Tengok timeline penuh dengan ulasan tentang hutang negara, dari ulasan pakar hingga ulasan macam pakar hingga ulasan kalah pakar. Tangan den pun terasa gatal nak tulis, tapi memandangkan ini bulan Ramadan, jadi usahlah menimbulkan perbalahan.

Cuma, sebelum berbincang dan berdebat berkenaan hutang negara, ada beberapa konsep asas yang perlu difahami.

Yang pertama, konsep hutang negara itu sendiri. Ada perbezaan tau antara hutang negara (national debt), hutang kerajaan (government debt) dan hutang luar (external debt). “National debt” mengambil kira hutang kerajaan dan juga hutang swasta, termasuk hutang isi rumah (household debt), jadi angkanya sentiasa lebih besar. Begitu juga dengan “external debt”, bahagian swasta lebih besar berbanding bahagian kerajaan. Jadi jangan salahkan kerajaan apabila national debt dan external debt tinggi.

Yang kedua, konsep debt-to-GDP ratio. Nak tahu hutang tu samada besar atau tidak, tak boleh ukur dalam nilai semata-mata. Hutang 1 trilion bagi sebuah negara yang menjana pendapatan 100 trillion adalah sap sap sui, tapi hutang 1 trilion bagi sebuah negara yang menjana pendapatan 500 juta adalah over. Jadi kita kena ukur pakai debt-to-GDP iaitu nisbah hutang kepada pendapatan negara (GDP). Selalunya negara-negara maju debt-to-GDP sangat tinggi: Jepun cecah 200%, Singapura cecah 110% (kalau external debt-to-GDP cecah 400%). Yang debt-to-GDP rendah biasanya negara mundur atau negara pengeluar minyak. Kenapa ya?

Yang ketiga, konsep hutang kerajaan. Kalau hutang isi rumah atau hutang peribadi ni kita tahu ia berbentuk pinjaman (loan) daripada bank atau Ah Long. Kalau gagal bayar ansuran bank akan tarik kereta lelong rumah, Ah Long akan simbah cat kutip orang. Tapi hutang kerajaan kebanyakan bukan dalam loan tapi bon (bond). Untuk bon, kerajaan hanya perlu bayar bunga je, nilai mukanya hanya dilangsaikan selepas tempoh kematangan, biasanya dalam 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Bon ini dijadikan sebagai bahan pelaburan disebabkan ada jaminan kerajaan. Kebanyakan bon dijual kepada pelabur tempatan seperti KWSP dan KWAP, makna kata, pusing-pusing sebenarnya kerajaan berhutang dengan “sendiri”. Nampak?

Yang keempat, konsep sectoral balance. Apabila kerajaan mengeluarkan bon, ia sebenarnya “pump” duit ke dalam sektor swasta. Bon akan dicatat sebagai aset bagi syarikat swasta yang membelk bon. Jadi liabiliti kerajaan = aset swasta. Dia macam mirror image. Tu sebabnya percubaan untuk mengurangkan hutang/defisit kerajaan secara drastik akan memberi kesan negatif kepada sektor swasta. Kerajaan seolah-olah mencabut duit keluar dari sektor swasta dan ia akan mengundang krisis kecairan (liquidity crisis) yang membawa kepada krisis kewangan.

Kalau tak faham konsep-konsep asas ini, segala perbincangan berkenaan hutang negara hanyalah lagha yang sia-sia. Janganlah kita buat perkara yang sia-sia kerana ia disukai syaiton.

*bab ekonomi negara den taqlid kepada mazhab Post-Keynesian (ulamanya terdiri daripada Randall Wray, Warren Mosler, Bill Mitchell, Stephanie Kelton). Mereka berpendapat “deficit spending” akan memajukan ekonomi manakala “austerity measures” akan merencatkan ekonomi. Lain kalilah den cerita, tengah lapar ni.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.