Alkisahnya anak perempuan umur 13 tahun mengadu ada masalah di asrama, saya pun suruh dia senaraikan sepuluh masalah itu.

Katanya:

  1. Kawan suka mencarut.

  2. Kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing.

  3. Warden tak bagi bawa telefon.

  4. Cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat.

  5. Ayah ambil lambat waktu cuti.

  6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar.

  7. Baju sukan hilang kena curi.

  8. Cicak berak atas berus gigi.

  9. Kena ejek sabab baju sama.

  10. Pingan makan hilang.

Baiklah. Alhamdulillah dia nak mengadu, jadi saya jawab lebih kurang seperti di bawah:

1. Kawan suka mencarut. (Jangan rapat sangat dengan kawan macam tu, cari kawan yang suka berzikir, dan jadikan diri kita seorang yang jaga lidah)

2. Kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing. (Pilih kawan yang perangai macam penjual minyak wangi, kawan yang ramai, kita boleh pilih)

3. Warden tak bagi bawa telefon. (ayah setuju, tak bagus langung bawa smartphone ke asrama)

4. Cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat. (Nanti pergi belajar oversea Bahasa English lagi pekat)

5. Ayah ambil lambat waktu cuti. (Maaf, ayah agak sibuk, tapi anak lelaki semua balik naik bas, tapi anak gadis ayah ni ayah tetap ambil walaupun jauh 90km, tak sanggup tengok naik bas macam abang-abang)

6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar. (Bincang dengan cikgu, dan ketua kelas, nak duduk kerusi depan sekali, benda boleh bincang)

7. Baju sukan hilang kena curi. (Pakai dulu baju sukan mana yang ada, dan lain kali tulis nama baju besar besar kat kawasan dalam tudung diluar baju biar pencuri malu.)

8. Cicak berak atas berus gigi (Basuh jer lah, beli baru dekat koperasi)

9. Kena ejek sabab baju sama. (Ayah orang lelaki, bangga jika ada baju sama dengan kawan, jadi maaf tak dapat bantu bab ini)

10. Pingan makan hilang. (Ayah call warden ganti pingan baru, ayah akan bayarkan)

Okey, begitulah lebih kurang masalah terbesar anak mengadu pada ayahnya, lepas tu saya suruh dia senaraikan 10 kelebihan duduk asrama, katanya:

  1. Dapat belajar berdikari.

  2. Dapat ramai sangat kawan

  3. Dapat kenal budaya Terengganu.

  4. Bangun awal subuh.

  5. Sekolah yang luas, banyak kemudahan (dulu dia sekolah rendah sekolah agama yang kecil sahaja).

  6. Banyak program keagamaan.

  7. Ayah ambil bukan naik bas. (tak macam abang abang).

  8. Tak bergaduh dengan adik dan ayah.

  9. Banyak masa belajar sebab tak kena jemur baju, angkat baju, lipat baju macam kat rumah.

  10. Rindu menambah kasih sayang.

Haha ha, kelagar jugak tengok cara anak berfikir, rupanya seronok duduk asrama sebab kat rumah selalu kena suruh sampai gaduh gaduh, ha ha.

Lepas tu saya tanya dia satu soalan:

Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?

Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecil dan mudah sahaja.

Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain-lain ujian semunya adalah sangat kecil.

Jadi, apakah masalah terbesar itu?

Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?

Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya TUHAN tidak adil…

Kenapa?

Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.

Lalu tanya ustaz, “Sdik.. apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”

Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.

Jadi tuan tuan dan puan-puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?

Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat bertanya kenapa menangis? Bukankah itu orang Yahudi? Kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi kepada si buta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!

Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk Islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang Melayu? Tak… mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.

Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Emak saya pun dah mati, dan saya tak sedih sangat sebab saya tahu emak saya orang Islam dan tempatnya di syurga. Cuma saya takut saya lambat masuk syurga sebab banyak dosa..

“Mak, Hamka ada mimpi mak pakai baju emas tersenyum di tempat indah, rindu pada mak, tapi takpe, Allah ambik mak dalam keadaaan mak seorang islam. Terima kasih Ya Allah”

Jadi anakku di asrama, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.

Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.

Kepada Allah, aku menyebut nyebut nikmat hidup dalam keadaan beriman ini.

Oh Tuhan yang boleh membolak-balikkan hati manusia, kasihanlah kami yang hina dan banyak dosa ini, janganlah kau matikan kami tanpa iman, dan andai kata umur pendek baik untuk kami, pendekkan umur kami, jika umur panjang baik untuk kami, maka panjangkan umur kami,

Tiada daya upaya melainkan dengan Izinmu.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam
.

Terima kasih.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.