Kita tak boleh lari dari penggunaan bahan kimia di sekeliling kita. Bahan racvn tanaman, bahan pencuci di rumah, bahan kimia untuk kenderaan, apatah lagi bagi mereka yang bekerja dalam industri yang melibatkan penggunaan bahan kimia.
Bahan kimia boleh memasuki tubuh manusia melalui lima cara. Pertama sekali melalui sistem pernafasan iaitu bahan kimia meresap masuk ke dalam tubuh apabila seseorang bernafas. Kedua ialah melalui kulit, bahan kimia meresap apabila terkena kulit. Ketiga ialah melalui mata, bahan kimia terkena mata kemudian memasuki tubuh. Keempat ialah melalui suntikan atau lvka terbuka.
Cara yang kelima ialah melalui sistem penghadaman (ingestion). Sesuai dengan tajuk, perkara ini yang akan dihuraikan dalam artikel ni.
Boleh dikatakan dalam semua Helaian Data Keselamatan (SDS) bahan kimia akan di tulis dalam seksyen “Penyataan Hazard” atau dalam seksyen “Pengendalian Bahan” :
- Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan bahan ini
Ini kerana bahan kimia itu mungkin terkena pada tangan tanpa kita sedar kemudian terkena makanan seterusnya masuk ke dalam tubuh. Sama juga kalau termasuk dalam minuman atau semasa merokok (memegang puntung rokok seterusnya memasukkan puntung ke dalam mulut).
Sebab itu, turut ditulis dalam SDS supaya membasuh tangan dengan bersih selepas mengendalikan bahan kimia.
Pengenalan diatas semuanya bercerita tentang faktor manusia dalam bab kebersihan semasa mengendalikan bahan kimia. Dos bahan kimia juga dalam kuantiti yang sangat kecil dan tidak disedari oleh seseorang.
Kadangkala, kita tidak sedar atau berlaku kesilapan di rumah atau tempat kerja. Seseorang telah terminum bahan kimia cecair (kita tentu tak akan ambil dan makan bahan kimia bentuk pepejal tanpa sebab). Ini berpunca daripada bungkusan atau bekas bahan kimia itu tidak dilabelkan. Bahan kimia itu juga tidak berbau ataupun seseorang itu hanya sedar itu bahan kimia (melalui bau atau rasa) apabila sudahpun terminum bahan kimia itu.
Pertama sekali, ada pelbagai jenis bahan kimia dalam dunia ini. Bukan semua bahan kimia berb4haya, ada yang tidak b4haya tetapi ada juga yang dilabel tersangat b4haya.
Sebagai contoh bahan kimia yang biasa dalam kehidupan manusia ialah cecair pembersih mulut (colgate, listerine. Kalau tertelan sedikit selepas berkumur, tak ada masalah kerana dalam kuantiti yang sikit. Kalau tertelan dalam dos tinggi sekalipun, mungkin menyebabkan metabolic acidosis (keadaan asid tubuh tidak seimbang)( Lachenmeier DW. et al, 2013)
Tapi ada juga kes kem4tian akibat terminum pembersih mulut. Seorang lelaki berumur 45 tahun meningg4l dunia akibat kegagalan organ selepas terminum hampir 3 liter pembersih mulut 2 (Soo H.GW. et al, 2003).
Tapi kes ni terpencil, dan siapa yang nak minum listerine sampai 3 liter sedangkan satu botol pun tak larat.
Untuk bahan kimia berb4haya pula macam racvn serangga, cecair peluntur kat rumah atau bahan kimia di tempat kerja. Kemungkinan untuk berlaku kesilapan terutamanya berpunca dari tidak dilabel itu tetap ada.
Apabila terminum bahan kimia, pertama sekali bawa bertenang. Ketoksikan bahan kimia ada dua jenis kesan iaitu akut (serta merta) atau kronik (jangka masa panjang).
Untuk akut, mungkin seseorang akan merasa pedih, panas atau terbakar pada bahagian saluran tekak. Untuk kronik mengkin menyebabkan seseorang itu mengalami kegagalan organ, kekarsinogenan atau kemutagenan sel. Kesan akut lain seperti pening, pitam, kesan merah pada mulut, mulut berbuih atau sukar bernafas.
Ini bergantung kepada jenis bahan kimia, dos atau kuantiti dan tahap konsentrasi (kepekatan) bahan kimia itu sendiri. Satu terma iaitu LD (leth4l dose/dos m4ut) ditulis pada SDS, pada tahap apa bahan kimia itu boleh membawa m4ut.
Paling penting, jangan paksa muntah. Saya tak faham kenapa ada pendapat supaya mengeluarkan semula bahan kimia itu dengan paksa muntah. Masukkan jari dalam mulut supaya seseorang merasa mual kemudian dia akan termuntah dan mengeluarkan bahan kimia itu semula.
Seseorang merasa panas/ped1h pada bahagian saluran tekak(inflamm4tion) kerana bahan kimia itu mer3ngsa (ir1tasi) atau menyebabkan kakisan. Semasa bahan kimia itu masuk sudah menyebabkan sekali kerengsaan, bayangkan apa terjadi kalau bahan kimia itu melalui saluran tekak buat kali kedua. Ya, keadaan akan bertambah teruk.
Apa yang kita perlu lakukan ialah bawa mangsa pergi hospital. Jangan lupa bawa sekali sampel bungkusan bahan kimia (maklumat pada label bungkusan tu berguna) atau Helaian Data Keselamatan/SDS (semua maklumat ada dalam dokumen ni).
Jangan sampai tertumpah bahan kimia dekat hospital pula, jangan bawa tong 50 liter pergi hospital.
Dekat hospital, antara proses untuk kes keracvnan bahan kimia ialah diberikan activedd charcoal. Bahan ini akan bertindak bergabung dengan bahan kimia dalam usus seterusnya menghalang bahan itu menyerap ke organ lain (Siti Nurul Fathihah bt. Baharuddin, 2016) Rawatan lain seperti dialisis untuk mencuci d4rah, penggunaan antidot atau sedatif untuk menghilangkan kesan bahan kimia itu.
Kesimpulannya, label bahan kimia anda supaya tidak terminum secara tidak sengaja. Berhati-hati semasa mengendalikan bahan kimia. Jangan panik semasa situasi kecemasan melibatkan bahan kimia.
Tak ada lagi orang simpan bahan kimia Ricin atau cecair VX dekat rumah. Jadi jangan risau, belum ada kes kem4tian dalam tempoh sepuluh minit selepas terminum bahan kimia.
RUJUKAN:
Lachenmeier DW, Monakhova YB, Markova M, Kuballa T, Rehm J. (2013) What happens if people start drinking mouthwash as surrogate alcohol? A quantitative risk assessment. Food Chem Tox1col. doi: 10.1016/j.fct.2012.09.031. Epub 2012 Oct 4. PMID: 23041419.
Soo Hoo GW, Hinds RL, Dinovo E, Renner SW (2003) F4tal large-volume mouthwash ingestion in an adult: a review and the possible role of phenolic compound toxicity. J Intensive Care Med. May-Jun;18(3):150-5. doi: 10.1177/0885066602250783. PMID: 14984634.
Siti Nurul Fathihah bt. Baharuddin (2016) Activated Charcoal, Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Norraliza Md Zain (2019) Keracvnan, Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Padelin Rimpau (2016) Ketahui Risiko Ketika Menggunakan Racvn Kimia, Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih