Perasan tak, kalau kita cuba usap perut kucing, mesti dia terus terkam kita dengan kukunya? Siapa pernah usap mesti pernah merasa kulit tangannya luka oleh terkaman si kucing.
Yang sebenarnya, bahagian perut kucing agak unik berbanding haiwan peliharaan lain. Apa uniknya perut kucing ni? Bukankah perutnya lebih kurang sama dengan perut haiwan lain?
Kalau korang perasan yang bahagian perut kucing dewasa yang bergoyang-goyang kiri kanan apabila merangkak, bahagian tersebut ialah kantung perut atau ‘primordial pouch’. Kantung ini bukan lapisan lemak akibat selepas kucing betina melahirkan anak seperti apa kita sangka, ia hanya terdiri dari lapisan kulit dan tisu yang berkumpul di bawah organ perut.
Menurut pakar, kantung perut kucing tidak boleh dibuang dan ada manfaatnya tersendiri. Kantung ini boleh menjadi pelindung organ-organ dalaman yang mudah rapuh. Aapabila kucing bergaduh, kadang-kala perutnya ditendang oleh kucing lawan. Jika kucing tersebut tidak mempunyai kantung perut, pasti ia mengalami kecederaan organ yang serius.
Jadi, kantung perut mampu menyelamatkan nyawa kucing apabila bergaduh. Kantung perut kucing juga membolehkan kucing menggeliat tanpa masalah.
Kucing terkenal dengan badannya yang fleksibel, dari memasuki lubang yang sempit sehinggalah mampu memusingkan badannya 180 darjah. Dengan adanya kantung perut, ia memudahkan kucing untuk memusingkan dan merenggangkan badannya.
Terdapat teori menyatakan bahawa kantung perut kucing mampu menyimpan tenaga selepas mencernakan badan. Apabila kucing terlepas waktu makannya, kantung perut akan merembeskan tenaga untuk kucing tanpa meminta makanan. Tapi, teori ini memerlukan kajian lanjut.
Biasanya apabila kucing telah dikembirikan, kantung perutnya terdedah dengan jelas. Ini sebenarnya tanda kucing mengalami berat badan berlebihan akibat dikembirikan, kemudian kantung perut menonjol berbanding kucing sebelum dikembirikan.
Kena ingat, kantung perut tidak menunjukkan kucing korang mengalami obesiti, ia hanya lapisan kulit saja, tidak lebih dari itu. Kalau korang tak tahu jika kucing korang alami obesiti, boleh jumpa doktor haiwan terus.
Jadi, kantung perut kucing adalah sebahagian anggota dari badan kucing. Tidak perlu korang risau sampai mahu keluarkan kantung tersebut. Selagi kucing korang selesa dengan kehadiran kantung perutnya, korang boleh usap perutnya tanpa masalah!




No comments yet