Australia walaupun dilihat seperti pulau yang besar, namun ia sebenarnya sebuah benua yang mempunyai plat tektonik sendiri, mempunyai padang pasir di tengah Australia, mempunyai habitat haiwan dan tumbuhan yang berbeza dalam satu negara, malah mempunyai 4 musim tersendiri. Australia juga mempunyai iklim yang agak aneh dan di luar jangkaan bagi warga negara kanggaru ini. Iklim aneh itu ialah hujan ikan.
Ya, anda tak salah baca. Hujan ikan. Pada 21 Februari 2023, kota Lajamanu yang terletak di utara Padang Pasir Tanami, wilayah Northern Territory mengalami fenomena hujan ikan setelah 2 hari hujan lebat. Menurut salah satu warga Lajamanu bernama Andrew Johnson Japanangka, pada mulanya guruh bergendang di langit, apabila hujan mula turun, ikan-ikan mula turun menghempas bumbung rumah, seolah-olah Tuhan memberikan rezeki berupa ikan.
Fenomena hujan ikan juga pernah berlaku beberapa tahun lepas. Contohnya kota Yowah di wilayah Queensland pada tahaun 2020 dan kota Winton di Queensland juga alami hujan ikan pada tahun 2016. Walauapun fenomena hujan ikan dianggap aneh bagi kita, tetapi bukan hujan ikan saja yang pertama melanda negara kanggaru ini. Contohnya negara Mexico, persisiran pantai kota Tampico mengalaami hujan ikan.
Apa yang menjadikan fenomena hujan ikan ini berlaku? Adakah ini tanda yang ingin disampaikan dari Tuhan, sama ada pemberian rezeki atau menurunkan bala kepada mereka yang berdosa? Persoalaan-persoalan ini akan kita kupas di perenggan seterusnya.
Sejarah fenomena aneh ini bermula pada abad pertama Masihi, mengikut catatan rekod dunia. Sejarawan Rom bernama Pliny the Elder pernah merekodkan bahawa ibu kota Rom pernah mengalami hujan ikan dan katak. Pada abad ke-3 Masihi, pakar bahasa Yunani bernama Athenaeus pernah mencatatkan bahawa kota Paeonia dan Dardania pernah mengalami hujan katak, sehingga penghuni terpaksa keluar dari rumah kerana kebingitan suara katak.
Fenomena hujan aneh pada abad ke-19 Masihi adalah fenomena yang dahsyat pernah berlaku. Pada tahun 1840, Itali mengalami hujan benih pokok Judas yang hanya ditemui di Afrika Tengah. Pada tahun 1857 pula, hujan kristal gula melanda di Lake County yang terletak di California, AS. Hujan kacang hazaelnut melanda kota Dublin di Ireland pada tahun 1867, hujan kerang melanda kota Paderborn di Jerman pada tahun 1892, dan hujan obor-obor melanda di England pada tahun 1894. Paling gila, perkamapungan Meschera di Rusia mengalami hujan syiling pada tahun 1940!
Adakah penjelasan sains mampu buktikan hujan-hujan yang aneh ini? Buat masa ini saintis masih garu kepala akan fenomena yang amat aneh ini. Bagaimana ikan, katak, kekacang, kerang, obor-obor, dan syiling menghujani semasa ribut taufan masih saintis berfikir panjang untuk menyelesaikannya. Tapi, hipotesis dan andaian harus dikemukakan agar saintis dapat rujuk semula apabila fenomena ini dapat dibongkar.
Andaian pertama dan amat logik ialah kehadiran angin ribut taufan yang amat kuat sehingga mampu mengangkat segala macam benda berada di permukaan Bumi. Kalau ribut taufan melanda lautan, hidupan dalam laut akan diangkat keluar jika anginnya menembusi ke laut. Maka, terjadinya hujan ikan dan hidupan lain seperti obor-obor dii kot berdekatan lautan apabila air hujan menitis.
Hujan katak dan bermacam jenis benda menghujani sesuatu kota juga mengalami keadaan yang sama iaitu ribut taufan mengangkat dan membawa segala benda. Terdapat juga andaian lain seperti letusan gunung berapi mengakibatkan hujan aneh melanda. Ramai golongan juga percaya hujan ikan, katak, dan benda lain adalah perbuatan roh jahat mengusik penghuni kota.
Alam kehidupan ni sangat menarik. Sebab tu kami terbitkan BIOLOGIA yang bercerita macam-macam pasal haiwan. Jom beli di Shopee: https://bit.ly/biologiashopee
RUJUKAN:
Sahir. 21 February 2023. Raining Fish Reported Near the Australian Desert. Ancient Origins.
Holloway, April. 12 September 2015. The Strange and Unexplained Phenomenon of Raining Stones. Ancient Origins.
Holloway, April. 7 October 2017. Raining Cats and Dogs? No, Just Fish. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih