Di US tengah hot pasal kem4tian seorang lelaki berkulit hitam bernama George Floyd pada 25 Mei yang berpunca daripada tindakan seorang polis yang melutut pada lehernya semasa menahannya.

Sebelum m4ut, Floyd berkata “I can’t breathe” selama 15 kali tapi tak dilayani.

Selepas video kejadian viral, protes besar-besaran meletus di Minneapolis. Walaupun 4 polis yang terlibat telah dipecat, namun penduduk tempatan terutamanya Blacks tetap tak dapat menahan kemarahan sampai memb4kar stesen polis.

Diorang marah sebab isu keg4nasan polis (police brvtality) terhadap Blacks bukan benda baru. Kajian Universiti Rutgers kata setiap 1 daripada 1000 Blacks ada risiko dibunvh oleh polis, 2.5 kali lebih tinggi berbanding Whites. Sebab tu ada gerakan “Black Lives Matter”

Agak ironik negara adikuasa dunia yang menjulang kebebasan & kesamarataan masih ada masalah macam ini.

Malah, sejarah Blacks menikmati hak sama rata tak sampai 60 tahun: hanya pada 1964 baru kerajaan menandatangani Civil Rights Act melarang diskriminasi terhadap Blacks.

Nenek moyang Blacks berasal dari Afrika, diculik dan dijual sebagai hamba kepada pemilik ladang di selatan US.

Amalan ini dikecam oleh negeri-negeri industri utara yang tak ada ladang. Pada tahun 1861, negeri-negeri utara berp3rang dengan selatan untuk menamatkan sistem perh4mbaan.

P3rang berakhir dengan kemenangan Utara dan Presiden Abraham Lincoln memansuhkan sistem perh4mbaan pada tahun 1863.

Namun kehidupan Blacks tidak menjadi lebih baik. Negeri-negeri Selatan masih mendiskriminasi Blacks dengan undang-undang “Jim Crow” yang mengasingkan Whites & Blacks. Blacks tak dapat bersekolah & bekerja, malah berdepan dengan ancaman nyawa oleh White Suprem4cist macam Ku Klux Kl4n.

Jadi ramai Blacks berhijrah ke negeri-negeri Utara, dan tokoh Blacks dari selatan seperti Martin Luther King Jr dan Malcolm X pula memperjuangkan hak sama rata Blacks, dengan membayar harga ny4wa.

Ahli-ahli politik Utara bersimpati dengan Blacks, tapi kena tunggu sampai 1950-an baru nak tolong. Keputusan Mahkamah Agung “Brown v. Board of Education” 1954 mendapati undang-undang Jim Crow tidak menepati perlembagaan, Blacks harus diterima dalam sekolah awam termasuk di Selatan.

Kerajaan cakap boleh, tapi Whites di Selatan masih degil.

Apabila 9 budak Blacks nak memasuki Little Rock Central High School di Arkansas pada September 1957, budak Whites duk har4ss mereka dan menghalang mereka masuk.

Gambar budak White menjerit kat budak Black mengejutkan Presiden Dwigh Eisenhower, sampai dia mengarahkan National Guard untuk melindungi 9 pelajar Blacks ini ke kelas.

Yang ironiknya, hari ni Trump pun nak arahkan National Guard ke Minneapolis, cuma kali ini untuk menyuraikan protester yang kebanyakan Blacks.

Dah lebih 60 tahun, hubungan etnik di US masih pi mai pi mai tang tu jugak. Bandingkan US dengan negara kita, baru korang faham apa erti racism yang sebenar. Think about it.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.