Bagi sesetengah daripada kita, kaya tu maksudnya kita boleh belanjakan duit sesuka hati dan beli barang tanpa tengok harga. Tapi berbeza pulak dengan Bill Gates sebab dia anggap kekayaan bukanlah sebegitu.
Jadi apa makna kekayaan bagi Bill Gates?
Bagi Bill Gates, memiliki wang yang banyak tidak semestinya akan buat kehidupan korang lebih baik ataupun ubah hidup korang. Sebab ada orang kaya yang masih lagi susah. Ye lah komitmen punyalah tinggi.
Ada juga yang jenis masih lagi kekalkan kehidupan sebelum dia jadi kaya. Sebab dia rasa tidak ada apa-apa yang perlu upgrade jika sudah selesa dengan gaya hidup lama.
Bill Gates juga percaya kekayaan seharusnya digunakan untuk mengubah nasih orang lain dan mengubah dunia. Bermakna kekayaan yang kita ada tu boleh disalurkan untuk membantu orang lain.
Selain itu, kekayaan tersebut boleh digunakan untuk membangunkan teknologi ataupun syarikat baru. Dengan duit yang ada perkembangan teknologi akan menjadi lebih cepat. Tak ada lah duit tu terperap je dalam bank.
Dekat sini kita faham menjadi kaya itu bukan sekadar menyimpan untuk diri sendiri sahaja, bahkan lebih dari itu. Dengan kekayaan tersebut kita boleh sumbangkan kembali kepada masyarakat. Sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
—
Kalau nak jadi orang kaya berdedikasi macam Bill Gates, apa kata jom baca buku BANGSA ENAM ANGKA. Cepat dapatkan di https://s.shopee.com.my/5ptECNDtRI




No comments yet