Selain varian Delta Plus yang mula muncul antara bulan April hingga Jun lalu, para saintis telah mengeluarkan amaran bahaya berkait dengan salah satu varian yang tergolong di dalam kelas ‘Variant of Interest’ (VOI); iaitu varian Lambda.

Sebagai info, varian Lambda (C.37) mula tular pada bulan Disember tahun 2020. Sekurang-kurangnya 41 buah negara telah mencatatkan jangkitan COVID-19 versi varian Lambda sejak kes pertama direkodkan di negara Peru.

Menurut laporan reuters.com yang bertarikh 3 Ogos 2021, kajian awal daripada sekumpulan pakar yang berpusat di Jepun mendapati bahawa; varian Lambda sedia ada dilaporkan telah bermutasi lalu membentuk beberapa varian baharu.

Sama seperti kes varian Delta (B.1.617.2) yang bermutasi sehingga membawa kepada pembentukan varian Delta Plus (AY.1 / B.1.617.2.1), proses mutasi itu juga berlaku di salah satu komponen terpenting yang terdapat pada struktur virus SARS-CoV-2; yakni ‘spike-protein’.

Berdasarkan kertas kajian awal yang diterbitkan oleh laman biorxiv.org, antara mutasi varian Lambda yang baru terbentuk baru-baru ini ialah; (1) Mutasi RSYLTPGD246-253N, (2) Mutasi 260 L452Q, dan (3) Mutasi F490S.

Kajian awal saintis Jepun yang berjudul ‘SARS-CoV-2 Lambda variant exhibits higher infectivity and immune resistance’ itu turut melaporkan bahawa; kesemua mutasi tersebut dipercayai mampu mengurangkan tahap keberkesanan (eficacy) vaksin di dalam pembentukan imuniti.

Dalam pada itu, terdapat dua mutasi tambahan (additional mutation) lain yang dinamakan sebagai; Mutasi T761 dan Mutasi L452Q. Kedua-dua mutasi ini dikatakan mampu menjadikan varian Lambda amat mudah dijangkiti (highly infectious) berbanding varian lain, apatah lagi virus SARS-CoV-2 ‘original’.

Walau bagaimanapun, kesemua dapatan itu masih berada di peringkat awal dan tidak bersifat konklusif, sekali gus memerlukan kajian lanjutan secara lebih menyeluruh; memandangkan ia belum lagi diterbitkan sebagai ‘peer-reviewed journal’.

Jika kita meneliti statistik terbitan portal gisaid.org, setakat 9 Ogos 2021; Chile adalah negara yang merekodkan jangkitan varian Lambda tertinggi di dunia dengan jumlah sebanyak 1268 kes.

Peru berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan 897 kes, diikuti Amerika Syarikat (841), Ecuador (185), Mexico (171), Sepanyol (130), Argentina (109), Jerman (100), Perancis (49) dan Colombia (31).

Daripada 48 buah negara di Benua Asia, hanya Israel Laknatullah (25 kes) dan Jepun (1 kes) sahaja yang dilaporkan mencatatkan kes jangkitan daripada varian Lambda.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar penulis amatur.

Comments are closed.