Pada 2 Julai 1187, ramai Salibi mengharapkan pemimpin mereka Guy de Lusignan tidak mengarahkan mereka keluar dari kedudukan pertahanan di Sepphoris. Ini kerana pada hari itu, ia merupakan hari yang paling panas yang dialami mereka. Tetapi itulah yang dilakukan de Lusignan pada hari itu sekaligus membawa kepada siri kesilapan yang menyebabkan kekalahan mereka di Hattin beberapa hari kemudian.

Pemimpin tentera Salib itu berbuat demikian kerana mahu menyelamatkan kedudukan pihak Salib di Tiberias, 15 batu di timur Tasik Galilee. Tiberias pada ketika itu dikepung angkatan perang Ayubiyah yang dipimpin oleh Salahuddin Yusuf al-Ayubi. Tanpa de Lusignan sedar, kempen tersebut sebenarnya satu helah untuk mengumpan beliau keluar dari Sepphoris.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Sebagai tanda bahawa pasukan Salib tidak akan dapat dikalahkan, mereka turut membawa bersama relik ‘True Cross’. Sepanjang pagi 2 Julai, angkatan perang de Lusignan diserang bertubi-tubi anak panah yang dilepaskan oleh para pemanah Ayubiyah. Ini mengakibatkan bahagian kiri dan kanan pasukan Salibi yang terdiri daripada Knight’s Templar dan Hospitaller hampir-hampir terpisah dengan pasukan utama.

Akhirnya, mereka tiba di Turan, satu kawasan pancuran air semulajadi yang terletak kira-kira enam batu dari Sepphoris. Kebiasaannya, pasukan tentera akan berehat seketika dan mengumpul bekalan termasuk air sebelum meneruskan perjalanan. Tetapi de Lusignan memilih untuk meneruskan perjalanan ke Tiberias dengan harapan dapat sampai di sana pada waktu malam.

Dan ini membuatkan Salahuddin berpandangan beliau melakukan perkara yang bertentangan dilakukan oleh pihak Salib sebelum ini. Lima tahun sebelumnya, ketumbukan Salibi hanya mampu mara sebanyak lapan batu sehari. Setahun selepas itu, de Lusignan hanya mampu mara sejauh enam batu. Justeru, kegelojohan beliau untuk sampai ke Tiberias dengan cepat merupakan satu kesilapan besar.

Kesempatan ini direbut oleh Salahuddin dengan mengarahkan pasukan pemanah terus menghujani pihak lawan dengan anak panah. Akibatnya, pihak Salibi terpaksa bermalam di satu lembah tandus berhampiran perkampungan Maskana.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Pihak Ayubiyah merasa bertenaga kerana karavan unta mereka membawa bekalan penting seperti air dan ribuan anak panah. Bagi menekan de Lusignan dan anak-anak buahnya, Salahuddin mengarahkan belukar-belukar berhampiran kem tentera Salib dibakar. Asap yang ditiup angin membuatkan ramai askar Salibi tidak selesa dan sakit. Ini memaksa de Lusignan mengarahkan mereka segera bergegas ke Tiberias.

Pada waktu pagi, semua laluan untuk melepaskan diri disekat oleh angkatan perang Ayubiyah. Salahuddin turut mengarahkan angkatannya bergerak dalam formasi bulan sabit. Pasukan pemanah diarah untuk terus memanah dengan pasukan berkuda diarah mengumpan pihak Salibi untuk mengejar mereka.

Gambaran formasi bulan sabit Ayubiyah semasa menggempur pihak Salibi di Hattin.

Sesetengah askar de Lusignan berjaya tiba di Tasik Galilee tetapi mereka menjadi mangsa mudah angkatan perang Salahuddin. Salibi yang terselamat cuba bertahan di Bukit Hattin. Terdesak, de Lusignan cuba menyerang menerusi pasukan kesatria berkuda tetapi tanpa perlindungan askar infantri, mereka menjadi mangsa mudah pasukan pemanah.

Pada akhirnya, saki-baki Salibi yang terselamat termasuk de Lusignan menjadi tawanan perang pihak Ayubiyah. Ia merupakan kekalahan terburuk pihak Salib sepanjang kempen mereka di Timur Tengah. Bagi de Lusignan pula, beliau ditahan selama setahun oleh pihak Ayubiyah sebelum dilepaskan.

RUJUKAN

Lyons, C. (2021, 4 Mei). LESSONS LEARNED FROM THE BATTLE OF HATTIN, 1187, HistoryNet.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply