Pengaruh Uthmaniyah di Eropah Timur mungkin tidak begitu bermasalah, jika empayar tersebut mengamalkan agama Kristian.

Tetapi Sultan Uthmaniyah beriman demi Islam, sekali gus mencetuskan perbalahan besar antara dua kawasan ini.

Eropah Timur merupakan sebuah rantau Kristian. Salah satu negara di situ ialah Wallachia yang wujud atara tahun 1330 hingga 1859. Wallachia pula berkongsi sempadan antara dua empayar besar, iaitu Uthmaniyah dan Hungary.

Jadi secara tidak langsung, ia menjadi zon penampan yang memisahkan kuasa ini. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan Wallachia terpaksa masuk campur dalam urusan Uthmaniyah dan Hungary.

Sudahlah Uthmaniyah dipimpin raja beragama lain. Malah bangsa juga lain; jadi orang ramai mudah melihat Uthmaniyah sebagai penyer.ang.

Untuk menyelamatkan Wallachia daripada Hungary, pihak Uthmaniyah bersetuju untuk melepaskan Vlad III Dracula dan adiknya Radu. Uthmaniyah berharap yang Vlad akan menjadi penguasa di Wallachia.

Pandangan Vlad III tentang dunia ini memang hidup.
Baginda meminta semua orang bersumpah setia padanya.

Tetapi Vlad ditewaskan Hunyadi yang meletakkan Vladislav II Danesti sebagai penguasa negara.

Vlad terpaksa hidup dalam buangan di Moldavia, dibawah perlindungan bapa saudara sendiri iaitu Raja Bogdan II. Persinggahan beliau tidak lama. Kerana Vlad mahu mendapatkan semula kuasa yang diram.pas. Pada Oktober 1451, angin geopolitik beralihan apabila Hunyadi mahu menyokong Vlad yang jauh lebih baik.

Kejatuhan Konstantinopel memberikan lokasi sangat strategik untuk Uthmaniyah. Hungary tahu yang Mehmed II sekarang lebih mudah menumpukan perhatian pada kestabilan rantau di Eropah Timur.

Ketika ini pula, Vlad III memimpin angkatan sendiri untuk mendapatkan Wallachia semula. Baginda berjaya, akhirnya membµnµh Vladislav II. Tiga tahun kemudian, Vlad mencari pasal dengan Uthmaniyah. Mehmed II sekadar menghantar dua orang anggota untuk berbincang tentang tunggakan ufti. Vlad pergi membµnµh dua anggota ini.

Perkembangan di Wallachia menyelamatkan Corinth buat sementara waktu. Mehmed II menghentikan pengepµngan sana untuk menyer.ang Wallachia. Awalnya, Mehmed II kena teruk.

Tetapi Vlad akhirnya dikh.ianati pihak sendiri, memberikan kemenangan pada Mehmed II. Katanya Vlad dibµnµh tidak lama kemudian, dan kepalanya dihantar kepada Mehmed II.

Putera Wallachia Seterusnya

Vlad III Dracula pernah berkahwin sebelum menjadikan Justina Szilagyi sebagai isteirnya. Perkahwinan pertama Vlad dianugerahkan dengan seorang putera bernama Mihnea cel Rau.

Mihnea Cel Rau menguasai Wallachia yang berada dalam ambang krisis politik.

Sebelum berusia 20-an, Mihnea sudah kehilangan ayahandanya. Maka bermulalah perjalanan Mihnea dalam usaha untuk menjadi Putera Wallachia.

Baginda memimpin satu siri ser.buan bersama bantuan ahli-ahli bangsawan yang berpihak kepada Vlad dulu. Hasrat Mihnea akhirnya tercapai pada tahun 1508, apabila baginda menguasai Wallachia.

Tetapi sistem politik Wallachia terlalu bergelumangan dengan masalah kebangsawanan. Majoriti bangsawan akhirnya bangkit menentang Mihnea. Mereka bersetuju yang Eropah Timur harus bebas daripada anc.aman Turki.

Akhirnya mereka berganding bahu bersama Turki secara tidak langsung untuk menjatuhkan Mihnea. Apa yang berlaku pada Vlad akhirnya berulangan pada anak sendiri. Apabila jatuh, Mihnea menumpang sekejap di Transylvania… mungkin mahu mempertimbangkan strategi seterusnya.

Apa yang melalui dalam minda Mihnea tidak terlintas dalam lembaran sejarah. Kerana Mihnea dibµnµh di hadapan Gereja Sibiu, meninggalkan takhta untuk diwarisi anaknya Mircea III Dracul. Mircea berkuasa tidak sampai enam bulan, sebelum dijatuhkan Vlad cel Tanar (yang juga dibantu Uthmaniyah).

Di sini jelas yang Wallachia memang celaru dari segi geopolitik. Vlad cel Tanar dibantu Uthmaniyah… tetapi pada 17 Ogos 1511, baginda menandatangani perjanjian bersama Hungary. Perjanjian ini mengandungi sumpah setia taat Wallachia pada takhta Hungary. Sama seperti nasib pendahulunya, Vlad juga diketepikan bangsawan sendiri.

Ini membuktikan bahawa masalah dalaman mampu membin.asakan sebuah negara. Ser.angan pihak asing memang satu perkara biasa. Tetapi apa yang jauh lebih bermasalah adalah jika orang sendiri menik.am belakang. Itulah nasib Vlad III Dracula dan anaknya Mihnea. Pihak bangsawan mungkin cenderung dengan sokongan pada Uthmaniyah.

Akan tetapi kecenderungan ini menunjukkan bahawa penyatuan negara jauh lebih penting berbanding usaha membetulkan keadaan dengan kehilangan penguasa secara bersiri.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.