Pihak polis menjalankan suatu ujian menarik pada Christopher Lee Watts semasa keluarganya dilaporkan hilang. Ujian tersebut dikatakan boleh mengesan penipuan bernama poligrafi.
Apabila gagal, Christopher membuka cerita. Isterinya Shanann Watts telah membµnµh kedua-dua anak mereka bernama Bella dan Celeste. Terlalu marah, Christopher pun membµnµh Shanann.
Kemudian Christopher menyimpan m4y4t Bella dan Celeste dalam sebuah loji minyak. Shanann pula ditanam tidak jauh dari situ (Swason & Coltrain, 2019).
Ada satu perkara utama harus dibincangkan di sini. Ujian poligrafi yang menjadi punca kes ini mula diselesaikan.
Jika pihak polis tidak melaksanakan ujian ini pada Christopher, barangkali tanda tanya ini akan berterusan. Jadi bagaimana ujian poligrafi mengesan penipuan?
Sebelum ujian poligrafi dijalankan, empat alat pengesan akan dipasang pada orang berkenaan untuk merakam kadar pernafasan, denyut nadi, tek4n4n d4r4h dan peluh. Tetapi kadangkala pergerakan lengan dan kaki pun dikira sekali.
Apabila ujian bermula, beberapa soalan mudah akan ditanya dulu. Kadangkala soalan-soalan ini tiada kaitan langsung, kerana tujuannya untuk memahami keadaan paling normal orang berkenaan.
Selepas keadaan normal diketahui, barulah soalan-soalan sebenar diajukan. Teori ujian poligrafi sebenarnya mudah. Cuba mengesan sesuatu perubahan, kalau boleh ketara.
Denyutan laju atau peluh berlebihan selalu menandakan orang berkenaan sedang menipu.
Cara bertanya turut mempengaruhi keputusan akhir. Pelbagai cara akan digunakan, kadang untuk menj3r4t supaya dapat menghidu sesuatu. Apabila jawapan tidak konsisten, perasaan gelisah dapat dilihat dalam ujian poligrafi.
Anggota polis yang melaksanakan ujian ini sudah menerima latihan intensif. Jadi bukan mudah untuk menipu mereka. Tetapi bagaimana jika mereka ditipu juga? Ini menandakan bahawa ujian poligrafi tidak semestinya betul.
Baling Umpan
Ujian poligrafi tidak terhad pada sµspek polis sahaja. Ia menjadi prasyarat untuk bekerja dengan pihak CIA dan FBI (Eggen & Vedantem, 2006).
Amerika Syarikat mempunyai sebuah sistem kehakiman unik untuk Mahkamah Agung. John Roberts menjadi Ketua Hakim Negara sejak 29 September 2005. Beliau ditemani lapan anggota Hakim Agung.
Semasa dilantik sebagai Hakim Agung, Brett Kavanaugh terpaksa menjalani ujian poligrafi untuk membersihkan namanya daripada tuduhan gangguan s3ksµal (Evans, 2018). Kerana Christine Blasey Ford sudah menjalani ujian ini, sambil mempertahankan tuduhannya.
Tetapi ujian poligrafi boleh menjadi umpan pihak polis. Keputusannya tidak boleh digunakan dalam mahkamah. Ia hanya menjadi pemberat kepada pihak polis sahaja. Jika enggan (atas alasan tiada manfaat undang-undang), pihak polis akan mengesyaki sesuatu tidak kena.
Jadi ujian poligrafi menjadi unsur penting dalam pembelaan diri. Walau bagaimanapun, pengakuan dan kenyataan dikeluarkan semasa menjalani ujian poligrafi boleh digunakan dalam mahkamah.
Boleh Tipu Ujian Ini?
Jawapan paling mudah sudah diketahui semua. Tiada sistem di dunia ini betul-betul berkesan. Ujian poligrafi boleh ditipu sesiapa yang pernah menjalani latihan. Sekadar membaca di Internet takkan membuahkan hasil.
Teknologinya rumit dan sangat canggih, sehingga mampu mengesan sesuatu yang tidak dapat dihidu deria semulajadi. Sementara bertanya, pihak berkuasa akan mencari petanda tertentu jika ada unsur penipuan. Jadi prosesnya bukan mudah seperti disangka.
Ada saja cara untuk lulus dalam ujian ini. Tentu sekali kejujuran ialah cara paling baik. Tetapi tiada penj3n4yah yang boleh jujur.
Menariknya, ujian ini tidak semestinya tepat. Ada saja cara untuk lulus (walaupun jika bersalah). Cara paling mudah untuk lulus? Kenalah jujur. Tetapi mana pernah penj3n4yah jujur, kalau ingin meloloskan diri. Maka untuk lulus, kena faham cara ujian ini mengenalpasti penipuan.
Sebelum mula ujian, pihak berkuasa akan bertanya soalan-soalan tidak berkaitan. Seperti yang dikatakan, soalan-soalan ini sebenarnya untuk tahu perasaan paling normal. Jika soalan-soalan sebegini boleh dijawab dengan tenang, mesti soalan-soalan penting pun begitu.
Kalau mula berpeluh-peluh, kira ada benda pelik sedang disembunyikan.
Jadi cara pertama untuk lulus ialah, kena bertenang sepanjang masa. Jangan gugup. Jangan gelabah. Kalau terpaksa gugup dan gelabah, kena buat dari awal. Semasa soalan-soalan remeh ditanya lagi, kena mundar-mandir dan gelabah… supaya apabila gelabah semasa soalan-soalan penting, pihak berkuasa tidak dapat membezakan (Helmenstine, 2019).
RUJUKAN:
Eggen, D., & Vedantem, S. (2006, Mei 1). Polygraph results often in question CIA, FBI defend test’s use in probes. The Washington Post.
Evans, G. (2018, Oktober 4). How credible are lie detector tests? BBC.
Swason, S., & Coltrain, N. (2019, Februari 2). Christopher Watts will serve three life sentences for (ditapiskan) Shanann, 2 daughters. Fort Collins Coloradoan.
Helmenstine, A.M. (2019, Ogos 10). How to pass a lie detector test. ThoughtCo.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih