Baru-baru ni rakyat dari pelbagai negara termasuk Malaysia amat tergila-gilakan fenomena Avengers: End Game. Tapi di Jepun lain pula ceritanya. Detektif Conan, sebuah siri animasi yang tak asing lagi di sini, mendominasi carta filem ‘terlaris’ di negara Matahari Terbit itu.
Kenapa? Rakyat Jepun, bukan sahaja mereka tak terkesan atau fanatik akan filem Superhero buatan barat ini. Tapi sebab mereka memang sebati sudah dengan Anime and juga ‘homegrown’ hero-hero mereka. Sebut sahaja Dragonball, Naruto, Bleach, Doraemon One Punch Man dan ramai lagi.
Serta apa yang menariknya ialah. Mentaliti Galapagos (Kepulauan) Jepun yang tebal menyebabkan keunikan minat mereka yang tersendiri. Mereka, kalau boleh, nak buat lain dari yang lain supaya Jepun kekal ‘Japaness’ di mata dunia dan di mata mereka sendiri. Detektif Conan merupakan manifestasi kepada Japaness itu sendiri dengan perwatakan dan jalan ceritanya yang mudah difahami rakyat Jepun.
Ini bukan pertama kali filem DC mengalahkan Marvel dan filem-filem Barat yang lain. Sebelum ini, Detective Conan: Zero The Enforcer juga berjaya tewaskan Avengers: Infinity War dengan kutipan memberangsangkan. Faktor ‘Made in Japan’ juga adalah salah satu sebab filem anime seperti Doraemon, DC, Ghibli, dan lain lain boleh mendominasi carta. Aspek kualiti juga dititik beratkan dalam pembikinan agar ia setanding atau lebih hebat dari buatan Barat.
Pengajaran Untuk Malaysia:
Meski bidang animasi kita masih baru nak naik. Kita harus contohi Jepun dalam semangat mereka dalam menyokong industri tempatan. Selaras dengan pembentukan sub-budaya dan identiti Jepun itu sendiri. Malaysia juga ada animasi bertaraf antarabangsa seperti Boboiboy, yang berjaya menjadi salah satu animasi terlaris di Malaysia, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga mencatat sejarah apabila mengutip lebih 25 juta dengan belanjawan yang memakan 20 juta. Kini ditayangkan ke pelbagai pawagam di Asia hingga ke Amerika Syarikat. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga berjaya menewaskan animasi Barat ‘The Incredibles 2’, itu cukup membanggakan industri tempatan.
Namun pesanan juga kepada pembikin filem aksi hidup, mahupun animasi, sentiasalah menekankan ‘Kualiti, Kreativiti, Kekemasan’ dalam menyampaikan jalan cerita yang menarik untuk para penonton. Fikir diluar skop sebagaimana para pembikin anime dan manga Jepun buat bagi karya mereka.
Tidak ada ‘Propaganda’ yang lebih manis dan lembut dari animasi, kerana ia mudah diterima dari semua lapisan masyarakat, majulah Animas! (Animasi Malaysia). Jayakan Budaya di mata dunia. Bahasa Melayu juga akan dipromosi melalui budaya pop kerana ia berpengaruh di kalangan generasi muda.
Filem Detective Conan: The Fist Blue of Sapphire Stone akan menemui pawagam Malaysia pada 13 Jun nanti. Filem ini juga ditempatkan di Singapura, pertama kali dalam siri DC untuk kawasan di luar Jepun dan juga bagi di Asia Tenggara. Mariana Bay menjadi tempat tumpuan bagi kes kali ini. Filem-filem Animas akan datang Malaysia juga adalah Ejen Ali: The Movie dan Boboiboy: The Movie 2.
Jika Jepun dan Korea S. boleh. Kenapa kita tidak? Semaikan semangat pengkarya tempatan agar terus maju kehadapan. Berimajinasilah kalian, kerana ia alat terbaik untuk memberi sesuatu idea cun.
RUJUKAN:
Detective Conan: Fist of Blue Sapphire Anime Film Earns 422 Million Yen on Opening Day. https://www.animenewsnetwork.com/news/2019-04-13/detective-conan-fist-of-blue-sapphire-anime-film-earns-422-million-yen-on-opening-day/.145700.
AVENGERS: INFINITY WAR Has Been Beaten At The Japanese Box Office By DETECTIVE CONAN. https://www.comicbookmovie.com/avengers/avengers_infinity_war/avengers-infinity-war-has-been-beaten-at-the-japanese-box-office-by-detective-conan-a160248
Filem Upin Ipin catat kutipan RM25 juta selepas 3 minggu. http://www.kosmo.com.my/terkini/filem-upin-ipin-catat-kutipan-rm25-juta-selepas-3-minggu-1.880654
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih