Venezuela, negara yang hasilnya bergantung sepenuhnya pada pengeluaran minyak atau senang kata Petrostates. Kerajaan sangat bergantung kepada pendapatan bahan api fosil, kuasa tertumpu, dan dalam masa yang sama rasuah berleluasa. Petrostates ni boleh menjejaskan sektor lain.

 

Venezuela terus bergelut dengan kesukaran ekonomi dan politik di bawah Presiden Nicolás Maduro, tetapi usaha AS untuk melonggarkan beberapa sekatan telah mencetuskan harapan untuk pemulihan industri minyak.

 

Macam mana Venezuela boleh sampai tahap ni?

 

Pada tahun 1922, ahli geologi Royal Dutch Shell di La Rosa jumpa minyak. Masa tu mereka boleh dapat seratus ribu tong sehari.

 

Dalam beberapa tahun, lebih daripada seratus syarikat asing keluarkan minyak di Venezuela, disokong pulak diktator Jeneral Juan Vicente Gómez (1908–1935).

 

Pengeluaran tahunan meletup pada tahun 1920-an , daripada hanya lebih sejuta tong kepada 137 juta, menjadikan Venezuela negara kedua selepas Amerika Syarikat dalam jumlah pengeluaran menjelang 1929.

 

Pada masa Gómez meninggal dunia pada tahun 1935, Venezuela hanya fokus pada minyak dan mengetepikan sektor lain untuk menyumbang lebih 90 peratus daripada jumlah eksport.

 

Pada tahun 1973, sekatan lima bulan OPEC (Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum) terhadap negara-negara yang menyokong Israel dalam Perang Yom Kippur meningkatkan harga minyak sebanyak empat kali ganda dan menjadikan Venezuela negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di Amerika Latin.

 

Dalam tempoh dua tahun, Venezuela terima durian runtuh dengan menambah $10 bilion kepada tabung negara, memberi laluan kepada rasuah dan salah urus yang berleluasa. Penganalisis anggarkan bahawa sebanyak $100 bilion telah digelapkan antara 1972 dan 1997 sahaja.

 

Ketika harga minyak global menjunam pada 1980-an, ekonomi Venezuela menguncup dan inflasi melonjak.

 

Pada masa yang sama, Venezuela tambah hutang asing yang besar dengan beli kilang penapisan asing, seperti Citgo di Amerika Syarikat.

 

Pada tahun 1989, Pérez dipilih semula beberapa bulan sebelumnya melancarkan pakej penjimatan fiskal sebagai sebahagian daripada penyelamat kewangan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa.

 

Pada tahun 1992, Hugo Chávez, seorang pegawai tentera, lancarkan kudeta. Tapi apa yang Chávez buat? Sepanjang tempoh jawatan presiden Chávez, yang berlangsung sehingga 2013, rizab petroleum strategik berkurangan dan hutang kerajaan meningkat lebih dua kali ganda.

 

Pada pertengahan 2014, harga minyak global jatuh, dan ekonomi Venezuela terus merundum.

 

Pergolakan berlaku, Maduro cuba satukan kuasa melalui penindasan politik dan manipulasi pilihan raya.

 

Hampir 60 negara, termasuk Amerika Syarikat mengiktiraf ketua pembangkang Juan Guaidó sebagai pemimpin sementara Venezuela.

 

Washington sekat import minyak daripada Venezuela dan halang kerajaan Venezuela daripada akses sistem matawang Amerika Syarikat selama hampir sedekad.

 

Konflik politik Maduro dan Guaidó masih berlangsung sampai sekarang. Orang politik bertelagah, rakyat yang merana.

 

Akibat perang di Ukraine, Amerika Syarikat membenarkan syarikat minyak gergasi Chevron untuk korek minyak di Venezuela dengan terhad.

 

Keadaan ni mungkin berlanjutan untuk beberapa tahun sebelum eksport minyak Venezuela kembali meningkat dengan ketara.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Venezuela ni antara contoh buruk kalau ekonomi negara hanya bergantung pada satu sektor. Walaupun boleh cepat kaya, tapi terfikir tak apa akan jadi pada negara-negara Arab yang hanya pakai duit minyak? Dapatkan PSYCHOLOGY OF MONEY untuk korang fikir implikasinya.

https://bit.ly/psychologyofmoneypatriots


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply