Kepada yang selalu tengok Penang Foodie, mesti korang terliur dengan makanan yang deme review. Tapi bukan itu kita nak bincang. Sebab kita nak cerita tentang kejayaan Penang Foodie dan Pinn Yang.
Jadi apa yang kita boleh belajar dari kejayaan Penang Foodie dan Pinn Yang?
Pada asalnya Penang Foodie cuma side hustle je untuk Pinn Yang. Asalkan lepas duit minyak dan duit makan kira ok dah. Orang kata buat untuk isi masa lapang.
Disebabkan itu hanya side hustle, Pinn Yang nak dapat 1k follower punyalah susah. Nak dekat setahun baru dapat 1k follower. Dia tak kisah sangat pun sebab dah ada pendapatan hakiki. Jadi Pinn Yang terus buat video macam biasa.
Lama-kelamaan ada kedai yang tawarkan 200 ringgit untuk Pinn Yang buat satu video promote makanan deme.
Dekat sini dia nampak benda ni boleh jadi satu bisnes yang menguntungkan.
Untuk itu Pinn Yang telah letak target 15k sebulan secara konsisten. Sebab dia nak pastikan keuntungan dapat cover dua co founder iaitu isteri dan abang dia jika dah berhenti kerja.
Selepas beberapa bulan, Pinn Yang bersama yang lain berjaya sustain 15k sebulan berturut-turut. Dengan yakin, deme berhenti untuk fokus membangunkan Penang Foodie secara serius.
Baru je nak bermula tiba-tiba datang pulak covid, habis rosak perancangan Pinn Yang & team. Ditambah lagi deme ada nak dekat 20 orang staf. Tak kan nak buang macam gitu je kan?
Ye lah masa tu kedai makan banyak tutup. Kalau buka pun sekejap je dan tak boleh dine in. Nak buat video untuk promote makanan pun tak boleh. Susahlah deme nak dapat untung.
Apa yang Pinn Yang buat adalah dia cuba jana pendapatan melalui affiliate. Untuk itu Pinn Yang setup satu page iaitu Malaysia Pickie untuk jual pelbagai barangan. Pinn Yang minta staf dia cari barang paling menarik dekat rumah, lepas tu buat video, review, edit, post dan letak link affiliate dekat page tu.
Dengan mudah deme dapat untung 200k hanya pada bulan pertama sahaja. Bila lockdown dah habis, deme tinggal nak push je. Hasilnya deme dapat 12 juta setahun.
Menariknya masa ni ramai tak tahu siapa di belakang Penang Foodie ni. Malah Pinn Yang sendiri pun rasa tak perlu untuk tonjolkan diri.
Sampai satu masa, founder Tea Live iaitu Brian ada jumpa Pinn Yang untuk tanya pasal bisnes dan mungkin nak invest. Mula-mula Pinn Yang tolak tapi Brian tetap nak invest juga. Hasilnya Pinn Yang jual 30% saham kepada Brian dengan harga 9 juta.
Dengan duit itulah Pinn Yang gunakan untuk bangunkan lagi syarikat. Hari ini syarikat yang dibangunkan oleh Pinn Yang bersama isteri dan abangnya sedang menuju IPO.
Apa yang kita boleh belajar adalah jangan cepat putus asa. Baru buat dua ke tiga kali terus mengalah. Pinn Yang rilek je tunggu sampai setahun nak dapat 1k follower.
Jadi korang semua, tak kan dah mengalah kot?




No comments yet