Bila baru lepas putus cinta dan terus dengar lagu For Revenge – Serana, sayu je rasa. Makin pedih dibuatnya. Tapi ramai tak tahu yang sebenarnya AI dan lagu tersebut ada persamaan.
Jadi apa persamaan antara AI dan lagu For Revenge – Serana?
Kalau korang buka Youtube sekarang terdapat banyak versi lagu Serana yang dimainkan menggunakan bermacam alat muzik. Bermula dari gitar kapok hinggalah biola, melodinya tidak pernah berubah.
Maknanya apa? Biarpun kita menggunakan alat muzik yang berbeza, hasil akhirnya permainan kita itu tetap melodi lagu Serana. Tak kan berubah secara tiba-tiba sahaja.
Samalah juga macam AI. Di mana melodi itu merujuk kepada hasil akhir. Manakala alat muzik itu merujuk kepada algoritma. Maksud hasil akhir tetap sama tapi cara ia dihasilkan berbeza mengikut algoritma.
Nak lagi mudah faham ginilah, katakan lah korang nak jamming lagu Serana. Tapi bassits korang tak datang sebab kena buasir lepas makan nasi lemak sotong. Studio pun dah bayar, nak tak nak tetap juga kena jamming.
Biarpun cuma ada gitaris dan drummer, melodi lagu Serana tetap sama. AI lebih kurang macam gitu. Biarpun algoritmanya berkurang, hasil akhirnya tetap sama. Harap korang semua fahamlah.
Kepada korang semua, beritahu aku cara melupakanmu seperti kau ajarkan ku dewasa.
—
Kalau nak tahu lebih banyak tentang AI dan betapa powernya AI, boleh baca buku AI UNTUK PEMULA. Boleh dapatkan di https://s.shopee.com.my/4L4TjHYTvU




No comments yet