Tiada masalah untuk bergurau atau bermain-main. Sebab orang yang bersikap lucu boleh hidup panjang (andai Allah izinkan). Normallah untuk orang ketawa bila mendengar frasa “tunafoto”. Saya sendiri pun tak tahan ketawa bila dengar perkataan tersebut. Kalau ada individu yang memilih frasa ‘photobomb’ berbanding “tunafoto”, saya boleh menerimanya.

Tapi tidak bagus untuk mempertikai dan memperlekeh usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempromosikan bahasa kebangsaan. Saya yakin anda mesti pakar dalam Bahasa Melayu dan ilmu bahasa untuk mempunyai keyakinan sebegitu rupa memperlekeh DBP.

Gred A dalam kertas Bahasa Melayu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah lesen untuk bercakap seperti seorang profesional. Anda mesti memahami dan mendalami karya-karya sastera Melayu klasik seperti syair Hamzah Fansuri, Sulatus Salatin atau Tuhfat al-Nafis untuk mencabar kewibawaan pakar-pakar linguistik DBP.

Seorang pakar bahasa dan Bahasa Melayu pasti akan perasan penggunaan tuna dalam teks klasik Melayu. Contohnya, teks ‘Sejarah Tuanku Batu Badan’, “Inilah cap Pagaruyung disalin kepada tempat ini sebab sudah tuna tempatnya jadi disalin kepada kitab ini adanya.”

Perkataan tuna- ini ialah contoh penggunaan imbuhan Melayu. Ia merupakan ekspresi secara tidak langsung tentang ketidaksempurnaan, kecacatan atau kekurangan pada sesuatu perkara. Contoh, “tunabudi’ bermaksud tidak berbudi manakala “tunasusila” bererti tiada moral. Begitu juga dengan “tunaaksara’ yang sama erti dengan simpulan bahasa buta hurut iaitu tidak pandai membaca atau menulis. Contoh-contoh imbuhan lain ialah tata-, maha-, pra-, -wan, -wati, pasca-, eka- dan swa-. Saya nak ingatkan, tidak semua bahasa dunia mengandungi imbuhan. Ini bermakna Bahasa Melayu dianggap setara dengan Bahasa Inggeris atau lebih baik lagi.

Jadi, nasihat saya, simpanlah kejahilan anda itu dalam diri anda. OK, saya nak tanya. Apa cadangan alternatif anda sekiranya perkataan tunafoto itu tidak sesuai? Jangan pula cadangkan “bom foto” sebagai pengganti, ya.

Dalam Bahasa Jepun, frasa “photobomb” dikenali sebagai utsurikomi. Frasa ini tidak berkaitan sama sekali dengan bom sebab orang Jepun tidak menggemari perkataan bom. Ia mempunyai maksud sama dengan imej hantuan (ghost image) atau pantulan latar belakang (background reflections). Terma ini tidak berapa tepat tetapi selagi mana ia beri maksud sama dari segi bahasa, apa nak kisah?

Dalam Bahasa Perancis pula, perkataan selfie dipanggil “egoportrait”. Orang Perancis menggantikan perkataan self dengan ego dan photo dengan portrait. Kalau kita dengar, nampak lebih serius daripada perkataan selfie. Tetapi selagi mana sebutan tersebut tidak mengandungi unsur Bahasa Inggeris, orang Perancis tiada masalah menggunakannya. Di sini, rakyat Malaysia terlalu mencintai Bahasa Inggeris sehingga ke tahap merasa terganggu dengan pengenalan perkataan seperti swafoto atau tunafoto.

Situasi ini agak menyedihkan kerana selepas 60 tahun negara kita mengecapi nikmat kemerdekaan, kita masih memperlekeh bahasa dan warisan kita sendiri. Dan perkara ini berlaku pula pada bulan Oktober, bulan yang telah ditetapkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan.

Bila kita memperlekeh asal-usul kita, kita sebenarnya memperlekeh diri kita sendiri.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

#BahasaJiwaBangsa

———————————————————

It’s okay to make joke. It’s okay to make fun. Funny people live longer. It’s normal for people to laugh at the term “tunafoto”. Even I myself can’t help but giggled about it. Even if someone prefers “photobomb” over “tunafoto”, I’m fine with it.

But it’s not okay to ridicule and belittle DBP’s effort to promote the national language. You must be an expert on Malay language and linguistics then for being confident enough in making fun of DBP.

An ‘A’ in SPM Bahasa Melayu is not enough for you to speak like a pro. You must be well-versed in classical Malay literature like Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis or the syair of Hamzah Fansuri in order for you to challenge the linguistic experts at DBP.

An expert in Malay language and linguistics would not fail to notice the use of “tuna” in classical Malay texts, like the one in “Sejarah Tuanku Batu Badan”:

“Inilah cap Pagaruyung disalin kepada tempat ini sebab sudah tuna tempatnya jadi disalin kepada kitab ini adanya.”

“Tuna-” is an example of Malay affixes or “imbuhan”. It is a euphemistic expression of imperfection or the lack of something. For instance, “tunabudi” means “characterless”, and “tunasusila” means immoral. Other examples of affixes are “tata-“, “maha-“, “pra-“, “pasca-“, “eka-“, “dwi-“, “tri-“, “-wan” and “swa-“. Not all languages have affixes, therefore the Malay language must be as great as the English, if not greater.

So, it is highly advisable for you to keep your ignorance to yourself. What would be your suggestion then, if “tunafoto” is not the right word? Don’t tell me it’s “bom foto”, please.

In Japanese, “photobomb” is known as “utsurikomi” (写り込み). It has nothing to do with bomb though, as the Japanese dislike the term “bomb”. Its meaning is similar to “ghost image” or “background reflections”. Not completely correct, but who cares, if it’s syntactically comprehensible?

In French, “selfie” is called “egoportrait”. The French replaced “self” with “ego”, and “photo” with “portrait”. It sounds much more serious than selfie, but the French like it as long as it doesn’t sound English. Here, Malaysians love English so much and felt annoyed by words like tunafoto or swafoto.

It is truly sad that after 60 years of independence, we are still belittling our own language and heritage. And this happens in the month of October, Bulan Bahasa Kebangsaan.

By ridiculing our roots, we ridicule ourselves.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

#BahasaJiwaBangsa


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Leave A Reply