Selepas 20 tahun, Taliban kembali menguasai Afghanistan. Benda ini dah dijangka sejak Biden mengumumkan pengunduran tentera US pada Mei. Kenapa Taliban ini kental sangat? Sebab Taliban masih disokong oleh sebahagian besar masyarakat Afghanistan.

Nak faham fenomena Taliban, kena faham demografi Afghanistan.

Afghanistan adalah negara berbilang kaum. Kaum terbesar iaitu Pashtun mewakili 42% populasi, diikuti oleh Tajik (27%), Hazara (9%), Uzbek (9%), Turkmen (3%) dan lain-lain.

Di Pakistan pun ada ramai Pashtun (15% populasi). Macam Malala Yousafzai tu adalah Pashtun. PM Pakistan sekarang, Imran Khan juga seorang Pashtun.

Pashtun boleh dibahagikan kepada 5 kabilah (“tribal confederation”) utama: Ghilzai, Durrani, Karlanri, Sarbani, Gharghashti. Di bawah setiap kabilah ni ada banyak suku. Macam Presiden Ashraf Ghani tu dari suku Ahmadzai bawah Ghilzai.

Pashtun memegang tampuk politik sejak penubuhan negara Afghanistan. Suku Abdali (nama lama Durrani) mengasaskan Dinasti Durrani, kemudian digantikan oleh Dinasti Barakzai. Raja Barakzai terakhir, Zahir Shah digulingkan oleh sepupunya Daoud Khan pada tahun 1973.

Daoud Khan mendirikan Republik Afghanistan. Tak lama kemudian, dia digulingkan dan dib.u.nuh oleh komunis pada 1978. Komunis kemudian bergaduh sesama sendiri, memberi Soviet (Rusia) peluang untuk memasuki Afghanistan pada tahun 1979.

Kaum-kaum di Afghanistan masing2 melancarkan jihad menentang Soviet. Kebanyakan Pashtun berjuang di bawah kumpulan Hezb-i Islami, Tajik bawah Jamiat-e Islami. Hazara, Uzbek, Turkmen pun ada kumpulan sendiri. Walaupun semua dikenali sebagai “mujahideen”, bukan semua sehaluan.

Selepas Soviet berundur daripada Afghanistan pada 1989, golongan mujahideen ini meneruskan p.erang terhadap kerajaan komunis. Kerajaan komunis tumbang pada 1992, digantikan dengan Negara Islam Afghanistan.

Burhanuddin Rabbani (seorang Tajik) daripada Jamiat-e Islami menjadi presiden, menimbulkan ketidakpuashatian Pashtun terutamanya Gulbuddin Hekmatyar dari Hezb-i Islami. Pe.rang saudara meletus.

Kegagalan Hekmatyar untuk merampas kuasa menyebabkan Pashtun mengalih sokongan kepada kumpulan Taliban yang diasaskan oleh Mullah Omar.

Ahli kumpulan Taliban kebanyakannya adalah lepasan sekolah Darul Uloom Haqqania di Pakistan yang mengikut aliran Deobandi (“Taliban” bermaksud murid) yang sangat strict dalam tafsiran dan amalan agama (Barat panggil “fundamentalist”).

Orang Pashtun luar bandar yang lebih konservatif tertarik dengan Taliban, terutamanya Ghilzai yang merupakan kabilah terbesar. Antara “sumbangan” Taliban ialah pembersihan amalan “bacha bazi” (budak lelaki dijadikan penari dan hamba nafsu golongan warlord).

 Dengan itu, Taliban dengan pantas menawan 90% wilayah Afghanistan dan menawan Kabul pada 1996. Ada juga yang melihat sokongan Pakistan sebagai faktor kejayaan Taliban.

Cuma bagi kaum bukan Pashtun, Taliban terlampau konservatif. Wanita dilarang bersekolah dan bersosial. Muzik dan hiburan juga diharamkan. Taliban juga memusuhi Hazara yang berhaluan Syiah dan melakukan pembantaian besar-besaran ke atas Hazara.

Jadi Tajik, Hazara dan Uzbek menubuhkan kerajaan Northern Alliance, disokong oleh Pashtun bandar yang lebih liberal dan progresif (kebanyakannya dari kabilah Durrani, macam Hamid Karzai).

Kerajaan Northern Alliance ini diiktiraf oleh majoriti negara. Taliban hanya diiktiraf 3 negara iaitu Pakistan, Saudi dan UAE.

Pada 2001, US meny.er.ang Taliban atas alasan melindungi Al-Qaeda (Osama kenal Mullah Omar semasa jihad melawan Soviet). Selepas Taliban jatuh, Northern Alliance mendirikan kerajaan di Kabul.

Hamid Karzai menjadi presiden pertama “Afghanistan Baharu”. Mullah Omar dan saki-baki Taliban melarikan diri dan berlindung di kawasan Pashtun di sempadan Afghanistan-Pakistan, tunggu masa untuk bangkit balik.

Pashtun tak begitu senang dengan kerajaan baharu. Walaupun Karzai adalah Pashtun, jawatan naib presiden pertama & kedua dipegang Tajik & Hazara. Banyak reform berkaitan hak wanita dianggap bertentangan dengan nilai Pashtun, dan dilakukan oleh kerajaan “boneka” penceroboh luar.

Jadi kerajaan Karzai tidak mempunyai keabsahan di mata kebanyakan Pashtun.

Bermula 2006, Taliban kembali aktif (media panggil “neo-Taliban”). Ancaman neo-Taliban membuat Obama decide untuk menamatkan Pe.rang Iraq seawal 2011 dan fokus untuk memerangi Taliban dan Al-Qaeda.

Mula-mula strategi Obama nampak hasil. Tapi kebangkitan ISIS di Iraq pada tahun 2014 memaksa US divert sumber dan tenaganya. Taliban mengambil kesempatan untuk regroup.

Malah Taliban juga rekrut kaum bukan Taliban (termasuk Tajik dan Hazara) yang kurang berpuas hati dengan kerajaan Karzai/Ghani yang korup dan imcompetent.

Kemudian, datang pula Trump, yang menentang campur tangan US di Afghanistan. Trump memulakan pelan pengunduran tentera US, diteruskan oleh Biden. Tindakan US ini menjatuhkan morale kerajaan Afghanistan dan menaikkan morale Taliban, membawa kepada kemenangan demi kemenangan.

Taliban hari pun ini pun ada beza sikit dengan Taliban yang dulu. Mengambil pengajaran lepas, Taliban sedar dasar isolasionis semasa 1996-2001 menjadi punca kejatuhannya dulu.

Jadi sekarang Taliban rajin nak berbaik-baik dengan China, dengan UK, dengan Iran, demi menunjukkan bahawa diorang juga bersifat diplomatik, bertamadun dan pragmatik, supaya kerajaan Taliban diiktiraf oleh lebih banyak negara.

Dan itu mungkin akan sedikit sebanyak mempengaruhi Taliban untuk bersifat lebih terbuka (terutamanya berkaitan isu hak wanita), walaupun terasnya masih Pashtun-Deobandi yang ultra-konservatif.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.