghidap aphantasia, anda
perlu menutup mata dan memaksa untuk membayangkan bentuk yang difikirkan. Anda
akan terperasan jika anda menutup mata, akan ada seperti calitan berwarna putih
dan kelabu asap, cuba anda fokuskan kepada bentuk calitan itu dan mencipta
bentuk atau rupa barang yang anda fikirkan. Lebih baik, cari seseorang yang
boleh memberikan atau membaca arahan seperti test bayangkan sebiji epal tadi.
Atau rekod suara anda dan mainkan test epal tadi berulang-ulang kali.

Lama kelamaan, anda akan dapat membayangkan rupa sebiji epal. Jika anda mahu melukis epal, anda tidak perlu merujuk atau membuat lakaran atau perlu mencari epal di dunia sebenar untuk melukis epal. Jika anda merujuk sekalipun, imej epal itu akan kekal tanpa terpadam oleh kegelapan aphantasia dan hanya meninggalkan FAKTAnya sahaja untuk anda.

Pengalaman pesakit aphantasia:

  1. AmyRightMeow di Youtube – https://www.youtube.com/watch?v=ewsGmhAjjjI
  2. Fevir di Youtube – https://www.youtube.com/watch?v=x3kWafrsUBM
  3. Reddit
    – https://www.reddit.com/r/Aphantasia/

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet