“Doktor, tekak saya ada tulang ikan! Dah cuba telan pisang, dah cuba teguk air banyak-banyak, tapi tak masih lekat dekat tekak.”
Antara kes yang lazim di klinik adalah tercucuk tulang ikan di tekak. Kadang-kadang tulangnya besar bukan main. Kadang-kadang cari tak jumpa pun tulangnya.
Lazimnya pesakit boleh tunjuk dengan jari di mana tulang ikan itu tercucuk, tapi tak boleh nak ditarik keluar kerana berada agak dalam dan tidak sampai dicapai capai dengan jari.
Paling biasa, tercucuk di tonsil, tonsillar pillar, dan dinding tekak. Jika di kawasan disebutkan ini, doktor boleh nampak jika memeriksa dengan bantuan lampu suluh dan kayu penekan lidah.
Jika doktor boleh nampak, maka doktor boleh mencabut ya keluar dengan bantuan ubat semburan untuk kebaskan tekak, dan pengepit yang sesuai.
Jika doktor tidak dapat mencari tulang berkenaan, mungkin tulang itu telah tercabut keluar tetapi pesakit masih merasakan seperti tulang itu masih tercucuk kerana bekas luka tusukan berasa sakit.
Umumnya, jika tulang telah tercabut dari tekak, rasa sakit dan tidak selesa ini akan hilang dalam masa 24-48 jam. Jika rasa sakit itu lebih daripada 48 jam, maka kena pergi hospital.
Ini kerana ada kemungkinan tulang itu berada pada kawasan pangkal lidah, atau di bahagian yang lebih jauh ke dalam.
Ini memerlukan pemeriksaan lanjut di hospital. Tulang tertusuk di salur penghadaman atau pernafasan yang dibiarkan, boleh mendatangkan komplikasi lain seperti, jangkitan kuman, kebocoran salur penghadaman, dan sebagainya.
Antara pemeriksaan yang dilakukan di hospital adalah x-ray, nasopharyngoscopy (tiub teropong yang dimasukkan melalui hidung untuk melihat tekak), serta MRI. Pemeriksaan ini dapat memastikan kewujudan tulang ikan di tekak dan mengenal pasti keberadaannya.
Jika ada, tulang ikan akan di keluar menggunakan nasopharyngocope. Apapun, mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi saya nak kongsi beberapa amalan untuk kurangkan
kebarangkalian tertusuk tulang ikan di tekak.
1. Makan ikan menggunakan tangan. Menurut kajian, jika makan dengan sudu, garfu atau chopstick, lagi tinggi risiko tertusuk tulang.
2. Cuil isi ikan dan kemudian tekan dengan jari untuk pastikan tiada tulang, sebelum menyuap ke dalam mulut.
3. Elakkan hirup sup ikan dari mangkuk tanpa memeriksa dahulu ada tulang ikan di dalam mangkuk itu atau tidak./
4. Elakkan makan ikan terlalu cepat. Hati-hati dan nikmatinya perlahan-lahan. Tak usah juga makan sambil berborak dan gelak sakan.
5. Kalau tak mahu ikuti amalan di atas, makan sahaja fillet ikan (ikan yang telah disiang dan dibuang tulangnya sebelum dimasak). Hehe.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Peminat Ikan
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih