Tidak melampau kalau cakap Indomie merupakan makanan segera kegemaran rakyat Malaysia… selain Maggie. Memang Indomie sedap dan berpengaruh pun. Kalau tidak sedap, masakan syarikat ini boleh hasilkan 19 bilion paket setiap tahun untuk dieksport ke 100 buah negara.

Indomie menggapai pengaruh sampai dinobatkan “perintis makanan segera Indonesia”. Maka kalau kalian minat makan Indomie, memang artikel ini untuk kalian.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Kalau baca tajuk, semua sudah dapat gambaran kasar yang artikel ini ada kena mengena dengan peperαηgan antara Rusia dan Ukraine. Cuma peliknya, macam mana sampai tempiasnya membadai Indonesia? Begini kisahnya. Indonesia tidak menghasilkan gandum yang diimport daripada negara-negara lain.

Gandum dibawa masuk secara mentah untuk diproses kilang tempatan. Setiap tahun kilang-kilang ini menghasilkan 11.8 juta tan untuk kegunaan tempatan. Salah satu penggunanya adalah syarikat Indomie.

Kegemaran jutaan orang… termasuk bαηdυαη Australia.

Masalah sekarang, bekalan gandum mentah itu sendiri sudah terjejas. Rusia mula mengganggu kedaulatan Ukraine awal tahun 2014.

Enam bulan kemudian, Joko Widodo mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia. Pentadbiran Jokowi tahu negara perlu gandum. Dan ada dua negara – Rusia dan Ukraine – yang menghasilkan sumber ini secara mentah.

Jokowi mengambil langkah selamat – import gandum daripada Ukraine. Yang main dua bendang adalah Mesir dan Turki.

Tetapi Indonesia pilih Ukraine sahaja, mungkin kerana negara ini menghasilkan gandum dan meslin. Jadi apabila Rusia menggempυr Ukraine, semua pengeluaran terhenti kerana 1) lelaki diserap untuk memelihara kedaulatan negara dan 2) wanita lari keluar ke Eropah membawa masa depan (anak-anak).

Jadi Indonesia sekarang menggaru kepala. Sebab itulah Jokowi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa kemelut kedaulatan ini akan mengganggu imbangan harga makanan mentah (Uria, 2022). Dan apa yang beliau cakap sememangnya benar.

Setakat ini ladang gandum belum dibαkar… tetapi tiada orang untuk menuai.

Sekarang pemain industri tempatan sedang bergelut mencari sumber gandum yang satu-satunya sumber adalah Rusia. Namun bukan mudah untuk mengimport terus daripada Rusia. Banyak negara sudah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia, yang unit-unit perdagangannya tidak dibenarkan merentasi lautan pun.

Jadi buat masa sekarang, isu jaminan makanan sudah berputik kerana kemelut kedaulatan ini. Baru sebulan berlalu – kesannya boleh kita nampak.

Maka secara jangka panjang, perkara ini boleh mengundang masalah. Rusia sendiri belum tentu mampu menghantar bekalan gandum atas sebab kejatuhan matawang Ruble.Dan perkara ini adalah suatu mimpi buruk bagi peniaga-peniaga yang tiada kena mengena langsung.

Pelanggan di Medan misalnya sudah merasai bahang, kerana bekalan Indomie sentiasa habis. Populariti Indomie menyebabkan pembelian panik pun ada… dan tidak lama sebelum jenama-jenama lain turut terjejas.

Kerana buat masa sekarang, tiada jenama boleh memberi jaminan stok berterusan selama beberapa minggu (Llewellyn, 2022).

Selain daripada Indonesia, terdapat beberapa negara lagi yang bergantung pada sumber gandum Ukraine. Ambil contoh Filipina, Thailand dan Sepanyol, tiga negara yang berpopulasi sangat besar.

Beli buku terbaru Patriots di Shopee berkenaan perjuangan Komando 69 Melawan Komunis: http://bit.ly/PertempuranDiHutanShopee

Sudahlah Indonesia sendiri berpopulasi lagi ramai berbanding gabungan tiga negara ini. Dengan jelas, bekalan global tidak mampu menampung permintaan gandum.

Sekarang kita nampak dengan jelas lagi nyata: betapa pentingnya jaminan makanan dan keamanan global. Ini bukan hipokrasi pro-Barat. Pihak Barat pun sama naik saja. Peperαηgan dangkal di Timur Tengah menyebabkan lonjakan harga minyak sampai luar batasan semulajadi.

Apabila Iraq dan Libya bertambah aman (tidak bersengketa macam dulu), boleh pula harga bahan api global turun… sampai lingkup perniagaan minyak bagai.

RUJUKAN:

Llewellyn, A. (2022, Mac 21). Far From Ukraine, Indonesia’s favourite noodles run out of stock. Al Jazeera.

Uria, D. (2022, Mac 21). Nations brace for wheat shortages due to (ditapiskan) in Ukraine. UPI.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply